Konflik Kepentingan: Pemegang Lesen Pasar Malam & Gerai Adalah Ahli Majlis Cameron!!!


Pada 27 Jun 2012, kami di PSM Cameron telah melaksanakan penyerahan & perbincangan memorandum bersama dengan:

  1. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
  2. Pengerusi NGO People's Green Coalition (PGC), Dr.Jayabalan
  3. Pengerusi DAP Cameron, Sdr Appalasamy
  4. Wakil PKR Cameron, Sdr Cheng
  5. Wakil PAS Jelai
  6. Setiausaha Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Sdr Huzir Sulaiman
  7. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Sdr Zulkefly
  8. S/U Agung PSM, Sdr Aruthchelvan 
  9. Perwakilan PSM Pahang, Sdr Vijayan
  10. Pegawai Khas MP PSM Sg Siput, Sdr Nagen
telah menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Daerah Cameron, En.Mazlan Isa (S/U MDCH) berkenaan dengan penyelesaian masalah kesesakan lalulintas di Cameron ketika hujung minggu dan musim cuti. Perjalanan yang hanya akan mengambil masa 45minit akan menjadi 3 jam ketika musim cuti.

Kebanyakkan penduduk Cameron tidak berani keluar rumah ketika musim cuti kerana takut kesesakan lalulintas. Perkara ini sudah berlarutan beberapa tahun tetapi pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Pejabat Daerah Cameron tidak pernah bertindak selesaikan masalah ini.

Antara rungutan yang kami dapati semasa kempen tandatangan ialah banyak lesen berniaga di pasar malam dan di Kea Farm diberikan kepada kroni-kroni BN yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis di MDCH.  Lesen-lesen ini kemudian di 'sub-rental' kepada peniaga-peniaga lain yang tidak mendapat lesen walaupun sudah memohon beberapa kali.

Oleh kerana pihak yang mempunyai lesen (Kroni BN) juga adalah pihak yang membuat keputusan (Ahli Majlis), maka wujudlah 'conflict of interest'. Banyak pelaksanaan sistem lalulintas dan perancangan bandar bukan untuk kebaikkan rakyat tetapi untuk memastikan kroni-kroni BN membuat untung dengan melebihkan 'traffic flow' di kawasan2 tertentu. Contohnya ialah:
  1. jalan ditukar sehala di Brinchang.
  2. pasar malam di tepi jalan di Brinchang tidak dipindah ke tempat yang lebih baik tetapi kroni BN dibenarkan membina bangunan kedai di tempat-tempat lapang di Brinchang.
  3. kem askar di Brinchang telah ditutup untuk memberi laluan kepada projek2 kroni BN tetapi bukan untuk kemudahan rakyat seperti 'parking' atau lokasi baru pasar malam.
  4. tiada 'parking' kereta yang mencukupi di Tanah Rata atau Brinchang. Perancangan bandar berpihak kepada kroni BN.
  5. parking' kereta diubah menjadi tempat gerai menyebabkan kekurangan 'parking'.
  6. Terminal Fresia yang dibina di tengah bandar Tanah Rata tidak strategik dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Terminal ini telah dibina dan diroboh 2 kali kerana tidak boleh digunakan.
Cadangan pertama kami ialah pihak2 berkuasa tempatan harus mengadakan forum awam di mana penduduk Cameron harus dijemput dan diminta memberikan pendapat. Sudah hampir sebulan sudah berlalu sejak penyerahan memorandum, namun kami masih belum menerima sebarang maklumbalas dari mana-mana pihak.

Jika MDCH atau Pejabat Daerah Cameron gagal mengadakan forum bersama penduduk, maka PSM Cameron bersama kawan2 dari parti2 lain dan juga NGO akan mengadakan satu forum menyelesaikan masalah kesesakan bersama penduduk. Kuasa rakyat harus menentukan pembangunan dan bukannya kepentingan sesetengah kumpulan atau keuntungan sahaja.

Kuasa rakyat akan bangkit di Cameron Highlands!
Hidup Rakyat, Hidup Perjuangan!

Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron






019-569 6964

LAPORAN POLIS TERHADAP SALAHLAKU KPD KUANTAN, ACP MOHD JASMANI YUSSOF



LAPORAN POLIS TERHADAP SALAHLAKU KPD KUANTAN, ACP MOHD JASMANI YUSSOF TERHADAP PENDUDUK CAMERON HIGHLANDS

Sekumpulan penduduk Cameron telah ke Wisma Sri Pahang, Kuantan pada 10/7/2012 untuk meminta surat temujanji untuk berjumpa MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob di Cameron Highlands. Temujanji ini adalah untuk MB hadir ke Cameron dan menyelesaikan masalah rakyat.

Malangnya, Setiausaha MB, Dato Hamdan dan seorang lagi yang dikenali sebagai Cikgu Guna enggan memberikan penduduk surat temujanji untuk MB hadir ke Cameron. MB pula dikatakan berada di Putrajaya dan tidak dapat dihubungi.

Pihak polis yang diketuai ACP Mohd Jasmani Yusoff telah bertindak menahan penduduk Cameron yang menunggu surat dari MB secara aman pada lebih kurang 3.30pm.

