Pada bulan Disember 2008, Namasivayam telah balik semula ke rumah beliau di Bertam Valley dengan kaki palsu beliau.
Namasivayam telah kehilangan kedua-dua kaki atas paras lutut akibat penyakit Berger. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003. Sejak itu beliau hanya dapat menggunakan kerusi roda. Keadaan rumah beliau yang begitu kecil (3m x 5m) dan tidak rata menyebabkan beliau tidak dapat bergerak bebas dengan kerusi roda tersebut.
Walaupun keadaan Namasivayam yang sebegini, beliau dan keluarganya sentiasa bersemangat untuk berjuang. Beliau sentiasa mengalakkan isteri dan anaknya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kami. Pada perjumpaan dengan Pegawai Daerah pada 7 Jan 2009, beliau telah mengikut bersama kami ke Pejabat Daerah Cameron. Begitu juga dengan perjumpaan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) yang diadakan pada 17 Jan 2009.
Namasivayam perlu berlatih menggunakan kaki tersebut. Dan beliau juga ingin bekerja selepas dapat menggunakan kaki palsu sepenuhnya.
Kami di PSM berasa gembira dengan pencapaian En.Namasivayam. Semangat beliau yang kental untuk mendapatkan kaki palsu dan berjalan semula telah membolehkan beliau mencapai impiannya. Perjuangan beliau telah memberikan hasil. Syabas untuk Namasivayam!
Suresh Kumar
PSM Cameron
No comments:
Post a Comment