Kebangkitan Rakyat Cameron - Melangkah Tuntut Hak

Kebangkitan Rakyat Cameron - Melangkah Tuntut Hak
2, 3 & 4 Feb 2012


Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands dan JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas) ingin menjemput kumpulan saudara/i mengambil bahagian di dalam perjalanan di Cameron selama 3 hari bermula 2 Feb 2013 di Cameron untuk meminta Kerajaan Pahang menyelesaikan isu-isu berikut:
  1. SELESAI 13 MASALAH TANAH, RUMAH & GERAI RAKYAT
  2. HENTI PEMUSNAHAN HUTAN
  3. HENTI PENCEMARAN SUNGAI
  4. SELESAI MASALAH TRAFIK
  5. RUNDING DENGAN RAKYAT SEBELUM BUAT PROJEK
  6. BINA SKIM RUMAH MURAH
  7. HENTI INSINERATOR
2 kumpulan akan berjalan dari Blue Valley dan Ulu Jelai menuju ke Tanah Rata mengikut jadual perjalanan di bawah. Pada 4/2/2013, kedua-dua kumpulan ini akan menyerahkan memorandum kepada Pegawai Daerah Cameron untuk disampaikan kepada MB Pahang.
Satu sidang akhbar akan diadakan pada 29/1/2013 mengumumkan program ini di Pejabat PSM, 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Masa 10.30 pagi.
Kami sangat berharap pihak saudara/i dapat hadir memberikan sokongan semasa Sidang Akhbar dan juga sepanjang program ini.
Sila hubungi Suresh (PSM Cameron) 019-5696964 atau Parames (JERIT) 019-2612269 untuk keterangan lanjut.
Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini.


TARIKH
KUMPULAN
MULA
TAMAT
BANDAR YANG AKAN DILALUI
JARAK DILALUI
2/2/2013
CAMERON A
ULU JELAI
RINGLET
1.ULU JELAI 2.LEMBAH BERTAM 3.RINGLET
22.5 KM

CAMERON B
BLUE VALLEY
TRINGKAP
1.BLUE VALLEY
2.KG RAJA 3.KUALA TERLA 4.TRINGKAP
12.8 KM
3/2/2013
CAMERON A
RINGLET
TANAH RATA
1.RINGLET 2.HABU 3.TANAH RATA
12.7 KM

CAMERON B
TRINGKAP
TANAH RATA
1.TRINGKAP 2.KEA FARM 3.BRINCHANG 4.TANAH RATA
10.5 KM
4/3/2013
CAMERON A & B
HANTAR MEMO DAN POSKAD KPD PEGAWAI DAERAH
1.TANAH RATA