Aduan saya adalah berkenaan 8 perkara di bawah iaitu:
1.       DSP Azmi mencengkuk & mengheret leher tahanan dengan ganas
DSP Azmi bertindak tidak profesional dengan mencengkuk dan mengheret leher Nagenteran A/L Sandrasigan dengan ganas sebaik sahaja Nagen turun dari trak polis di IPD Kuantan pada 10/7/2012. Apabila Suresh Kumar meminta DSP Azmi melepaskan Nagenteran, DSP Azmi kemudian mencengkuk leher Suresh dan Nagen bersama-sama.

2.       ACP Mohd Jasmani Yusoff mencekik tahanan
Suresh Kumar A/L Balasubramaniam dan Utaya Kumar A/L Vellayuthan telah dicekik oleh ACP Mohd Jasmani Yusoff di bilik tahanan di IPD Kuantan pada 10/7/2012. Mohd Jasmani bertindak demikian untuk mengugut Suresh Kumar dan Utaya Kumar yang mengadu tindakan DSP Azmi. Suresh dan Utaya bimbang akan keselamatan penduduk dan cuba meleraikan kekasaran DSP Azmi terhadap Nagenteran A/L Sandrasigan.

3.       ACP Mohd Jasmani Yusoff berbohong kepada media
ACP Mohd Jasmani Yusoff menyalahguna kuasa dengan berbohong kepada media mengatakan Utayakumar A/L Vellayuthan dikehendaki polis berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Uthayakumar pernah ditahan pada 2010 di bawah Akta Dadah Berbahaya tetapi beliau telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkahmah Majistret Cameron Highlands pada 2011. ACP Mohd Jasmani berbohong Utayakumar adalah orang dikehendaki untuk memberi tanggapan negatif terhadap penduduk Cameron yang menunggu jawapan di Wisma Sri Pahang.

4.       KPD Kuantan berniat jahat mencari ruang untuk mendakwa penduduk Cameron
Niat jahat KPD Kuantan mecari ruang untuk mendakwa penduduk Cameron dengan meminta dibuat ujian air kencing walaupun sebelum itu penduduk telah diberitahu mereka akan dibebaskan dan I.C. penjamin telah diminta.

5.       Penahanan semalaman dalam lokap tanpa sebab
25 penduduk ditahan dalam lokap semalaman pada 10/7/2012 tanpa sebarang sebab. 25 penduduk ini tidak didakwa atau direman pada keesokan harinya.



6.       Tahanan lokap Mahkahmah Kuantan tidak diberikan rawatan segera
Polis Kuantan gagal menyediakan bantuan ke hospital kepada penduduk Cameron yang berada dalam tahanan lokap mahkahmah Kuantan sehingga seorang peserta wanita, Kamala Devi pengsan dalam lokap. Keadaan dalam lokap juga begitu sempit dan tiada pengudaraan untuk 25 orang.

7.       Polis Kuantan ambil ‘statement’ bersama bail polis walaupun tempoh tahanan sudah lebih 24jam
Polis Kuantan cuba mempertahankan penahanan mereka terhadap penduduk Cameron dengan mengambil statement di minit terakhir sebelum penduduk dibebaskan. Statement diambil walaupun tempoh penahanan sudah melebihi 24 jam.

8.       Polis Kuantan intimidasi penduduk di Cameron
Polis Kuantan terus intimidasi penduduk dengan percubaan ambil ‘statement’ di Cameron Highlands dengan percubaan ambil ‘statement’ dari ibubapa kanak-kanak yang hadir di Pejabat MB. Apabila diminta notis 111, pegawai2 polis tersebut tidak kembali.

Kami mahu pihak polis dari pihak yang lebih atas dari IPD Kuantan menyiasat perkara ini. Kami tidak ada kepercayaan kepada IPD Kuantan menjalankan siasatan terhadap isu ini kerana IPD Kuantan berada di bawah arahan ACP Mohd Jasmani Yusoff yang merupakan orang yang diadu. Kami mahukan tindakan tegas diambil terhadap ACP Mohd Jasmani Yusoff dan DSP Azmi yang bertindak tidak profesional dalam isu ini.

Sekian laporan kami.
Jawatankuasa Rumah, Tanah & Gerai Cameron Highlands
@ Parti Sosialis Malaysia


Pahang MB's Office 'occupiers' arrested - Malaysiakini

  • Ahmad Fadli KC
  • 5:26PM Jul 10, 2012
 
A group of 31 residents and activists from Cameron Highlands were arrested this evening for refusing to disperse from outside the Pahang Menteri Besar's Office in Kuantan.

The group members, led by Cameron Highlands Parti Sosialis Malaysia (PSM) chief B Suresh Kumar told Malaysiakini that they were arrested for trying to "Occupy the MB's office" since 1pm.

NONEThirteen men, 12 women and six children were detained at 4pm, after they refused to budge until they were given an appointment with Menteri Besar Adnan Yaakob.

Suresh (right) said they had gathered to protest after not getting any response to 15 memoranda that they had addressed to Adnan on problems related to land and welfare that they faced.

Some of the complainants are farmers who have not been re-issued with temporary operating licences (TOL) although they have been working on the land for 40 years and operators of stalls in Green Cow, KEA Farm, whose premises are facing demolition.
“We were arrested because we insisted that we will only move after we get an appointment to meet the menteri besar,” said Suresh. 
Suaram condemns arrests
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) in an immediate response lambasted the arrests, saying the residents were appealing to the menteri besar for their livelihood.

