"OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM Pada 28 Mac 2012



14 Mac 2012

Penduduk Cameron yang telah datang ke Pejabat PM di Putrajaya dan kemudian ke Parlimen pada hari ini, telah memberikan PM kata putus sama ada
  • berhentikan perobohan gerai-gerai peniaga kecil di Kea Farm dan;
  • mulakan perbincangan lokasi baru bersama pegerai dan PSM Cameron
  • selesaikan segera masalah-masalah lain yang telah dibawa kepada perhatian PM sejak setahun lepas atau;

penduduk yang hadir akan memulakan "OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM di Putrajaya bermula dari 28 Mac 2012.

Masalah-masalah yang telah dibawa ialah:

  • 23 pegerai di Kea Farm dipaksa berpindah ke gerai baru yang mempunyai banyak masalah oleh Pegawai Daerah Cameron, Dato Syed Abdul Mutalib Syed Hassan. Perpindahan ini adalah untuk memberi ruang kepada pemaju Signature Landmark membina projek bernama Aranda Nova. Apakah kaitan Dato Syed Abdul Mutalib dengan pemaju Signature Landmark?
  • 4 petani kecil di Blue Valley yang telah bertani selama 40 tahun tetapi dinafikan lesen LPS (TOL) oleh Pejabat Daerah Cameron. Adakah ini caranya untuk mengalakkan pertanian di negara kita?
  • kawasan rumah yang diduduki oleh Ezumalai selama 42 tahun di Ringlet telah diberi hakmilik oleh Pejabat Daerah Cameron kepada kroni BN pada tahun 2005. Permohonan TOL oleh Ezumalai yang dibuat pada 1991 telah ditolak tetapi permohonan kroni diluluskan.
  • permohonan Palanisamy pada tahun 2005 untuk mendirikan gerai makan di Blue Valley telah ditolak oleh Pejabat Daerah Cameron dengan alasan pembekuan pemberian lesen LPS. Tetapi kroni pemerintah telah membuka tanah pertanian seluas 2 ekar di kawasan yang sama pada tahun 2007 dan tiada tindakan diambil oleh Pejabat Daerah Cameron walaupun aduan sudah dibuat.
  • Kandasamy & Ponnusamy yang telah memohon LPS pertanian dan rumah murah di Cameron sejak tahun 1970-an tidak pernah dijawab oleh Pejabat Daerah Cameron. Kandasamy pada masa sekarang menghadapi pengusiran dan tidak mempunyai rumah untuk berpindah akibat tanah yang didudukinya sudah dijual kepada orang lain.
  • Permohonan lesen LPS untuk pertanian dan gerai makanan ibu-ibu tunggal seperti Ponnamah, Revathy dan Sivasangkari telah ditolak oleh Pejabat Daerah Cameron. Di dalam kes Ponnamah, tanah yang beliau sedang berkebun di Ringlet telah dirampas pada tahun 2002 di oleh Pejabat Daerah Cameron dan tidak diberikan tanah ganti.
  • Permohonan LPS untuk meternak kambing oleh Maniam dan anaknya, Maran telah ditolak sejak tahun 2000 oleh Pejabat Daerah Cameron. Maran mempunyai sijil dalam peternakan kambing.

Kumpulan kami telah berjumpa dengan Setiausaha Sulit PM, En.S.Azhar di Pejabat PM di Putrajaya. Kami tidak mendapat apa-apa jawapan dari En.S.Azhar. Turut hadir bersama untuk memberi sokongan ialah komrad dari PSM KL dan Sg Siput. SUA PSM, Sdr Aruthchelvan juga turut hadir.

Oleh sebab itu, penduduk yang hadir telah berbincang dan membuat keputusan untuk ke Parlimen untuk bertemu dengan PM. Parlimen penggal ke-5 telah mula bersidang sejak 12 Mac 2012.

Kami hadir di Parlimen pada pukul 2.30pm dan penduduk Cameron telah berarak ke pintu masuk Parlimen sambil memegang banner dan melaungkan slogan meminta PM menyelesaikan segera masalah-masalah mereka. 5 orang wakil kumpulan telah dibenarkan masuk ke dalam Parlimen bersama MP PSM, Dr.Jeyakumar.

