21 Februari 2009
Pada hari ini, perjumpaan MPR yang ke-5 telah diadakan. Banyak isu telah dibincangkan seperti:
- kempen tandatangan meminta kerajaan masuk campur memulihkan perkhidmatan bas awam Cameron.
- forum POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA yang akan diadakan tidak lama lagi.
- Majlis Makan Malam PSM yang akan diadakan pada 16 Mei 2009.
- pusat pembelajaran yang akan cuba diwujudkan di Ladang Boh tidak lama lagi.
- kempen pengedaran risalah Menentang Pengswastaan Sistem Kesihatan Awam
- harga sayur yang rendah.
- kos membeli racun dan baja yang semakin bertambah. Ketika harga petrol naik, harga barangan ini telah naik 50%. Tetapi selepas harga petrol turun, hanya 5% harga barangan ini turun.
- pemandu 'land-rover' yang kehilangan kerja akibat kerja diberikan kepada pekerja asing. Pekerja asing sanggup memandu untuk gaji yang jauh lebih rendah.
- lesen tanah pertanian yang baru atau lama yang tidak ingin diberi oleh Pejabat Tanah Cameron walaupun sudah berkebun begitu lama.
- inilah masanya untuk pemuda/i turun dan bergiat dalam aktiviti sosial kerana keadaan ekonomi dan politik yang begitu dinamik.
- semua rakyat negara ini perlu menanggap bahawa ini adalah negara kita; dan oleh sebab itu, kita harus mempertahankan hak kita dan rakyat yang lain apabila ia terancam.
PSM Cameron
No comments:
Post a Comment