“The problems they have been facing are yet to be solved, even though they have sent 17 letters to the Cameron Highlands district office and met with the officers seven times.

“Another 15 letters were sent to the Menteri Besar’s Office, but his officers only met them twice. Four letters were sent to the Prime Minister’s Office and they could only meet these officers twice,” said the NGO.

Suaram said the group never got any solution to their problems and decided to protest in Putrajaya. However, they cancelled this plan after Adnan promised to meet with them and discuss their problems.

Checks with Kuantan district police chief Jasmani Mohd Yusof on the arrests have been futile.

Police double standard rapped over arrests at MB’s office - Harakah Daily

Police double standard rapped over arrests at MB’s office Friday, 13 July 2012 08:51
PAS has lashed out at the police’s arrest of 31 participants who took part in the "Occupy MB's Office" protest at the Pahang Menteri Besar's Office in Kuantan two days ago.
“They should be heard, not arrested,” said PAS Supporters Congress chief N Balasubramaniam.
Led by Cameron Highlands's Parti Sosialis Malaysia chief B Suresh Kumar, the protestors had gathered at the MB’s office to press for a meeting date with MB Adnan Yaakob over land issues.
The issue has affected their livelihood and attempts to seek aid from the Cameron Highlands district office fell on deaf ears despite sending 17 letters.
13 men, 12 women and six children were arrested and later released on bail yesterday. The had said they would only leave after getting an appointment with Adnan.
Bala said the protestors were villagers with problems that had been long overdue and neglected by the state government.
“They were not there for chaos, they just wanted to meet the Menteri Besar,” he said.
He also questioned the speed in which the police had acted.
“In most crimes, police did not act in such manner.
“If the MB is not available, just give them another date of appointment. There is no need to arrest them,” he said.
-Harakahdaily

PAS blasts Barisan hypocrisy - Selangor Times

Published: Fri, 13 Jul 2012  
SHAH ALAM:  PAS Selangor has slammed the arrest of 31 Cameron Highlands protesters who were picked up outside the Pahang Menteri Besar’s office on Tuesday.
Shah Alam member of Parliament Khalid Samad said the arrest only goes to expose the hypocrisy of Datuk Seri Najib Razak’s  1Malaysia slogan.
“All the while they talk about transformation, people first, performance now, and all those slogans, yet they arrest people for protesting in the prime minister’s own state,” he said.
Speaking at a press conference at the state assembly, the Selangor PAS deputy commissioner alleged that the group was promised that the Pahang menteri besar would meet them to solve a land grab issue.
The group included six children along with farmers who have not been re-issued temporary occupational licences (TOL) although they have been working on the land for 40 years and stalls operators whose premises may be demolished.
“Not only were they denied their right to see the menteri besar, they were also unjustly arrested and are being charged for illegal assembly. What assembly? They only wanted to see the menteri besar.
“They wanted the menteri besar to keep his promise, in merely three months the promise was broken, and what is their latest slogan? Promises kept. It’s not like they want to overthrow the government either,” Khalid said.
The protesters are now being treated as common criminals and are being charged under the new Peaceful Assembly Act 2012.
He ridiculed the arrests and compared them to various protests that were held outside the Selangor State Secretariat building in Shah Alam.
“Look at the protests outside the SUK, no matter how vulgar they were, no matter how noisy they were, no matter what they criticised about the state government, we never arrest them,” he said.
Khalid said Putrajaya is being very irresponsible and the country is now in a very sad state of affairs.
 
Selangor Times

Panas: Wakil Penduduk Cameron Highlands Yang Berkhemah Di Depan Pejabat MB Di Tahan Polis !! - Pahang Daily Online (Blogger)

KUANTAN, 11 Julai - Kesemua tiga puluh satu (31) orang wakil penduduk, masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang mengadakan (Occuppy Mb Pahang's Office) di pintu masuk ke Wisma Sri Pahang yang ditahan polis kini masih belum dibebaskan. Mereka yang terdiri daripada tiga belas (13) lelaki, dua belas (12) Perempuan dan enam (6) kanak-kanak ditahan semasa sekitar 4.00 petang oleh pihak polis IPD Kuantan, selepas beberapa perbincangan tidak dipersetujui. Turut berada di lokasi semalam ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) ACP Mohd Jasmani Yusoff. Difahamkan, antara yang ditahan termasuk kanak-kanak. Walau bagaimana pun lewat malam tadi beberapa orang kanak-kanak terbabit telah dibebaskan dan hanya dua sahaja berumur dibawah 12 tahun yang masih berada di lokap (kerana tidak mahu berpisah dengan ahli keluarga mereka yang ditahan). Antara yang ditahan juga termasuklah seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun. Perhimpunan berjalan secara aman sekitar jam 11.00 pagi dimana penduduk membentangkan kanvas dan duduk di bawah pokok di jalan masuk ke pejabat MB Pahang. Difahamkan, ketika itu MB tiada di pejabat beliau kerana mempunyai agenda lain di Putrajaya. Maka, beberapa orang wakil penduduk telah dipanggil berbincang dengan wakil MB (Encik Guna dan Dato' Hamdan) di pejabatnya. Akibat tiada jawapan, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus berhimpun kerana diadakan secara aman dan tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam. Sekitar jam 2.00 petang barulah pihak polis mula menghampiri kawasan terbabit. Perundingan dijalankan sehinggalah mereka semua dibawa menaiki trak polis untuk ditahan di lokap. Semasa di IPD Kuantan, lewat malam tadi satu perbincangan telah diadakan dengan ASP Muniandi, namun kesemua mereka akhirnya didakwa pagi ini atas kesalahan dibawah Akta Perhimpunan Aman.