Di dalam sidang akhbar yang dibuat di tempat letak kereta di Parlimen, wakil-wakil penduduk telah memberikan PM sehingga 27 Mac untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jika tiada penyelesaian dicapai, penduduk Cameron bersama penyokong akan "OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM pada 28 Mac 2012.

Mari kita lihat sama ada kerajaan BN akur akan kehendak penduduk Cameron atau mobilisasi yang lebih besar seperti "OCCUPY" Pejabat PM harus dibuat untuk membuka telinga pihak pemerintah terhadap masalah-masalah rakyat.

HIDUP RAKYAT, HIDUP PERJUANGAN!!!

Suresh Kumar




Mari bersama demo di Pejabat PM, Putrajaya pada 14/32012



KUASA KEPADA RAKYAT!


Demonstrasi di hadapan Pejabat Perdana Menteri meminta Perdana Menteri:
  1. Hentikan perobohan paksa gerai-gerai di Kea Farm, Cameron Highlands untuk memberi laluan kepada pemaju swasta Signature Landmark (minta PSM Cameron diturut serta dalam perbincangan pampasan gerai-gerai Kea Farm).
  2. Berikan LPS/hakmilik kepada pekebun yang sudah berkebun 40 tahun.
  3. Berikan LPS/hakmilik kepada kes-kes tanah, gerai dan rumah yang berlakunya ketidakadilan.
  4. Sediakan rumah kos rendah kepada penduduk Cameron yang kurang mampu.
  5. Siasat Pejabat Daerah Cameron dan Majlis Daerah Cameron (MDCH) dalam ketidakadilan pemberian rumah-rumah kos rendah sebelum ini.
  6. Siasat ketidakadilan yang berlaku dalam pemberian LPS/Hakmilik tanah, rumah & gerai oleh Pejabat Tanah & Daerah Cameron.

Kami telah menghantar memorandum kepada PM berkenaan masalah-masalah di atas pada 26/1/2011. Tetapi sehingga ke hari ini, kami tidak menerima apa-apa jawapan.

TARIKH:
14 MAC 2012
TEMPAT:
Pejabat Perdana Menteri,Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
MASA:
10 PAGI


Kami ingin menjemput saudara/i yang berminat terhadap isu-isu rakyat untuk turut serta dalam demo ini. Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi Suresh 019-569 6964.

Untuk keterangan lanjut mengenai isu-isu ini, sila baca artikel-artikel berikut:
  1. Pengedaran Risalah Di PRK N28 Kerdau, Temerloh, Pahang

  2. Tuduhan Tidak Berasas Oleh Dato S.K.Devamany dan Ahli-Ahli MIC

  3. Penghantaran Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia

  4. Surat dari MB Pahang Dan Janji Setiausaha Politik MB, Dato Shamsuddin

  5. Perjuangan Peniaga Kecil Di Kea Farm

  6. Banner Dinaikkan Di Kea Farm

  7. Ahli Parlimen Cameron Tidak Mahu Berjumpa Rakyat Bersama Ahli-ahli PSM

  8. Peniaga Kecil Kea Farm Minta Pejabat Daerah Cameron Tidak Sebelahi Pemaju

  9. Perjumpaan Dengan Dato Shamsuddin Nawawi, Setiausaha Politik MB Pahang di Pejabat JKR Tanah Rata

  10. Percubaan Untuk Menerima Memorandum di Tengah Jalan Oleh Pihak Menteri Besar Pahang

  11. Lawatan Dato’ Siva Subramaniam, Pesuruhjaya SUHAKAM ke Kawasan-Kawasan Penduduk di Cameron Highlands Pada 6 & 7 April 2010

  12. Sessi Dialog Bersama Pesuruhjaya SUHAKAM

  13. Protes Berjalan Ke Pejabat Daerah Cameron

  14. Penyerahan Memorandum Di SUHAKAM

  15. Kempen Laporan Polis... Paksa Pegawai Daerah Cameron Turun Padang

  16. Aduan Polis Terhadap Pegawai Daerah Cameron, Dato Hj Mohamad Noor

  17. Kuasa Rakyat Gegarkan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron

  18. Kuasa Rakyat Berjaya Mendapat Jawapan Dari Pejabat Daerah Cameron

  19. Kini Rumah Sudah Tiba Di Tepi Cerun...

  20. Sampai Bila... Satu Lagi Isu Penafian Hak Di Blue Valley


Disediakan oleh:
Suresh Kumar
Setiausaha
PSM Cawangan Cameron Highlands

Camerons villagers want ministry to drop charges - Malaysiakini

Camerons villagers want ministry to drop charges

S Pathmawathy
12:45PM Nov 24, 2011
Malaysiakini

A group of villagers from Cameron Highlands, who were prosecuted for trying to safeguard their family house from being demolished, have submitted a memorandum appealing to the Home Ministry to drop the charges.

NONECameron Highland’s PSM chief B Suresh Kumar (right) represented the seven affected families and the two charged under Section 341 and 506 of the Penal Code with blocking the developer’s machinery and criminal intimidation, respectively.

“The families have been living there for the past 30 to 50 years... they have no land grants but they have been paying assessment tax and Tenaga Nasional Berhad has supplied them with electricity,” said Suresh, who was also charged along with the duo.

According to him, the families from Green Cow, KEA Farm were neither informed of the development nor issued an evacuation order, which was the reason why some 15 activists and villagers protested on Oct 13.

“The developers began work two months ago (in September)... so when we stopped the tractors from moving any further as lives were in danger, three of us were arrested instead,” he told reporters in Parliament today.

Suresh added that a representative of the developer, Ng Yeet Ng, failed to showed them the development order and checks revealed that no permit was issued.

“We had lodged eight police reports, approached the local council and even asked for the environmental impact report, but we have not heard a word from the authorities.

‘Rampant land clearing caused landslides’

“It’s a hillslope and the rampant land clearing in the area has caused landslides in the past,” he said.

“We were trying to stop that from happening... but instead of protecting us, the police are supporting the developers,” exclaimed Suresh.

Suresh and S Thanabalan were released on bail of RM3,000 each, while S Nagarajan was released on bail of RM5,000.

The police had defined blocking the tractor as “wrongful restraint” and insisted that bail should be RM8,000, said Suresh.

Sungai Siput PSM MP Dr D Jeyakumar and Kuantan PKR MP Fuziah Salleh both rebuked the police’s action and urged the Home Ministry to intervene and drop the charges.

11/11/11 Bukan Tarikh Yang Begitu Bertuah Untuk Penduduk Green Cow



11/11/11 - Jumaat
[Masalah penolakan tanah untuk projek komersil yang membahayakan nyawa 7 buah keluarga di Cameron Highlands]

Tarikh 11/11/11 yang dikatakan tarikh keramat nampaknya tidak begitu bertuah bagi 7 keluarga di Green cow, Kea Farm, Cameron Highlands. Pada hari ini, satu mesyuarat telah dipanggil oleh Penolong Pegawai Daerah, En.Mohd Isa untuk membincangkan isu-isu penolakan tanah di Green Cow oleh 2 orang pemaju:

  1. LTT Development Sdn Bhd - pemaju komersil
  2. Pn.Ng Yeet Ng - pemaju projek pertanian
Malangnya, mesyuarat hari ini yang dihadiri oleh begitu banyak Individu dan Jabatan berkuasa; tidak dapat mencapai kata putus dalam menyelesaikan masalah penduduk Green Cow. Senarai nama pegawai yang telah hadir ialah:
  1. Hj Mohd Isa Bin Awang, Ketua Penolong Tadbir Tanah CH
  2. DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, Ketua Polis Daerah CH
  3. En.Norazizul, Jurutera Daerah JKR CH
  4. Dato' Syed Abdul Mutalib bin Syed Hassan, Pegawai Daerah Cameron
  5. Dato’ S.K.Devamany, Ahli Parlimen CH
  6. Dato’ Ho Yip Kap, ADUN Tanah Rata
  7. En.Dilip Martin, Pembantu Khas Ahli Parlimen CH
  8. En.Hari, Pembantu Khas Ahli Parlimen CH
  9. En.Chau, Wakil LTT Development Sdn Bhd
  10. En.Wan, Wakil Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)
  11. Dr.Ir. Saravanan Mariappan, Jurutera Perunding Mewakili Penduduk Green Cow
  12. Wakil Jabatan Alam Sekitar CH
Permintaan 7 buah keluarga di situ hanyalah keselamatan diri dan keluarga mereka. Walaupun Dato Syed Abdul Mutalib dan Dato Devamany berkali-kali menyatakan mereka lebih risau akan keselamatan penduduk berbanding kami (PSM CH), namun tindak-tanduk kedua-dua mereka tidak seperti apa yang disebut.

