KENYATAAN POTONG TELINGA & TERJUN DALAM SG PAHANG: BUKAN SATU PERKARA BARU UNTUK MB PAHANG BERJANJI DAN KEMUDIAN MUNGKIR JANJI














Gambar dr Malaysiakini


KENYATAAN AKHBAR

1 DISEMBER 2012

Kami di PSM Cameron berpendapat kenyataan MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob bahawa beliau akan potong telinga dan terjun ke dalam Sg Pahang jika BN kalah di Bentong bukanlah satu perkara baru. Beliau pernah sebelum ini memberi janji-janji kosong kepada rakyat.

Inilah MB Pahang yang prinsipnya tidak selaras dengan laungan Perdana Menteri: JANJI DITEPATI. Berikut ialah 2 contoh berkenaan janji palsu kepada penduduk Cameron Highlands berkenaan masalah tanah, rumah & gerai mereka.

  1. Dato Sri Adnan Yaakob berjanji pada 9/4/2012 di Annex Resort, Kuantan; di hadapan 30 penduduk Cameron bahawa beliau akan melawat setiap satu masalah penduduk Cameron dalam masa 2 minggu dan kemudian menyelesaikannya. Kini sudah 8 bulan berlalu tetapi tidak nampak batang hidungnya.

  1. Memberi kenyataan akhbar pada 18/7/2012 bahawa penduduk Green Cow, Cameron Highlands telah diberikan tanah ganti untuk mendirikan rumah. Tetapi sehingga hari ini, penduduk Green Cow masih menetap di tempat yang sama & mengalami ancaman tanah runtuh akibat projek komersil. Turut bersama MB Pahang memberikan janji kosong ialah Presiden MIC, Dato Palanivel.

Daripada pengalaman PSM Cameron, tidak mustahil untuk MB Pahang berjanji membuat sesuatu dan kemudian mungkir janji. Beliau pernah berbuat begitu, jadi kenapakah beliau tidak boleh mengulanginya?

Disediakan oleh:
Suresh Kumar
Setiausaha
PSM Cameron

No comments: