Selamat berjumpa semula dengan dan saudara-saudari. Saya tidak dapat ‘update’ blog ini untuk 2 bulan yang lepas akibat beban kerja yang tinggi. Maaf untuk kelewatan tersebut. Sepanjang masa di mana saya tidak 'update' blog ini, banyak perkara telah berlaku di sekitar rakyat Cameron Highlands.
Majlis Perwakilan Rakyat (MPR). Sepanjang dua bulan lepas, MPR Cameron telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk membincangkan isu-isu tanah, rumah, sistem bas awam dan pemasangan lampu awam di Blue Valley. Berkenaan dengan isu tanah dan rumah, ahli-ahli MPR telah mengunjungi Pejabat Tanah sekali lagi pada 4 Mei 2009. Malangnya Pegawai Daerah, Dato Hj Mohamad Noor tiada di pejabat dan kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai lain. Kunjungan kali ini dibuat selepas menerima surat dari PD yang menolak perjumpaan seterusnya dengan ahli-ahli MPR. Satu lagi surat juga telah diterima pada 13 Mei 2009 yang bermaksud sama. Berikut ialah kedua-dua surat tersebut. Saudara/i boleh membaca sendiri sebab yang diberikan oleh Pegawai Daerah.


Kami dari MPR ingin berjumpa dengan PD untuk menyelesaikan masalah-masalah berikut:
- tanah perumahan/pertanian yang sudah diduduki lama tetapi tidak diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Tanah ini sudah diduduki sebelum tahun 2001, iaitu sebelum Polisi Kerajaan Pahang yang membekukan pembukaan tanah-tanah baru
- tanah perumahan/pertanian yang diambil untuk projek kerajaan tetapi tidak diberi tanah lain.
- lesen LPS untuk tanah pertanian/perumahan yang dimohon oleh orang yang sedang mendudukinya tetapi diberikan kepada orang lain.
- rakyat Cameron yang berpendapatan rendah diketepikan apabila diberi rumah kos rendah.
Sebab penolakan dan bilangan kes
Ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri Pahang - 12 kes
Gerai sudah penuh - 1 kes
Permohonan di atas lereng bukit, rizab sungai/jalan - 6 kes
Tiada projek perumahan kos rendah - 2 kes
Kebanyakan kes ditolak dengan memberikan alasan seolah-olah Pihak Berkuasa Negeri Pahang yang menolak dan bukannya pihak berkuasa Cameron. Pejabat Tanah Cameron selalu memberikan alasan bahawa tanah pertanian baru tidak dibenarkan dibuka selepas tahun 2001. Tetapi kami mempunyai 2 persoalan yang selalu dielak oleh Dato Hj Mohamad Noor iaitu:
- lesen LPS yang dimohon adalah untuk tanah pertanian yang sudah diusahakan sejak tahun 1970-an. Bukan selepas tahun 2001.
- bolehkah Pegawai Daerah membuktikan bahawa tiada tanah pertanian dibuka sejak tahun 2001? Empangan di Ringlet menjadi begitu cetek akibat mendapan tanah dari kawasan yang lebih tinggi. Bukankah tanah ini datangnya dari pembukaan tanah yang baru? Pembukaan tanah-tanah pertanian yang tidak terkawal ini juga menyebabkan kemusnahan alam sekitar Cameron Highlands.
Manakala seba
Manakala permohonan untuk rumah kos rendah, ada yang sudah menunggu lebih dari 6 tahun. Tetapi kita dapat lihat mereka yang kaya dapat membeli rumah di perumahan kos rendah yang kemudiannya disewa kepada orang lain. Ada juga rumah yang dijadikan “rumah percutian” yang disewa kepada pelancong.
Pada pendapa
Suresh Kumar
PSM Cameron