Saya berkata demikian kerana sebab-sebab berikut:
  1. Dato Syed Abdul Mutalib, Dato Devamany dan MDCH gagal memberi kerjasama kepada jurutera perunding (mewakili penduduk) sesalinan pelan pembangunan di Green Cow. Tujuan jurutera kami meminta pelan tersebut ialah untuk menilai keselamatan penduduk. Alasan yang dipakai seperti 'kerahsian' tidak dapat diterima dalam kes ini yang melibatkan nyawa manusia.
  2. Dato Syed Abdul Mutalib gagal memberikan status permit kerja untuk kedua-dua pemaju.
  3. Mesyuarat gagal membincangkan apa-apa status penolakan tanah oleh pemaju Ng Yeet Ng kerana beliau tidak hadir (adakah ini cara untuk mengelakkan dari diambil tindakan).
  4. Dato Syed Abdul Mutalib dan Dato Devamany mempertahankan LTT Development dari menjawab soalan sama ada pampasan diberi untuk 3 keluarga lain yang tinggal di situ tetapi tidak menyertai Gabungan Penduduk Green Cow.
  5. Mesyuarat dijalankan dengan cepat dan Dato Syed Abdul Mutalib menamatkan mesyuarat dengan tiba-tiba pada pukul 10pagi kerana terdapat sebuah mesyuarat lain selepas itu.
Di akhir mesyuarat, Dato Syed Abdul Mutalib telah memberikan sedikit janji yang tidak pasti seperti:
  1. pemaju LTT Development harus memulakan perbincangan pampasan dengan penduduk. Tiada ketetapan yang diambil untuk seorang lagi pemaju iaitu Pn.Ng Yeet Ng.
  2. kerja-kerja menutup batu besar yang terdedah dengan plastik harus dilakukan dengan segera oleh MDCH.
  3. 'mud-flow' (aliran lumpur) yang berlaku setiap kali hujan harus dicegah segera.
Ketidakikhlasan pemaju LTT Development terhadap mesyuarat ini dapat dilihat apabila ia hanya menghantar seorang pekerja yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Jelas sekali selepas 2 bulan berlalu, selepas lebih 10 laporan polis, selepas 5 surat kepada jabatan kerajaan, selepas 3 perjumpaan dengan pegawai kerajaan; golongan pemerintah terus bersekongkol dengan golongan kapitalis dan mengetepikan hak asasi rakyat biasa seperti perumahan yang selamat.

Kami di pihak penduduk akan tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan oleh pemaju dan kerajaan untuk menangani isu ini. Adakah 'nyawa rakyat' akan didahulukan atau 'keuntungan pemaju'?

Suresh Kumar
PSM Cameron

Memorandum Kepada Bukit Aman pada 18 Oktober 2011 Bertukar Menjadi Laporan Tatatertib



Penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bkt Aman menjadi laporan tatatertib akhirnya kerana keenganan polis di Bukit Aman untuk mengadakan perbincangan mengenai memorandum kami. Oleh sebab itu, kami telah menukar memorandum kami kepada laporan tatatertib dan telah membuat aduan tatatertib terhadap 2 orang pegawai polis di Cameron Highlands. Kandungan aduan tatatertib kami adalah seperti berikut:


