(Why Incinerator Are Harmful) for Dummies



S: Adakah incinerator cara yang paling bagus untuk selesaikan masalah sampah sarap?

J: Incinerator bukanlah cara terbaik untuk memproses sampah sarap. Cara terbaik adalah dengan kitar semula yang dinamakan proses “Zero Waste”. Cara ini lebih baik dari membakar sampah di dalam incinerator. Lebih-lebih lagi di Cameron Highlands, di mana 60% sampahnya terdiri daripada bahan organik. Cara ini sudah dijalankan secara berjaya di Kovalam, India yang merupakan sebuah destinasi pelancungan dan mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama dengan Cameron Highlands. Kovalam juga dikunjungi lebih dari 100,000 pelancung setiap tahun.

S: Apakah bukti incinerator boleh menyebabkan pencemaran?

J: Banyak bukti telah diperolehi bahawa incinerator boleh menyebabkan pencemaran. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagaian iaitu pencemaran:

1. kepada udara, tanah, tumbuh-tumbuhan dan sungai

2. kepada pekerja yang bekerja di incinerator

3. kepada manusia yang tinggal berhampiran incinerator

4. kepada manusia dan alam sekitar yang tinggal berjauhan tetapi melalui "chain effect" dari 3 cara di atas.

Untuk membaca lebih lanjut, layari laman web http://www.no-burn.org

S: Tempat-tempat pelancungan yang lain (Pulau Langkawi dan Tioman) juga telah dibina incinerator tetapi tiada masalah. Bagaimana masalah boleh wujud hanya untuk incinerator di Cameron Highlands sahaja?

J: Bagaimana kita tahu bahawa tiada masalah di tempat-tempat pelancungan yang lain yang mempunyai incinerator? Jika jawapan “tiada masalah” itu diterima dari kontraktor yang membina/menjalankan incinerator, maka jawapan ini tidak boleh diterima kerana pihak ini memunyai kepentingan dalam menjayakan pembinaan incinerator. Jika jawapan “tiada masalah” diperolehi dari Kerajaan BN, jawapan ini juga tidak boleh diterima kerana kerajaan BN adalah pihak yang menggalakan pembinaan incinerator sebagai penyelesaian pengurusan sampah sarap. Satu kajian teliti harus dibuat oleh kerajaan BN bersama-sama pihak yang menentang pembinaan incinerator dan rakyat. Kajian ini sepatutnya dibuat sebelum incinerator dibina.

S: Jika incinerator bukan cara terbaik mengurus sampah, adakah jika sampah sarap ditanam dalam tanah (landfill) merupakan cara yang lebih baik? Bukankah cara “landfill” akan mempengaruhi air di bawah tanah?

J: Landfill merupakan cara pengurusan sampah yang lebih buruk berbanding incinerator. Cara terbaik pengurusan sampah di Cameron Highlands adalah “Zero Waste”.

S: Adakah kumpulan yang menentang incinerator hanya berbuat demikian semasa musim pilihanraya?

J: PSM Cameron bersama beberapa kumpulan lain telah memulakan kempen menentang incinerator sejak Jun 2010. Ini bukanlah aktiviti yang hanya dibuat untuk pilihanraya.


S: Adakah pembinaan incinerator hanya ditentang oleh sekumpulan kecil penduduk tetapi menguntungkan berjuta-juta penduduk lain?

J: Pembinaan incinerator hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang diberi kontrak membina incinerator; tetapi bukan penduduk. Pembinaan incinerator di Cameron memakan belanja RM41 juta. Satu pembaziran yang amat ketara.

"OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM Pada 9 April 2012



14 Mac 2012

Penduduk Cameron yang telah datang ke Pejabat PM di Putrajaya dan kemudian ke Parlimen pada hari ini, telah memberikan PM kata putus sama ada
  • berhentikan perobohan gerai-gerai peniaga kecil di Kea Farm dan;
  • mulakan perbincangan lokasi baru bersama pegerai dan PSM Cameron
  • selesaikan segera masalah-masalah lain yang telah dibawa kepada perhatian PM sejak setahun lepas atau;

penduduk yang hadir akan memulakan "OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM di Putrajaya bermula dari 9 April 2012.

