Memorandum Kepada Bukit Aman pada 18 Oktober 2011 Bertukar Menjadi Laporan Tatatertib



Penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bkt Aman menjadi laporan tatatertib akhirnya kerana keenganan polis di Bukit Aman untuk mengadakan perbincangan mengenai memorandum kami. Oleh sebab itu, kami telah menukar memorandum kami kepada laporan tatatertib dan telah membuat aduan tatatertib terhadap 2 orang pegawai polis di Cameron Highlands. Kandungan aduan tatatertib kami adalah seperti berikut:


LATAR BELAKANG ISU
  1. Green Cow ialah kawasan berbukit yang terletak di persimpangan Jalan Sg Palas. Ia termasuk di dalam kawasan Kea Farm, Cameron Highlands.
  2. Satu projek telah diluluskan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) di kawasan ini untuk membina 6 blok kedai pejabat 4 tingkat berjumlah 65 unit & 256 unit tempat letak kereta dengan nilai projek RM20juta. Kontraktor projek tersebut ialah Segar Wangi Sdn Bhd. [http://www.cidb.gov.my/director/local_contractor_details.php?cont_id=7220]
  3. Pemilik & pemaju kawasan ini ialah LTT Development Sdn Bhd. Satu surat menuntut pampasan berpindah telah dihantar kepada LTT Development oleh penduduk pada 30/9/2011.
  4. Seorang pemaju lain yang dikenali sebagai Ng Yeet Ng (tel 012-5179292) telah mula menjalankan kerja-kerja penolakan tanah pada 28/9/2011. Satu laporan polis telah dibuat di IPD Cameron Highlands pada hari yang sama oleh seorang penduduk, Marapan A/L Sangadoo [Brinchang 881/11].
  5. Oleh kerana bahaya yang wujud akibat kerja penolakan tanah oleh Ng Yeet Ng, 7 buah keluarga yang tinggal di kaki bukit Green Cow telah meminta Ng Yeet Ng memberhentikan kerja dan memberikan pampasan kepada mereka untuk berpindah.
  6. Ng Yeet Ng tidak ingin berbincang di atas arahan LTT Development dan meneruskan kerja-kerja tanahnya yang berbahaya. Ng Yeet Ng juga tidak dapat membuktikan beliau mempunyai permit untuk mengerjakan tanah yang begitu curam.
  7. 7 buah keluarga ini telah memberhentikan kerja-kerja penolakan tanah dengan berdiri di hadapan jentolak. Ketua 7 keluarga tersebut ialah: a.) Tan Chee Wah b.) Marapan A/L Sangadoo c.) Ganash A/L Sangadoo d.) Nagarajan A/L Subsamanyan e.) Khor Ah Lek f.) Suresh A/L Subsamanyan g.) Rosnah Beham Binti Abdullah
  8. PSM Cameron Highlands sedang menolong mereka dalam perjuangan hak menetap di rumah yang selamat. Beberapa laporan polis telah dibuat berkenaan isu ini [Brinchang 886/11 dan 916/11].
  9. Surat aduan juga telah dihantar kepada Pejabat Tanah Cameron Highlands (PTCH), MDCH, Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands dan Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands.
  10. Pada 12/10/11, ASP Saralathan Duraisamy telah mengugut penduduk untuk menahan mereka jika penduduk tidak membenarkan Ng Yeet Ng menjalankan kerja-kerja penolakan tanah. Satu laporan polis telah dibuat ke atas ASP Saralathan dan Ng Yeet Ng [Brinchang 952/11].
  11. Perbincangan dengan Ketua A.D.O. Cameron Highlands, En.Mohd Isa pada pagi 13/10/2011 telah membuktikan bahawa tiada permit menolak tanah dikeluarkan kepada Ng Yeet Ng. Permit menolak tanah yang dikeluarkan kepada LTT Development juga telah dibatalkan. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanah Rata dan Brinchang [Brinchang 956/11].
  12. Pada 13/10/2011, pukul 12.00 tengahari, ASP Saralathan bersama lebih kurang 8 anggota polis telah datang menjaga pemaju Ng Yeet Ng untuk menolak tanah di Green Cow.
  13. Kami telah membantah penolakan tanah tetapi ASP Saralathan bersama anggota polis lain telah menghalang kami dari memberhentikan jentolak. Walaubagaimanapun, kami berjaya memberhentikan jentolak tersebut tanpa sebarang insiden.
  14. Berikutan kejadian ini, ASP Saralathan telah menahan: a.) Suresh Kumar A/L Balasubramaniam, aktivis PSM Cameron Highlands b.) Nagarajan A/L Subsamanyan, penduduk di Green Cow c.) Thanabalan A/L Subsamnayan, penduduk di Green Cow
  15. Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan dan telah dibebaskan melalui akuan mulut. Ketiga-tiga mereka dikehendaki menghadiri Mahkahmah Majistret Cameron Highlands pada 15/11/2011.


ADUAN SALAH GUNA KUASA OLEH:
  • DSP WAN MOHD ZAHARI WAN BUSU, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands
  • ASP SARALATHAN DURAISAMY, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Cameron Highlands
  1. Menahan 3 orang di atas tanah bukan milik kerajaan tanpa sebarang perintah mahkahmah dari Ng Yeet Ng atau LTT Developmet.
  2. Menjaga pemaju supaya dapat menjalankan kerja penolakan tanah pada 13/10/2011 walaupun kami telah membuat 4 laporan polis menerangkan bahaya jika kerja penolakan tanah diteruskan.
  3. Menakut-nakutkan kami dengan membuat ugutan untuk menahan kami pada 12/10/2011 oleh ASP Saralathan.
  4. Gagal mengambil tindakan ke atas Ng Yeet Ng yang menolak tanah tanpa permit. Sehingga hari ini, pihak polis Cameron gagal membuktikan kepada kami Ng Yeet Ng mempunyai permit yang sah.




PERMINTAAN GABUNGAN PENDUDUK GREEN COW KEPADA KETUA POLIS NEGARA (KPN)

Kami mahu KPN:

  1. menyiasat ASP Saralathan kerana berpihak kepada pihak pemaju Ng Yeet Ng dan LTT Development.
  2. menyiasat DSP Wan Mohd Zahari kerana berpihak kepada pihak pemaju Ng Yeet Ng dan LTT Development.
  3. menyiasat sama ada wujudnya unsur seperti rasuah di dalam isu ini.
  4. mengenakan tindakan tatatertib ke atas kedua-dua pegawai polis seperti di atas kerana memihak pemaju projek Ng Yeet Ng dan LTT Development

PENAHANAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK!!!

Polis Cameron Highlands telah menahan 3 orang termasuk aktivis PSM saudara Suresh kerana mempertahankan kawasan perumahan Sg Palas daripada dicerobohi Developer. Kesemua berada di Balai Polis Brinchang. Sila telefon dan pressure 05-4911222 atau ASP Saran 012-5057999. Sebarkan!!!