LATAR BELAKANG ISU
  1. Green Cow ialah kawasan berbukit yang terletak di persimpangan Jalan Sg Palas. Ia termasuk di dalam kawasan Kea Farm, Cameron Highlands.
  2. Satu projek telah diluluskan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) di kawasan ini untuk membina 6 blok kedai pejabat 4 tingkat berjumlah 65 unit & 256 unit tempat letak kereta dengan nilai projek RM20juta. Kontraktor projek tersebut ialah Segar Wangi Sdn Bhd. [http://www.cidb.gov.my/director/local_contractor_details.php?cont_id=7220]
  3. Pemilik & pemaju kawasan ini ialah LTT Development Sdn Bhd. Satu surat menuntut pampasan berpindah telah dihantar kepada LTT Development oleh penduduk pada 30/9/2011.
  4. Seorang pemaju lain yang dikenali sebagai Ng Yeet Ng (tel 012-5179292) telah mula menjalankan kerja-kerja penolakan tanah pada 28/9/2011. Satu laporan polis telah dibuat di IPD Cameron Highlands pada hari yang sama oleh seorang penduduk, Marapan A/L Sangadoo [Brinchang 881/11].
  5. Oleh kerana bahaya yang wujud akibat kerja penolakan tanah oleh Ng Yeet Ng, 7 buah keluarga yang tinggal di kaki bukit Green Cow telah meminta Ng Yeet Ng memberhentikan kerja dan memberikan pampasan kepada mereka untuk berpindah.
  6. Ng Yeet Ng tidak ingin berbincang di atas arahan LTT Development dan meneruskan kerja-kerja tanahnya yang berbahaya. Ng Yeet Ng juga tidak dapat membuktikan beliau mempunyai permit untuk mengerjakan tanah yang begitu curam.
  7. 7 buah keluarga ini telah memberhentikan kerja-kerja penolakan tanah dengan berdiri di hadapan jentolak. Ketua 7 keluarga tersebut ialah: a.) Tan Chee Wah b.) Marapan A/L Sangadoo c.) Ganash A/L Sangadoo d.) Nagarajan A/L Subsamanyan e.) Khor Ah Lek f.) Suresh A/L Subsamanyan g.) Rosnah Beham Binti Abdullah
  8. PSM Cameron Highlands sedang menolong mereka dalam perjuangan hak menetap di rumah yang selamat. Beberapa laporan polis telah dibuat berkenaan isu ini [Brinchang 886/11 dan 916/11].
  9. Surat aduan juga telah dihantar kepada Pejabat Tanah Cameron Highlands (PTCH), MDCH, Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands dan Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands.
  10. Pada 12/10/11, ASP Saralathan Duraisamy telah mengugut penduduk untuk menahan mereka jika penduduk tidak membenarkan Ng Yeet Ng menjalankan kerja-kerja penolakan tanah. Satu laporan polis telah dibuat ke atas ASP Saralathan dan Ng Yeet Ng [Brinchang 952/11].
  11. Perbincangan dengan Ketua A.D.O. Cameron Highlands, En.Mohd Isa pada pagi 13/10/2011 telah membuktikan bahawa tiada permit menolak tanah dikeluarkan kepada Ng Yeet Ng. Permit menolak tanah yang dikeluarkan kepada LTT Development juga telah dibatalkan. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanah Rata dan Brinchang [Brinchang 956/11].
  12. Pada 13/10/2011, pukul 12.00 tengahari, ASP Saralathan bersama lebih kurang 8 anggota polis telah datang menjaga pemaju Ng Yeet Ng untuk menolak tanah di Green Cow.
  13. Kami telah membantah penolakan tanah tetapi ASP Saralathan bersama anggota polis lain telah menghalang kami dari memberhentikan jentolak. Walaubagaimanapun, kami berjaya memberhentikan jentolak tersebut tanpa sebarang insiden.
  14. Berikutan kejadian ini, ASP Saralathan telah menahan: a.) Suresh Kumar A/L Balasubramaniam, aktivis PSM Cameron Highlands b.) Nagarajan A/L Subsamanyan, penduduk di Green Cow c.) Thanabalan A/L Subsamnayan, penduduk di Green Cow
  15. Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan dan telah dibebaskan melalui akuan mulut. Ketiga-tiga mereka dikehendaki menghadiri Mahkahmah Majistret Cameron Highlands pada 15/11/2011.


ADUAN SALAH GUNA KUASA OLEH:
  • DSP WAN MOHD ZAHARI WAN BUSU, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands
  • ASP SARALATHAN DURAISAMY, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Cameron Highlands
  1. Menahan 3 orang di atas tanah bukan milik kerajaan tanpa sebarang perintah mahkahmah dari Ng Yeet Ng atau LTT Developmet.
  2. Menjaga pemaju supaya dapat menjalankan kerja penolakan tanah pada 13/10/2011 walaupun kami telah membuat 4 laporan polis menerangkan bahaya jika kerja penolakan tanah diteruskan.
  3. Menakut-nakutkan kami dengan membuat ugutan untuk menahan kami pada 12/10/2011 oleh ASP Saralathan.
  4. Gagal mengambil tindakan ke atas Ng Yeet Ng yang menolak tanah tanpa permit. Sehingga hari ini, pihak polis Cameron gagal membuktikan kepada kami Ng Yeet Ng mempunyai permit yang sah.