Masalah-masalah yang telah dibawa ialah:

  • 23 pegerai di Kea Farm dipaksa berpindah ke gerai baru yang mempunyai banyak masalah oleh Pegawai Daerah Cameron, Dato Syed Abdul Mutalib Syed Hassan. Perpindahan ini adalah untuk memberi ruang kepada pemaju Signature Landmark membina projek bernama Aranda Nova. Apakah kaitan Dato Syed Abdul Mutalib dengan pemaju Signature Landmark?
  • 4 petani kecil di Blue Valley yang telah bertani selama 40 tahun tetapi dinafikan lesen LPS (TOL) oleh Pejabat Daerah Cameron. Adakah ini caranya untuk mengalakkan pertanian di negara kita?
  • kawasan rumah yang diduduki oleh Ezumalai selama 42 tahun di Ringlet telah diberi hakmilik oleh Pejabat Daerah Cameron kepada kroni BN pada tahun 2005. Permohonan TOL oleh Ezumalai yang dibuat pada 1991 telah ditolak tetapi permohonan kroni diluluskan.
  • permohonan Palanisamy pada tahun 2005 untuk mendirikan gerai makan di Blue Valley telah ditolak oleh Pejabat Daerah Cameron dengan alasan pembekuan pemberian lesen LPS. Tetapi kroni pemerintah telah membuka tanah pertanian seluas 2 ekar di kawasan yang sama pada tahun 2007 dan tiada tindakan diambil oleh Pejabat Daerah Cameron walaupun aduan sudah dibuat.
  • Kandasamy & Ponnusamy yang telah memohon LPS pertanian dan rumah murah di Cameron sejak tahun 1970-an tidak pernah dijawab oleh Pejabat Daerah Cameron. Kandasamy pada masa sekarang menghadapi pengusiran dan tidak mempunyai rumah untuk berpindah akibat tanah yang didudukinya sudah dijual kepada orang lain.
  • Permohonan lesen LPS untuk pertanian dan gerai makanan ibu-ibu tunggal seperti Ponnamah, Revathy dan Sivasangkari telah ditolak oleh Pejabat Daerah Cameron. Di dalam kes Ponnamah, tanah yang beliau sedang berkebun di Ringlet telah dirampas pada tahun 2002 di oleh Pejabat Daerah Cameron dan tidak diberikan tanah ganti.
  • Permohonan LPS untuk meternak kambing oleh Maniam dan anaknya, Maran telah ditolak sejak tahun 2000 oleh Pejabat Daerah Cameron. Maran mempunyai sijil dalam peternakan kambing.

Kumpulan kami telah berjumpa dengan Setiausaha Sulit PM, En.S.Azhar di Pejabat PM di Putrajaya. Kami tidak mendapat apa-apa jawapan dari En.S.Azhar. Turut hadir bersama untuk memberi sokongan ialah komrad dari PSM KL dan Sg Siput. SUA PSM, Sdr Aruthchelvan juga turut hadir.

Oleh sebab itu, penduduk yang hadir telah berbincang dan membuat keputusan untuk ke Parlimen untuk bertemu dengan PM. Parlimen penggal ke-5 telah mula bersidang sejak 12 Mac 2012.

Kami hadir di Parlimen pada pukul 2.30pm dan penduduk Cameron telah berarak ke pintu masuk Parlimen sambil memegang banner dan melaungkan slogan meminta PM menyelesaikan segera masalah-masalah mereka. 5 orang wakil kumpulan telah dibenarkan masuk ke dalam Parlimen bersama MP PSM, Dr.Jeyakumar.

Di dalam sidang akhbar yang dibuat di tempat letak kereta di Parlimen, wakil-wakil penduduk telah memberikan PM sehingga 27 Mac untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jika tiada penyelesaian dicapai, penduduk Cameron bersama penyokong akan "OCCUPY" Perkarangan Pejabat PM pada 28 Mac 2012.