Kenyataan media oleh wakil penduduk, Suresh PSM tentang isu panas ini

Perbincangan dengan ASP Muniandi malam tadi telah gagal, kesemua didakwa

Berkhemah hanya kerana untuk menuntut keadilan buat diri masing-masing


Penduduk mendirikan khemah di bawah pokok jalan masuk ke Pejabat MB

[Beginilah nasib rakyat marhaen, mahu menuntut keadilan untuk hak-hak mereka pun akhirnya ditindas dan ditangkap oleh pihak polis. Sedangkan sudah jelas, mereka ditipu oleh pemimpin kerajaan itu sendiri. Jika insiden ini berlaku di negeri Pulau Pinang, Selangor , Kedah dan Kelantan maka sudah pasti ia akan menjadi tajuk utama media arus perdana. Namun, dek kerana ia berlaku di bumi Pahang yang ditadbir oleh UMNO BN ia dipinggirkan. Apakah ini cara penguasa bertindak. Rakyat berpuluh tahun memohon geran tanah yang mereka diami tidak dilayan tetapi pemaju perumahan yang dilayan hingga meminggirkan nasib mereka. Rakyat harus dibela dan kesian nasib para penduduk Cameron Highlands yang tertindas ini. Apapun, ianya mungkin menjadi senjata baru buat rakyat menolak BN pada pilihanraya umum akan datang. Jika isu Lynas, majoriti suara kaum Tionghua pasti berubah, maka isu ini pasti membuatkan suara kaum India pula berpaling arah. Kesilapan orang kanan MB Pahang ialah membiarkan pihak polis menangkap dan menahan penduduk terbabit di lokap. Sedangkan mereka berbuat demikian kerana mahukan hak mereka].

Terkini: Wakil Penduduk Belum Di Bebaskan Lagi - Pahang Daily Online (Blogger)

KUANTAN, 11 Julai - Kesemua baki 27 orang lagi wakil penduduk Cameron Highlands yang ditahan polis petang semalam masih belum dibebaskan setakat ini (1.16 petang). Difahamkan usaha membebaskan pihak terbabit sedang dijalankan oleh peguam yang berkenaan. Penyokong serta wartawan media kini berada di mahkamah untuk menggunggu keputusan pembebasan. Kesemua mereka yang terbabit diwakili oleh Peguam Hon Kai Ping (Bar Caouncil Pahang). Turut berada di mahkamah ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan lain-lain.
Orang ramai dan wartawan bersesak di mahkamah untuk ikuti kes pagi ini

Antara kanak-kanak dan wanita yang ditahan lokap, 4 dibebas malam tadi
Peguam Hon Kai Ping dan S Arutchelvan (PSM) sedang berbincang sesuatu

Semua Wakil Penduduk Cameron Highlands Kini Bebas Dan Tidak Akan Di Dakwa Oleh Mahkamah! - Pahang Daily Online (Blogger)





Wednesday, July 11, 2012



KUANTAN, 11 Julai - Kesemua wakil penduduk Cameron Highlands yang ditahan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam telah dibebaskan lewat petang tadi. Kesemua mereka akhirnya dibebaskan selepas tempoh 24 jam penahanan mereka tamat. Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 31 Julai ini. Oleh itu mereka juga tidak akan didakwa di mahkamah selepas ini. Kesemua individu berkenaan terdahulu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini untuk menunggu pendakwaan dijalankan ke atas mereka. Salah seorang peguam yang mewakili individu berkenaan, Hon Kai Ping (foto) berkata, mereka menunggu keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menjalankan prosiding terhadap tahanan."Kita dimaklumkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya, mereka sedang menunggu keputusan dari (Pejabat Peguam Negara) Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran membuat tuduhan mahkamah kepada tahanan."Kami telah tunggu dari pagi tetapi sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan. Kami telah tunggu dari pagi tetapi sekitar jam 3.50 barulah keputusan keluar," katanya.









[Semasa di mahkamah, ramai yang kecewa dengan tindakan pihak berkenaan melewat-lewatkan proses pembebasan tahanan terbabit. Mereka ditahan lokap balai polis kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, tapi anehnya di bawa ke mahkamah untuk di dakwa. Padahal, akhirnya mereka dibebaskan. Kes yang begitu kecil seperti itu pun, hakim perlu menunggu arahan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Nampak benar wakil penduduk Cameron Hihglands berkenaan diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkuasa. Ada pihak yang sengaja mahu mengajar penduduk terbabit supaya tidak lagi mengadakan himpunan atau demontrasi selepas ini. Masalahnya "janji tidak ditepati" oleh Kerajaan Negeri Pahang menyebabkan mereka perlulah terus berjuang sebenarnya].

