Benarkah kekalahan Manogaran DAP di Parlimen P078 Cameron disebabkan oleh saya & PSM Cameron?

Baru-baru ini, saya terkejut apabila mendengar tuduhan bahawa Calon DAP utk Parlimen Cameron, Manogaran, kalah sebanyak 462 undi terhadap Palanivel kerana saya & PSM Cameron. Saya sedih apabila dengar tuduhan begini dibuat oleh beberapa penyokong & ahli PSM sendiri tanpa sebarang bukti.

Di antara tuduhan tersebut ialah:
1. Saya telah minta ahli & penyokong PSM Cameron undi Palanivel (BN).
2. Saya telah minta ahli & penyokong PSM Cameron buat undi rosak.
3. Saya tidak ikhlas tolong Manogaran DAP dlm kempen PRU13.
4. PSM Cameron telah sokong Calon BEBAS di DUN Tanah Rata (Dr Cheam May Choo) menyebabkan kekalahan Manogaran DAP di Parlimen Cameron.
4. Saya dgn sengaja telah minta ahli PSM Cameron utk menjadi PACA utk Dr.Jeyakumar (PSM) di Sg Siput. Ini menyebabkan Manogaran DAP kekurangan sukarelawan.
5. Saya telah pergi ke Sg Siput pada hari undi 5/5/2013 kerana tidak mahu tolong Manogaran DAP.
6. Saya hanya menolong Manogaran DAP dalam 1 minggu terakhir.
7. Semua keputusan berkenaan kempen Manogaran DAP dibuat oleh saya sendiri di dlm PSM Cameron. Tiada demokrasi.
8. Saya sangat ‘greedy’ utk bertanding & menjadi MP.

Bukan itu sahaja... Malah kredibiliti saya juga telah difitnah. Saya dikatakan terlalu miskin sehingga tidak dpt membayar bil-bil saya dan ada pihak membantu saya membayar bil. Maka itu, saya dikatakan tidak layak bertanding dlm PRU13. Saya memang miskin; tetapi saya tidak pernah minta sesiapa pun membayar bil-bil saya.

Berikut ialah beberapa kebenaran yang ingin saya tegaskan.
1. Saya tidak PERNAH minta sesiapa pun utk undi Palanivel (BN) atau jadikan undi rosak. Sebenarnya, undi rosak dlm PRU13 telah berkurang kpd 3.9% dari 7.2% pd PRU12.
2. PSM Cameron telah mula kempen utk Manogaran DAP sejak 28/4/13 kerana permintaan rakyat Cameron & juga dr luar. Sebelum 28/4/13, PSM Cameron dlm dilemma kerana tidak setuju dgn DAP yg tidak mahu beri laluan kpd PSM Cameron 1 lawan 1 dgn Palanivel. Tetapi PSM Cameron telah berubah pendiriannya kerana hormat kpd pendapat rakyat yg mahu kami tolong Manogaran DAP utk tumbang BN.
3. PSM Cameron telah edar lebih 4000 risalah Manogaran DAP di DUN Tanah Rata & Jelai.
4. Sepanjang kempen PRU13, saya telah berucap dlm 3 ceramah DAP di Cameron; Sg Koyan, Kg OA Lembah Bertam & Kg Raja.
5. Saya telah bersama penyokong DAP pada hari undi 5/5/13 di 3 tempat di Cameron; SMK Ringlet, SMK Sultan Ahmad Shah & SJKC Kuala Terla. Saya hanya berlepas ke Sg Siput pukul 1pm bersama komrad Siva.
6. Saya tidak faham bagaimana sokongan PSM Cameron kpd calon BEBAS Dr.Cheam boleh menyebabkan kekalahan Manogaran DAP. PSM Cameron sokong Dr.Cheam kerana beliau adalah calon tempatan & telah tandatangan 22 Point Aku Janji oleh PSM Cameron. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dr.Cheam, kunjungi www.cheammaychoo.com.
7. Dr.Kumar adalah calon PSM yg telah kalahkan Samy Vellu pd PRU12 di Sg Siput. Kali ini beliau berdepan dgn Devamany (BN). Devamany ialah bekas MP Cameron. Pertolongan saya & PSM Cameron kpd Dr.Kumar ialah di atas dasar solidariti sesama ahli PSM. Di samping itu, kami telah mendedahkan Devamany yg gagal selesai banyak isu di Cameron.
8. PSM Cameron mengamalkan sistem demokrasi dlm semua mesyuaratnya. Semua ahli dibenarkan bersuara & keputusan diambil berdasarkan pendapat majoriti.
9. PSM Cameron cadang utk jadikan saya sbg calon pd PRU13 di atas keputusan kumpulan. Saya bukan membuat keputusan tersebut bersendirian dan PSM Cameron bertanding & menang utk menolong & bersama rakyat.

Saya berpendapat semua tuduhan ini dibuat utk memberikan gambaran yg buruk terhadap saya & PSM Cameron. PSM Cameron telah bersama rakyat Cameron selama 10 tahun yg lepas. Kami banyak mengenali rakyat melalui perjuangan & kes2 di Pusat Khidmat PSM Cameron.

Sesiapa yg mempunyai bukti bahawa saya telah buat kerja sabotaj terhadap Manogaran DAP diminta tampil ke hadapan. Berikan bukti tersebut kpd saya & rakyat Cameron.

Kepada kawan2 yg tidak boleh menerima fakta kekalahan Manogaran DAP di Cameron:
1. analisa keputusan PRU13 kenapa Manogaran DAP kalah di Cameron
2. kumpulkan bukti penipuan jika ada
3. fail petisyen pilihanraya di mahkahmah jika ada cukup bukti

Sekian.

Suresh Kumar
PSM Cameron