PERMINTAAN GABUNGAN PENDUDUK GREEN COW KEPADA KETUA POLIS NEGARA (KPN)

Kami mahu KPN:

  1. menyiasat ASP Saralathan kerana berpihak kepada pihak pemaju Ng Yeet Ng dan LTT Development.
  2. menyiasat DSP Wan Mohd Zahari kerana berpihak kepada pihak pemaju Ng Yeet Ng dan LTT Development.
  3. menyiasat sama ada wujudnya unsur seperti rasuah di dalam isu ini.
  4. mengenakan tindakan tatatertib ke atas kedua-dua pegawai polis seperti di atas kerana memihak pemaju projek Ng Yeet Ng dan LTT Development

PENAHANAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK!!!

Polis Cameron Highlands telah menahan 3 orang termasuk aktivis PSM saudara Suresh kerana mempertahankan kawasan perumahan Sg Palas daripada dicerobohi Developer. Kesemua berada di Balai Polis Brinchang. Sila telefon dan pressure 05-4911222 atau ASP Saran 012-5057999. Sebarkan!!!

Green Cow: Mungkin satu lagi kes tanah runtuh seperti Sg Ruil



Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands - 30/9/2011.

Kerja-kerja tanah yang telah dimulakan oleh pemaju-pemaju di kawasan ini telah meletakkan beberapa rumah di kawasan ini di dalam risiko tanah/batu runtuh; sama seperti yang terjadi di Perkampungan Orang Asli Sg Ruil baru-baru ini. Lebih kurang 10 keluarga terjejas akibat kerja-kerja tanah ini.

Salah seorang pemaju ialah LTT Development Sdn Bhd yang sedang memajukan kawasan itu untuk 6 blok kedai 3 tingkat. Seorang lagi pemaju tidak dapat dikenalpasti kerana tidak meletakkan papantanda maklumat projek. LTT Development sedang memajukan kawasan itu dengan kos RM20 juta.

Semalam, 5 ketua keluarga telah membuat laporan polis di IPD Cameron Highlands, Brinchang meminta kerja-kerja tanah dihentikan segera. 5 keluarga ini juga inginkan pemaju berbincang dengan mereka mengenai pampasan yang boleh diberikan untuk mereka berpindah keluar dari kawasan ini. Kelima-lima ketua keluarga tersebut ialah:

a.) Tan Chee Wah, 59 tahun

b.) Marapan A/L Sangadoo, 42 tahun

c.) Ganash A/L Sangadoo, 50 tahun

d.) Nagarajan A/L Subsamanyan, 33 tahun

e.) Khor Ah Lek, 55 tahun


Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, Suresh Kumar bersama beberapa penyokong PSM telah membantu mereka membuat laporan polis semalam.

"Ada satu batu sebesar 10mx10mx10m yang telah menjadi tidak stabil akibat kerja-kerja tanah ini. Jika batu itu jatuh ke bawah, rumah dan kandang kambing saya akan musnah. Pemaju langsung tidak bertimbang rasa ketika membuat kerja-kerja tanah di sekeliling batu tersebut", kata S.Marapan, salah seorang yang terlibat. "Pihak pemaju tidak memberikan sebarang notis sebelum memulakan kerja-kerja mereka", ujurnya lagi.

" Kami sudah tinggal di sini lebih kurang 40 tahun. Kami ada hak untuk tinggal di rumah yang selamat dan bukannya dalam ketakutan akibat tanah runtuh. Lebih-lebih lagi jika dilihat tanah runtuh di Sg Ruil, apa-apa pun boleh terjadi sekarang", kata S.Ganash, seorang lagi penduduk di situ.

Suresh Kumar berkata satu surat tuntutan pampasan akan dihantar kepada pemaju-pemaju berkenaan untuk meminta rumah ganti jika mereka mahu meneruskan kerja-kerja tanah mereka. Selagi itu, 5 keluarga tersebut bertekad untuk menghalang kerja-kerja tanah di Green Cow.

Suresh Kumar
PSM Cameron
019-569 6964