Mari kita lihat sama ada kerajaan BN akur akan kehendak penduduk Cameron atau mobilisasi yang lebih besar seperti "OCCUPY" Pejabat PM harus dibuat untuk membuka telinga pihak pemerintah terhadap masalah-masalah rakyat.

HIDUP RAKYAT, HIDUP PERJUANGAN!!!

Suresh Kumar




Mari bersama demo di Pejabat PM, Putrajaya pada 14/32012



KUASA KEPADA RAKYAT!


Demonstrasi di hadapan Pejabat Perdana Menteri meminta Perdana Menteri:
  1. Hentikan perobohan paksa gerai-gerai di Kea Farm, Cameron Highlands untuk memberi laluan kepada pemaju swasta Signature Landmark (minta PSM Cameron diturut serta dalam perbincangan pampasan gerai-gerai Kea Farm).
  2. Berikan LPS/hakmilik kepada pekebun yang sudah berkebun 40 tahun.
  3. Berikan LPS/hakmilik kepada kes-kes tanah, gerai dan rumah yang berlakunya ketidakadilan.
  4. Sediakan rumah kos rendah kepada penduduk Cameron yang kurang mampu.
  5. Siasat Pejabat Daerah Cameron dan Majlis Daerah Cameron (MDCH) dalam ketidakadilan pemberian rumah-rumah kos rendah sebelum ini.
  6. Siasat ketidakadilan yang berlaku dalam pemberian LPS/Hakmilik tanah, rumah & gerai oleh Pejabat Tanah & Daerah Cameron.

Kami telah menghantar memorandum kepada PM berkenaan masalah-masalah di atas pada 26/1/2011. Tetapi sehingga ke hari ini, kami tidak menerima apa-apa jawapan.

TARIKH:
14 MAC 2012
TEMPAT:
Pejabat Perdana Menteri,Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
MASA:
10 PAGI


Kami ingin menjemput saudara/i yang berminat terhadap isu-isu rakyat untuk turut serta dalam demo ini. Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi Suresh 019-569 6964.

Untuk keterangan lanjut mengenai isu-isu ini, sila baca artikel-artikel berikut:
  1. Pengedaran Risalah Di PRK N28 Kerdau, Temerloh, Pahang

  2. Tuduhan Tidak Berasas Oleh Dato S.K.Devamany dan Ahli-Ahli MIC

  3. Penghantaran Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia

  4. Surat dari MB Pahang Dan Janji Setiausaha Politik MB, Dato Shamsuddin

  5. Perjuangan Peniaga Kecil Di Kea Farm

  6. Banner Dinaikkan Di Kea Farm

  7. Ahli Parlimen Cameron Tidak Mahu Berjumpa Rakyat Bersama Ahli-ahli PSM

  8. Peniaga Kecil Kea Farm Minta Pejabat Daerah Cameron Tidak Sebelahi Pemaju

  9. Perjumpaan Dengan Dato Shamsuddin Nawawi, Setiausaha Politik MB Pahang di Pejabat JKR Tanah Rata

  10. Percubaan Untuk Menerima Memorandum di Tengah Jalan Oleh Pihak Menteri Besar Pahang

  11. Lawatan Dato’ Siva Subramaniam, Pesuruhjaya SUHAKAM ke Kawasan-Kawasan Penduduk di Cameron Highlands Pada 6 & 7 April 2010

  12. Sessi Dialog Bersama Pesuruhjaya SUHAKAM

  13. Protes Berjalan Ke Pejabat Daerah Cameron

  14. Penyerahan Memorandum Di SUHAKAM

  15. Kempen Laporan Polis... Paksa Pegawai Daerah Cameron Turun Padang

  16. Aduan Polis Terhadap Pegawai Daerah Cameron, Dato Hj Mohamad Noor

  17. Kuasa Rakyat Gegarkan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron

  18. Kuasa Rakyat Berjaya Mendapat Jawapan Dari Pejabat Daerah Cameron

  19. Kini Rumah Sudah Tiba Di Tepi Cerun...

  20. Sampai Bila... Satu Lagi Isu Penafian Hak Di Blue Valley


Disediakan oleh:
Suresh Kumar
Setiausaha
PSM Cawangan Cameron Highlands