Surat dari MB Pahang Dan Janji Setiausaha Politik MB, Dato Shamsuddin



15 OKTOBER 2010


Pada hari ini, kami di PSM telah menerima sepucuk surat dari Pejabat MB Pahang. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa MB Pahang tidak akan berada di dalam pejabat menerima kunjungan kami pada 18 Oktober 2010.

Kami telah membuat keputusan untuk membawa masalah rakyat di Cameron berjumpa dengan MB Pahang. Ini adalah berikutan janji Setiausaha Politik MB Pahang, Dato Shamsuddin untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah kami kemukakan kepada MB Pahang pada 20 April 2010. Baca artikel-artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut:

  1. Percubaan Untuk Menerima Memorandum di Tengah Jalan Oleh Pihak Menteri Besar Pahang
  2. Perjumpaan Dengan Dato Shamsuddin Nawawi, Setiausaha Politik MB Pahang di Pejabat JKR Tanah Rata
Kini sudah 6 bulan telah berlalu, kes-kes rakyat tidak mendapat sebarang penyelesaian. PSM Cameron tidak mendapat sebarang jawapan walaupun 2 surat peringatan telah dihantar. Oleh sebab itu, kami telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan MB Pahang sekali lagi pada 18 Oktober 2010 meminta menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini.

Pada awal pagi, saya telah menerima SMS dari Dato Shamsuddin meminta perjumpaan dengan MB ditangguhkan kerana MB akan meghadiri Sidang UMNO dari 18 ke 23 Oktober 2010. Saya telah meminta tarikh yang lain dan Dato Shamsuddin telah berjanji memberikan temujanji dengan MB Pahang selepas 24 Oktober 2010. Sejurus selepas itu, saya telah menerima sepucuk surat melalui Pos Laju memberitahu MB Pahang tidak akan berada di pejabat pada 18 Oktober 2010.

Kami di PSM Cameron telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan perkembangan terbaru. Di dalam mesyuarat tersebut, semua yang hadir bersetuju untuk menangguhkan perjalanan ke Kuantan dan menunggu Dato Shamsuddin memberikan temujanji yang baru.

Berikut ialah masalah rakyat yang ingin bertemu dengan MB Pahang menyelesaikan masalah mereka:

Masalah Tanah & Rumah
Ezumalai Saminathan (Ringlet)

Masalah Gerai
Revathy Ramasamy (Blue Valley)
Palani Ramasamy (Blue Valley)
Ramli Bin Osman (Kea Farm)
Vanitha (Kea Farm)
Saraswathy (Kea Farm)

Masalah Tanah & Kebun
R.Velusamy (Blue Valley)
Muniamah (Blue Valley)
Rajammah (Blue Valley)
Marayee (Blue Valley)
Ponnamah (Ringlet)

Masalah Rumah Kos Rendah & Tanah Berkebun
Ponnusamy (Blue Valley)

Masalah Tanah & Ternakan
Maniam (Sg Palas)

Masalah Jalan Masuk Ke Kebun-Kebun Di Blue Valley


Suresh Kumar
PSM Cameron



No comments: