Pekerja Ladang Blue Valley Menaikkan "Banner" Perjuangan



13 Ogos 2009

Pekerja Ladang Blue Valley hari ini telah mencipta sejarah dalam perjuangan mereka dengan menaikkan banner perjuangan buat kali pertama. Banner tersebut adalah mengenai tuntutan hak pekerja mereka. Selain itu, ia juga menerangkan bahawa hak mereka sebagai pekerja perlu dijaga sekiranya ladang ini ditutup atau bankrap. Banner tersebut dibuat sendiri oleh mereka.

Pengurus ladang, Babu Nair bersama pekerja kanannya, Doriraj telah cuba memberhentikan pekerja daripada menaikkan banner tetapi tidak berjaya. Babu Nair telah cuba menakutkan pekerja dengan mengambil gambar-gambar mereka. Ini telah ditentang oleh pekerja dengan kesemua mereka mendampingi Babu Nair ke mana sahaja beliau bergerak mengambil gambar. Akhirnya Babu Nair telah berhenti mengambil gambar.

Babu Nair telah memanggil polis yang kemudian telah datang ke tempat pekerja menaikkan banner. Disebabkan ini adalah banner perjuangan pekerja dan ia dinaikkan di dalam ladang, pihak polis telah beredar selepas mendengar penjelasan. Seorang polis SB juga telah datang untuk merisik apa yang sedang berlaku.

Selepas itu, Babu Nair bersama Doriraj telah membuat laporan polis. Para pekerja juga telah membuat laporan polis terhadap ugutan Babu Nair yang telah menyatakan bahawa beliau akan mengunakan apa jua cara untuk menanggalkan banner tersebut.

Hidup Perjuangan Pekerja Ladang Blue Valley!


Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: