Tuduhan Tidak Berasas Oleh Dato S.K.Devamany dan Ahli-Ahli MIC



31 Januari 2011

Sejak penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, saya telah mambaca artikel di suratkhabar utama, radio dan juga melalui beberapa kawan bahawa terdapat tuduhan bahawa PSM Cameron ingin mencari publisiti dengan terus berjumpa PM dan tidak membuat sebarang kerja-kerja lain sebelum itu.

Tuduhan-tuduhan ini tidak berasas kerana kami di PSM Cameron telah berjuang bersama rakyat tertindas lebih dari 2 tahun sebelum mengambil langkah berjumpa PM pada 26 Januari 2011. Saya sertakan jadual di bawah, yang juga merupakan sebahagian daripada memorandum kami kepada PM.

Selain daripada itu, kami juga telah mengadakan banyak aktiviti seperti edaran risalah, penyerahan memorandum kepada SUHAKAM dan protes berjalan yang mana telah diketahui oleh banyak pihak. Oleh sebab itu, pernyataan Ahli Parlimen Cameron, Dato S.K.Devamany dan beberapa ahli MIC bahawa mereka tidak mengetahui kewujudan masalah-masalah ini adalah pembohongan semata-mata.

Suresh Kumar
PSM Cameron

A. Tindakan PSM / MPR


A.1. Dengan Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands (PTDCH)


Tindakan PSM / MPR

Tindakan PTDCH

1

Kempen tandatangan meminta perjumpaan dengan Pegawai Daerah Cameron. Surat beserta 100 tandatangan telah dihantar pada 23 Okt 2008.

Tiada jawapan.

2

Surat peringatan kedua untuk adakan perjumpaan dengan rakyat bermasalah telah dihantar pada 17 Nov 2008.

Surat bertarikh 19 Nov 2008 mengatakan Pegawai Daerah, Dato Hj Mohamad Noor sangat sibuk.

3

Surat peringatan ketiga bertarikh 21 Dis 2008 dihantar.

Surat bertarikh 31 Dis 2008 mengatakan Pegawai Daerah, Dato Hj Mohamad Noor sangat sibuk.

4

50 orang wakil MPR berkumpul di PTDCH pada 7 Jan 2009 untuk memaksa Dato Hj Mohamad Noor berjumpa rakyat. Banyak polis dipanggil.

Perjumpaan diadakan. Senarai kes beserta nombor fail telah diminta dihantar ke Pejabat Daerah Cameron. Pegawai Daerah berjanji untuk berjumpa semula dalam masa 2 bulan.

5

Senarai kes beserta nombor fail telah dihantar pada 20 Jan 2010.

Tiada jawapan.

6

Surat peringatan kedua dihantar pada 27 Mac 2010.

Dato Hj Mohamad Noor menolak ringkas semua kes tanpa sebab munasabah melalui surat bertarikh 3 Apr 2009. Perjumpaan seterusnya dengan Dato Hj Mohamad Noor juga telah dinafikan.

7

Surat meminta temujanji berjumpa dengan Pegawai Daerah dihantar pada 4 Apr 2009.

Pegawai Daerah tidak mahu berjumpa kerana semua penolakkan permohonan dibuat oleh Kerajaan Pahang.

8

Ahli-ahli MPR berkumpul di Pejabat Daerah Cameron pada 4 Mei 2009 untuk memaksa Dato Hj Mohamad Noor berjumpa dengan rakyat membincangkan alasan penolakkan.

Dato Hj Mohamad Noor enggan berjumpa kami. Laporan polis dibuat terhadap beliau pada hari yang sama kerana gagal melakukan tugasnya.

9

Aduan kepada SUHAKAM pada 5 Nov 2009.

# SUHAKAM telah cuba berjumpa dengan SUK Pahang pada 30 Nov 2010.

# SUHAKAM telah cuba berjumpa Pegawai Daerah Cameron pada 25 Jan 2010.

# SUHAKAM kemukakan syor kepada Kerajaan Pahang untuk mempertimbangkan kes-kes yang dihantar.

Telah dibatalkan.

Telah dibatalkan.

Tiada jawapan.

10

Protes Berjalan ke Pejabat Daerah Cameron pada 23 Feb 2010 untuk menyerahkan memorandum. Memorandum itu memberikan Pegawai Daerah selama 1 minggu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Tiada jawapan

11

Surat kepada Dato Hj Mohamad Noor minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 30 Jul 2010.

Tiada jawapan.

12

Surat dari MPR bertarikh 11 Nov 2010 minta temujanji dengan Pegawai Daerah Cameron baru, Dato Abdull Muain.

Temujanji diberi pada 2 Dis 2010 tetapi dibatalkan kemudian.

13


Temujanji diberi sekali lagi pada 15 Dis 2010 tetapi dibatalkan kemudian.

14

Surat meminta MDCH hentikan usaha mengusir peniaga kecil di Green Cow dihantar pada 24 Nov 2010.

Tiada jawapan.

15

Surat kedua dari MPR bertarikh 30 Dis 2010 minta temujanji dengan Pegawai Daerah Cameron baru.

Temujanji diberi pada 14 Jan 2011 tetapi dibatalkan kemudian.


A.2. Dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)


Tindakan PSM / MPR

Tindakan MDCH

1

Surat aduan kepada JKR Cameron pada 30 Jul 2010 mengenai pemaju Signature Landmark yang tidak meletakkan papantanda maklumat projek.

JKR Cameron telah memberitahu ini adalah tanggungjawab MDCH dan telah memanjangkan sesalinan surat aduan kami kepada MDCH.

Tiada tindakan dari MDCH.

2

Surat aduan mengenai Signature Landmark yang cuba merobohkan pondok bas awam di Green Cow.

Perbincangan telah diadakan dan Signature Landmark telah diminta jangan merobohkan pondok bas sehingga isu ini diselesaikan.

3

Surat meminta MDCH hentikan usaha mengusir peniaga kecil di Green Cow dihantar pada 24 Nov 2010.

S/U MDCH, En.Mazlan memberitahu tiada tindakan sebegitu diambil oleh MDCH.


A.3. Dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato S.K.Devamany


Tindakan PSM / MPR

Tindakan Dato S.K.Devamany

1

Surat meminta Dato Devamany masuk campur menyelesaikan masalah peniaga Green Cow dihantar pada 4 Ogos 2010.

Dato Devamany ingin adakan perbincangan tetapi melarang wakil PSM hadir bersama.

2

Surat meminta sebab kenapakan Dato Devamany tidak mahu wakil PSM hadir bersama dihantar pada 6 Ogos 2010.

Setiausaha Dato Devamany tidak mahu ‘acknowledge’ surat tersebut dengan alasan orang yang menulis surat tidak hadir bersama.


A.4. Dengan ADUN Tanah Rata, Y.B.Ho Yip Kap


Tindakan PSM / MPR

Tindakan Y.B.Ho Yip Kap

1

Surat meminta YB Ho masuk campur menyelesaikan masalah pegerai Green Cow dihantar pada 4 Ogos 2010.

YB Ho mencadangkan pegerai membeli tanah di sebelah projek Aranda Nova dan membina sendiri gerai mereka. Cadangan ini ditolak oleh Gabungan Peniaga Kecil Kea Farm kerana kos yang sangat tinggi.


A.5. Dengan Kerajaan Pahang


Tindakan PSM / MPR

Tindakan Kerajaan Pahang

1

Surat bertarikh 15 Mac 2010 dihantar meminta temujanji berjumpa MB Pahang.

Tiada jawapan.

2

Surat bertarikh 13 Apr 2010 memberitahu rakyat bermasalah akan hadir ke Pejabat MB pada 20 Apr 2010.

Setiausaha Politik MB Pahang, Dato Shamsuddin Nawawi kata boleh jumpa MB dan telah meminta senarai nombor kad pengenalan.

3

Ahli-ahli MPR hadir di Wisma Sri Pahang untuk berjumpa MB pada 20 April 2010.

Dato Shamsuddin Nawawi kata MB sibuk dan telah menerima memorandum kami.

4


Dato Shamsuddin Nawawi hadir ke Cameron pada 29 Apr 2010 untuk menerima dokumen-dokumen sokongan rakyat bermasalah.

5

Surat peringatan kepada MB pada 7 Jun 2010.

Tiada jawapan.

6

Surat peringatan kedua kepada MB pada 21 Jul 2010.

Tiada jawapan.

7

Surat dari SUHAKAM kepada SUK Pahang meminta adakan perjumpaan 3 hala pada 30 Jun 2010.

Tiada jawapan.

8

Surat kepada PTG Pahang & MB Pahang minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 17 Ogos 2010.

Tiada jawapan.

9

Surat kepada SUK Pahang minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 17 Ogos 2010.

SUK Pahang minta penjelasan dari MDCH pada 30 Sep 2010. MDCH berikan penjelasan yang tidak tepat. Gabungan peniaga kecil manyangkal dakwaan MDCH melalui surat bertarikh 24 Nov 2010.

10

Surat kepada SUK Pahang meminta adakan perjumpaan 3 hala pada 23 Ogos 2010.

Tiada jawapan.

11

Surat kepada MB memberitahu ahli-ahli MPR akan datang berjumpa MB pada 18 Okt 2010.

Surat dari Pejabat MB minta jangan datang pada 18 Okt 2010 kerana MB berada di luar daerah. Dato Shamsuddin Nawawi melalui SMS berjanji untuk memberikan temujanji.

12

Surat bertarikh 4 Dis 2010 meminta temujanji berjumpa MB.

Tiada jawapan.

13

Surat memberitahu ahli-ahli MPR akan hadir di Pejabat MB pada 12 Jan 2011.

Surat dari Pejabat MB berikan temujanji pada 20 Jan 2011.

14

Surat ‘confirmation’ bertarikh 13 Jan 2011 bahawa ahli-ahli MPR akan hadir perbincangan dengan MB seramai 30 orang walaupun itu adalah hari Thaipusam.

Panggilan telefon dari Pejabat MB dan Dato Shamsuddin Nawawi minta tanguhkan perjumpaan 20 Jan 2011 kerana Thaipusam. Temujanji baru tidak diberikan.

Penghantaran Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia



26 Januari 2011

Pada hari ini, kumpulan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) dan Gabungan Peniaga Kecil Kea Farm telah menghantar satu memorandum kepada PM meminta

  1. Menangguhkan perobohan gerai-gerai di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands sehingga perbincangan pampasan diselesaikan.
  2. Menyelesaikan begitu banyak masalah-masalah tanah, rumah dan gerai di Cameron Highlands yang tidak ingin diselesaikan oleh Kerajaan Pahang.
Banyak seruan dan tindakan telah dibuat oleh PSM/MPR, namun nampaknya ia tidak cukup untuk membuka perhatian dari Kerajaan Pahang.

Memorandum kami telah diterima oleh Dato Ghazali (Pegawai Khas PM) dan En.Mohd Ammir (Setiausaha Sulit Kanan PM). Pada mulanya, pejabat PM hanya ingin membenarkan 5 orang sahaja masuk dan ingin menerima memorandum di ruang menunggu.

Kami telah membantah dan selepas perbincangan, bilik mesyuarat telah dibuka dan 15 orang telah dibenarkan masuk.