Pengsan dalam lokap sesak - Harian Metro

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

KUANTAN: Pekarangan kompleks mahkamah, di sini, semalam, kecoh apabila seorang daripada 25 peserta perhimpunan haram di depan Wisma Sri Pahang yang ditahan kelmarin, pengsan akibat terlalu bersesak di dalam lokap mahkamah.
Ahli keluarga tahanan berang kerana ambulans dihubungi untuk membawa wanita berusia 56 tahun itu tidak tiba walaupun selepas empat panggilan telefon dibuat.

Bagaimanapun, keadaan itu dikawal sepenuhnya polis sebelum tahanan terbabit dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, menaiki van petugas mahkamah sambil diiringi polis.
Petugas mahkamah kemudian memindahkan mereka ke lokap lebih luas di bangunan bersebelahan sementara menunggu keputusan sama ada mereka didakwa atau tidak.

Ahli keluarga yang tidak puas hati dengan penahanan itu berpiket di dalam kawasan mahkamah sambil membawa sepanduk yang menuntut semua tahanan dibebaskan.

Semua tahanan dibawa ke mahkamah pada jam 8.30 pagi untuk didakwa selepas ditahan petang kelmarin berikutan berhimpun di bawah khemah di luar Wisma Sri Pahang. Bagaimanapun, polis memutuskan tidak mendakwa mereka, sebaliknya membebaskan seorang demi seorang dengan jaminan polis pada jam 4 petang selepas keterangan diambil.

Seramai 31 peserta termasuk enam kanak-kanak dari Cameron Highlands ditahan pada jam 3 petang kelmarin selepas berkumpul di bawah khemah di luar Wisma Sri Pahang untuk menuntut pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi membincangkan masalah penempatan mereka. Amaran bersurai secara aman tidak diendahkan, malah mereka mencabar pihak berkuasa mengambil tindakan. sehingga memaksa polis menahan mereka.

Enam kanak-kanak berusia antara empat dan 16 tahun yang ditahan kelmarin tidak dibawa ke mahkamah, sebaliknya diserahkan kepada saudara masing-masing. selepas itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12


Orang awam kumpul secara haram di Wisma Sri Pahang ditahan - Bernama

10 Julai 2012
KUANTAN - Sekumpulan orang awam yang berhimpun secara haram di hadapan Wisma Sri Pahang di sini hari ini ditahan polis kerana gagal mematuhi arahan supaya bersurai dari pintu masuk bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kumpulan seramai 31 orang itu ditahan pada 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.
"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk.

Jasmani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun serta enam kanak-kanak 4 hingga 16 tahun.
Katanya seorang daripada mereka dikenali sebagai K. Uttaya, 23, yang dikehendaki polis kerana kes dadah mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan mengadakan perhimpunan haram. - Bernama

Occupy: Mengapa ditahan, mereka mahu jumpa MB - Harakah Daily

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy Pejabat MB', 10 Julai lalu.

Pengerusinya, N. Balasubramaniam, berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah, bukan bertindak menahan mereka.

"Mereka merupakan penduduk kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk diselesaikan. Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan pihak polis yang menahan mereka termasuk kanak-kanak, menunjukkan sikap polis yang 'double standard'.

Katanya, dalam banyak kejadian jenayah, pihak polis tidak bertindak sepantas itu untuk mengambil langkah pencegahan.

"Apa yang lebih penting, tindakan yang boleh diambil ialah mendengar apa yang mereka mahukan. Kalau menteri besar tiada, berilah satu tarikh lain untuk temujanji semula, bukan bertindak menahan mereka," tegas beliau dalam nada kesal.

Pada program 'Occupy Pejabat MB' itu, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam.

Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat.

Seseorang itu hanya boleh ditahan tidak lebih dari 24 jam.

Harakah Daily

31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang - Malaysiakini

  • Ahmad Fadli KC
  • 4:45PM Jul 10 2012
 
Sekumpulan 31 orang ditangkap polis kira-kira jam 4 petang ini di depan Pejabat Menteri Besar Pahang dalam bantahan 'Occupy' sejak 1 tengahari tadi.

Tiga belas lelaki, 12 perempuan dan enam orang kanak-kanak ditahan selepas enggan berganjak selagi tidak mendapat tarikh dan masa untuk bertemu Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menyelesaikan masalah berkenaan tanah, gerai dan rumah di Cameron Highland.

NONEKumpulan itu kini dibawa ke sebuah balai polis di Kuantan, kata setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) cawangan Cameron Highland, Suresh Kumar, seorang daripada mereka yang ditahan.
"Kami ditahan selepas kami bertegas akan hanya bersurai selepas mendapat tarikh untuk bertemu menteri besar Pahang," katanya.

Menurut Suresh lagi, mereka sedang mengusahakan kehadiran peguam untuk membantu mereka pada masa ini.

NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan segeranya memberitahu antara masalah yang dihadapi kumpulan itu adalah masih tidak diberikan lesen operasi sementara (TOL) walaupun telah berkebun selama 40 tahun, tanah dirampas, permohonan tanah tidak diluluskan, perobohan kedai milik seorang ibu tunggal dan kedai dipaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

NONEMasalah-masalah tersebut juga masih belum diselesaikan walaupun mereka telah menghantar 17 surat kepada pejabat daerah Cameron, bertemu mereka sebanyak tujuh kali, menghantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan bertemu sebanyak dua kali, serta menghantar empat pucuk surat ke pejabat perdana menteri dan bertemu pegawainya sebanyak dua kali.

Kumpulan itu sebelum ini pernah merancang untuk berhimpun di Putrajaya bagi menuntut perkara yang sama tetapi membatalkannya selepas Adnan Yaakob dikatakan bersetuju bertemu mereka untuk berbincang.

Sehingga jam 8 malam ini, semua yang ditahan sudah selesai memberi keterangan kepada pegawai polis, kata Suresh Kumar.
Mereka kini bagaimanapun masih belum dibebaskan kerana polis masih menunggu arahan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.
 
Sekitar jam 11 malam, Suresh Kumar memberitahu, 25 mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan 12 perempuan akan didakwa di mahkamah esok.

Menurutnya, pada mulanya mereka diberitahu mungkin akan dibebaskan dengan jaminan polis pada malam ini.

Namun, katanya, mereka baru sahaja dimaklumkan akan bermalam di balai polis untuk didakwa di mahkamah esok.

"Semua kanak-kanak yang ditahan telah dibebaskan. Kami diberitahu ketua polis balai IPD Kuantan yang kami akan didakwa esok tetapi kami belum dimaklumkan akan didakwa atas tuduhan apa," katanya sambil menyifatkan perkara yang mereka lalui hari ini sebagai "sebahagian daripada perjuangan".
 
Sementara itu, Bernama melaporkan ACP Mohd Jasmani berkata mereka ditahan pada jam 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.
   
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.
   
"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk.
   
Jasmani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun serta enam kanak-kanak 4 hingga 16 tahun.
   
Katanya seorang daripada mereka dikenali sebagai K. Uttaya, 23, yang dikehendaki polis kerana kes dadah mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya.
   
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan mengadakan perhimpunan haram.

32 penduduk Green Cow ditahan depan pej MB - Harakah Daily



Anis Nazri, 10 Jul 2012

(Antara penduduk yang terlibat dan ditahan polis di depan Pejabat MB Pahang hari ini)

KUANTAN: 32 penduduk Green Cow Cameron Highland ditahan ketika berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang hari ini bagi membantah pembangunan tanah di kawasan mereka.
AJK PAS Pusat, Zulkifly Mohamad Omar ketika mengesahkan perkara ini berkata, hanya dua sahaja dari peserta perhimpuan itu yang dilepas sehingga kini iaitu seorang Orang Asli dan seorang lelaki tua.

Sementara itu, anggota PKR cabang Kuantan, Mohan Kumar berkata pihak polis mula menahan peserta 'Occupy MB Pahang' pada jam empat petang tadi.

Mereka yang ditahan polis adalah 13 lekai, 12 perempuan dan enam kanak-kanak.

Beliau yang berada di hadapan IPD Kuantan ketika dihubungi Harakahdaily berkata kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun.

Menceritakan detik-detik penahanan itu, Mohan berkata perhimpunan itu pada awalnya berjalan secara aman sejak jam 11 pagi tadi dengan peserta membentangkan kanvas di bawah pokok, sementara menunggu ketibaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bagaimanapun, peserta occupy tersebut dimaklumkan Adnan tidak berada di pejabat kerana berada di Putrajaya.

"Jadi peserta occupy meminta satu tarikh temujanji dari pegawai menteri besar untuk bertemu, namun tiada jawapan daripada pegawai berkenaan.  Maka, peserta mengambil keputusan untuk terus berhimpun," kata beliau yang menyifatkan perhimpunan tersebut tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam.

Sedangkan, tambah Mohan, peserta 'occupy' ini telah berkali-kali mengutuskan surat untuk bertemu dengan Adnan, namun masih tidak mendapat respon berhubung masalah mereka.

Dalam pada itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pihak polis menghormati kebebasan rakyat bersuara melepaskan mereka dengan segera.

Dalam satu kenyataannya sebentar tadi, Suaram menyatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman telah dicabuli apabila bertindak menahan peserta himpunan tersebut.

"Sedangkan isu yang melingkari mereka tidak ditangani segera oleh pihak bertanggungjawab sejak sekian lama," kata penyelarasnya, R. Thevarajan.

Sehubungan itu, Thevarajan menggesa rakyat Malaysia yang prihatin untuk menulis surat kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menyuarakan kebimbangan anda terhadap kemungkinan adanya ugutan dan ancaman yang dihadapi mereka yang ditahan.

Mangsa pembangunan

34 penduduk Cameron yang rumah mereka dilanda masalah tanah runtuh akibat pembangunan tanah berhampiran membuat himpunan di depan pejabat MB Pahang hari ini.

Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di kawasan Green Cow diancam tanah runtuh ekoran sikap pemaju mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.

Penduduk mendakwa, syarikat pemaju LTT Development Sdn Bhd dan Ng Yeet Ng giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah bukit untuk projek pembangunan di kawasan itu sehingga terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk di bawah cerun.

Kini seramai 38 penghuni di kediaman-kediaman itu diancam bahaya bukan sahaja tanah runtuh, malah beresiko dihempap batu-batu besar berdiameter lebih 5 meter.
Harakahdaily sebelum ini pernah melaporkan masalah mereka.

Zulkifly bersama Pesuruhajaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi kampung mereka dan melihat sendiri bagaimana batu-batu besar yang bila-bila masa sahaja boleh menghempas rumah mereka.

Mereka kini tinggal di khemah-khemah kerana takut dihempap batu kalau tidur di rumah mereka.

Walaupun pelbagai laporan dibuat, pihak berkuasa tidak pernah melayan mereka lalu membawa mereka berhimpun di depan pejabat MB hari ini.

Khemah di Putrajaya

Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namun, akibat kerelaan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu, maka himpunan tersebut dibatalkan.

Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu.

Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi.

"Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan," kata Suresh.

Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera.

Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa.

"Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati," kata beliau.

31 aktivis ‘tawan’ pejabat MB Pahang ditahan polis - FMT

K Pragalath | July 10, 2012
Mereka berkhemah dengan harapan Datuk Seri Adnan Yaakob menyelesaikan beberapa isu di Cameron Highlands.
PETALING JAYA: Polis menahan 31 orang aktivis yang berkhemah di Pejabat Menteri Besar Pahang di Kuantan hari ini.
Aktiviti Occupy Pejabat MB dipelopori ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk Cameron Highlands.
Mereka telah memulakan aktiviti perkhemahan di pejabat Datuk Seri Adnan Yaakob  pada  jam 11 pagi ini.
Antara yang ditahan termasuk setiausaha PSM Cameron Highlands, K Suresh.
Peserta tertua yang ditahan adalah seorang wanita berusia 90 tahun manakala yang termuda, berusia 5 tahun.
Dari sejumlah 31 orang, 13 merupakan lelaki dewasa 12 wanita dewasa dan 6 kanak-kanak.
“Dua bulan lepas 40 orang tersebut telah berjumpa dengan Menteri Besar yang berjanji akan hadir ke Cameron Highland untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Dua bulan sudah berlalu tapi hasrat mereka tidak kesampaian,” kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan ketika dihubungi.

7 tuntutan

Terdapat tujuh isu utama yang dituntut oleh peserta Occupy Pejabat MB iaitu:
i) Empat kes petani bertani selama 40 tahun tanpa lesen menduduki tanah sementara(TOL).
ii) Satu kes kawasan rumah diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana.
iii) Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah meskipun untuk rumah dan tanah 30 tahun lalu
iv) Permohonan kawasan gerai ditolak dan diberi kepada pihak lain.
v) Kes gerai ibu tunggal yang dirobohkan
vi) Empat keluarga di Green Cow diancam bahaya tanah runtuh kerana Pejabat Daerah telah meluluskan permit menolak tanah.
vii) Dua  kes pegerai Kea Farm yang gerai mereka akan diroboh untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
“Pada ketika ini pihak polis sedang mengambil keterangan dari kesemua 31 orang.
“Kita tidak tahu sama ada mereka akan direman atau tidak,” kata sumber PSM.

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/10/31-aktivis-tawan-pejabat-mb-pahang-ditahan-polis/#ixzz20aAZwqsR

31 ditahan ‘Occupy’ pejabat MB Pahang, 2 dicekik polis - Keadilan Daily

(Oleh Sidiqin Omar)
KUANTAN 10 Julai: Seramai 31 penduduk Cameron Highland termasuk 12 perempuan dan enam kanak-kanak ditahan polis dalam bantahan ‘Occupy’ di hadapan Pejabat Menteri Besar Pahang, kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland, Suresh Kumar memberitahu, pembantu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Nagendran dan seorang lagi dikenali Uthayakumar, dicekik Ketua Polis Kuantan, Jasmani Yusof ketika ditangkap.
“Sekarang kami ditahan di IPD Kuantan. Kini sedang dapatkan pertolongan dari Biro Bantuan Guaman,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Suresh, himpunan itu menuntut janji MB Pahang, DatukSeri Adnan Yaakob berhubung pemilikan tanah, pemindahan penduduk dan penempatan semula gerai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Hotel Aranda Nova.
“Pengambilan tanah melibatkan enam rumah, empat blok kebun dan empat gerai. Empat tahun kami berjuang. MB janji untuk selesaikan April lepas. Tapi sekarang dah tiga bulan berlalu,” kata Suresh.
Jelas beliau, projek itu tidak pernah dirunding dan sehingga kini pemilik rumah yang didiami 14 keluarga telah dua kali diberi notis pindah dengan yang terakhir, Februari lalu.
“Selepas itu kami bantah dan mereka tangguh roboh. Kami mohon pemilikan tanah dari tahun 80-an. Dipanggil temuduga, tapi tak pernah lulus.
“Kebun sayur dah 40 tahun diusahakan. Sekarang rumah penduduk nak diroboh. Mana nak cari rumah ganti?
“Gerai ganti yang ditawarkan pula lebih kecil. Dari 23 tapak, hanya ada lima tempat letak kereta. Tiada bekalan elektrik, tiada tandas dan terletak di selekoh. Tak sesuai.
“Empat kali tulis surat kepada Menteri Besar, tak berbalas. Paling baru, Khamis lalu. Perkara utama yang penduduk mahu ialah MB datang ke tempat kami dan lihat masalah mereka,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32570

Cara tahan 31 penduduk Cameron dikesali - Harakah Daily

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap pihak berkuasa yang menahan 31 penduduk Cameron Highland yang berhimpun dengan aman di depan Pejabat MB Pahang kelmarin.

(Penduduk Cameron membuat khemah di depan pejabat MB Pahang sebelum mereka ditahan polis - gambar Pahang Daily)

Bagi Suaram, tindakan polis membebaskan mereka di saat-saat akhir menjelang tempoh tahanan reman tamat tidak wajar.

"Seolah-olah pihak berkuasa menunggu arahan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan," kata jurucakap Suaram dalam satu kenyataan mereka hari ini.

Selasa 10 Julai baru-baru ini, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam.

Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya.

31 dari mereka ditahan manakala dua yang dibebaskan adalah seorang Orang Asli dan seorang lagi lelaki tua.

"Seluruh episod ini membayangkan tangkapan ke atas penduduk ini dibuat berdasarkan arahan dan polis menunggu arahan apa dakwaan yang mahu dibuat ke atas mereka.

"Jadi kenapa mereka ditangkap? Ia jelas menunjukkan orang awam ditangkap dahulu sebelum pihak atasan membuat keputusan dan arahan apa yang hendak dibuat," kata R. Thevarajan, Koorditor Hak Keadilan Suaram.

Suaram difahamkan, 25 dari mereka ditahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2011 kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa perhimpunan mereka.

Tahanan lelaki telah diugut untuk dibuat ujian air kencing di bawah Akta Dadah Merbahaya. Selepas itu mereka di dakwa dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1971 kerana membuat kecoh di balai polis.

Namun akhirnya mereka dibebaskan dengan jaminan polis tanpa sebarang dakwaan.

"Suaram beranggapan polis keliru samada untuk mendakwa mereka atau tidak kerana mereka adalah penduduk miskin yang menghadapi masalah isu tanah, paksaan pindah dan perobohan rumah.

"Ketua Polis Negara perlu memberikan penjelasan bagaimana mereka dikendalikan termasuk oleh pegawai yang menguruskan kes di Balai Polis Kuantan bernama Mohd Jasmani," desak Suaram dalam kenyataannya.

Harakah Daily

Hampir kesemua penduduk termasuk 6 kanak-kanak yang telah ke Kuantan telah ditahan polis dan dibawa ke IPD Kuantan sebentar tadi. Walaupun ditahan, mereka tidak gentar, takut atau khuatir demi memperjuangkan hak!!!

Berkhemah Di Hadapan Pej MB Pahang - 10 Julai 2012


PARTI SOSIALIS MALAYSIA
22A, Jalan Vivekananda, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
email : pusat@parti-sosialis.org                    website: parti-sosialis.org

05 Julai 2012

Kepada,
Kepada Persatuan , Organisasi

PROGRAM OCCUPY PEJABAT YAB MENTERI BESAR PAHANG–
PERLUKAN SOKONGAN SOLIDARITY
Setelah banyak memorundum dihantar dan banyak mesyuarat telah diadakan dengan pihak kerajaan UNTUK 4 tahun , nampaknya masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.
Sebelum ini kumpulan ini sudah hantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka 7 kali.  Sudah hantar 15 surat kepada Menteri Besar Pahang  dan berjumpa mereka 2 kali dan sudah hantar 4 kepada Pejabat Perdana Menteri dan berjumpa mereka 2 kali. Oleh sebab masalah mereka langsung tidak diselesaikan dan mereka langsung tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa, maka mereka telah ambil keputusan untuk akhirnya pergi berkhemah di pejabat YAB Menteri Besar Pahang untuk satu penyelesaian.

PROGRAM OCCUPY INI AKAN BERMULA PADA 10 JULAI 2012, PUKUL 11PAGI, DI PEJABAT MENTERI BESAR PAHANG HINGGA MASALAH SELESAI.
40  rakyat yang mewakili 7 isu seperti dibawah akan hadir:
i.      4 isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
ii.      1 isu kawasan rumah diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
iii.      1 pasangan suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah mohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pej Daerah Cameron.
iv.      1 kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
v.      1 kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
vi.      2  kes pegerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
vii.      Pembangunan kawasan Green Cow tanpa perumahan alternatif bagi penduduk Green Cow.
 
Kami berharap rakan-rakan seperjuangan dapat menyokong perjuangan ini dengan cara
i. Sokongan solidarity hadir ke Program Occupy
ii. Sumbangan Kewangan bagi menguruskan perbelanjaan sepanjang “Occupy Putrajaya”
iii. Sumbangan makanan untuk 40 orang yang akan “Occupy Pejabat Menteri Besar Pahang”

Kami berharap rakan-rakan akan turun sekali bersama penduduk Cameron pada 10 Julai 2012 dan teruskan sokongan sehingga mendapat satu kata putus dari YAB Menteri Besar Pahang.  Bagi sebarang pertanyaan/maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi Saudara Suresh di talian 019-5696964 atau layari facebook muka http://www.facebook.com/groups/185086211507442/.

Sekian Terima kasih.

Yang benar,
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
019-2537791