Antara masalah-masalah yang telah dikemukakan pada hari ini ialah:
  1. Peniaga kecil ingin dihalau dari tanah kerajaan untuk memberi laluan kepada pemaju Telah memiliki gerai selama 17 tahun di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands. Kini telah diberi notis pengusiran untuk memberi laluan kepada pemaju swasta, Signature Landmark Sdn Bhd.
  2. Penafian hak memiliki tanah untuk rumah, kebun sayur, gerai dan meternak haiwan Alasan yang diberikan oleh Pejabat Daerah Cameron ialah Kerajaan Pahang telah bekukan semua Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sejak tahun 2002. Kebanyakkan permohonan telah dibuat sebelum 2002, malah ada yang telah memohon sejak 1970-an.
  3. Miskin dan kaya tidak dilayan samarata Golongan miskin tidak dilayan samarata dengan golongan kaya. Orang miskin sentiasa diketepikan dan permohonan mereka sering ditolak dengan alasan tidak munasabah tetapi permohonan orang kaya sentiasa dilayan dan berjaya.
  4. Ibu tunggal diketepikan Ibu-ibu tunggal mengalami masalah di dalam kehidupan kerana tidak diberikan peluang untuk membuka gerai atau bertani. Tanah yang sedia ada dirampas di atas nama pembangunan. Permohonan baru sentiasa ditolak dan salah seorang diberikan janji kosong oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato S.K.Devamany (sila baca SEORANG IBU TUNGGAL MEMBUAT LAPORAN POLIS).
  5. Rumah kos rendah bukan untuk rakyat miskin? Permohonan untuk memiliki rumah kos rendah oleh golongan berpendapatan rendah tidak diberi keutamaan mahupun dipedulikan. Terpaksa tunggu berpuluh-puluh tahun untuk rumah kos rendah.
Kami tidak berjaya mendapat perintah menghentikan perobohan gerai-gerai Kea Farm tetapi En. Mohd Ammir berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan memaklumkan kepada kami hasilnya.

Harapan kami dari PM ialah:
  1. Memberhentikan perobohan gerai-gerai peniaga kecil di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands sehingga penyelesaian pampasan dicapai.
  2. 4 petani kecil di Blue Valley, Cameron Highlands diberikan LPS pertanian.
  3. Menyiasat dan menyelesaikan 3 kes di mana permohonan LPS ditolak dan diberikan kepada pihak lain yang lebih kaya di Cameron Highlands.
  4. Menyiasat isu rumah kos rendah yang tidak diberikan kepada rakyat miskin di Cameron Highlands.
  5. Memberikan 2 LPS pertanian dan 1 LPS gerai makanan kepada ibu tunggal di Cameron Highlands.
  6. Memberikan 1 LPS untuk ternakan haiwan di Cameron Highlands.

Suresh Kumar
PSM Cameron

Kempen Tandatangan Ketika 'Panthal' PSM Thaipusam



20 Januari 2010

Pada hari ini, PSM Cameron telah berjaya mendapatkan sekitar 300 tandatangan untuk kempen:
  1. meminta kerajaan tempatan menyelesaikan kesesakan jalanraya di Cameron ketika cuti dan;
  2. meminta Kem Perumahan & Kerajaan Tempatan memberhentikan segera pembinaan/pengoperasian Insinerator di Blue Valley
Kempen tandatangan ini telah dibuat ketika sambutan Thaipusam di Ringlet. Di samping itu, PSM Cameron juga telah mengadakan pendaftaran pengundi di 'panthal' PSM. Ini adalah kali kedua PSM Cameron mengadakan aktiviti ketika perayaan Thaipusam.

Turut diedarkan di Panthal PSM ketika perayaan ini ialah minuman untuk pengunjung.

Perbincangan "SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN?"



29 Disember 2010

Pada hari ini, satu perbincangan telah diadakan oleh PSM Cameron berkenaan tajuk "SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN?". Perbincangan itu diadakan untuk menunjukkan kepada kumpulan kerja PSM Cameron bahawa siapakah yang akan bersama mereka di dalam perjuangan dan siapa yang tidak akan.

Di samping itu, kami juga menerangkan bahawa analisa masyarakat mengikut keturunan adalah salah dan ia tidak akan memperkukuhkan kuasa rakyat. Sebaliknya analisa masyarakat mengikut kelas perjuangan adalah tepat. Sebanyak 40 ahli telah mengambil bahagian secara sangat aktif dalam perbincangan ini.

Peserta juga telah menyediakan makanan ala "Pot luck".

Suresh Kumar
PSM Cameron