PSM Cameron boleh tewaskan Dato G.Palanivel jika diberi laluan oleh DAP Cameron


PSM Cameron percaya bahawa Sdr Suresh Kumar boleh menewaskan Dato G.Palanivel jika beliau diberI laluan untuk bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands oleh DAP Cameron. Suresh ialah Setiausaha PSM Cameron.

Sdr Suresh bukan seorang yang asing di Cameron. Beliau dilahirkan di Cameron & telah bersama membimbing rakyat Cameron sejak 10 tahun dahulu. Beliau juga menjalankan Pusat Khidmat PSM Cameron bersama ahli lain yang sehingga kini telah menyelesaikan lebih 300 kes rakyat Cameron.

Di samping itu, Suresh juga telah sentiasa bersama rakyat seperti di dalam perjuangan: 
  1. pekebun Bertam Valley terhadap pembinaan jalan Ringlet-Sg Koyan yang menyebabkan banyak kebun diambil oleh kerajaan BN
  2. penduduk flats Evergreen yang menentang pemindahan tong sampah
  3. penduduk Green Cow yang menentang projek pemaju swasta yang mengancam nyawa mereka
  4. pekerja Ladang Teh Blue Valley yang berjuang akibat penutupan ladang
  5. penduduk Brinchang menentang penukaran jalan kepada se-hala
  6. 13 masalah penduduk melibatkan tanah, rumah & gerai yang enggan diselesaikan oleh Kerajaan Pahang BN
  7. peniaga kecil di Kea Farm yang terpaksa berpindah memberi laluan kepada pemaju swasta
  8. menyokong perjuangan Orang Asal Cameron melalui Jaringan Tanah & Wilayah Adat Cameron Highlands (JARICH)
  9. membaikpulih sistem pengangkutan bas awam di Cameron 
  10. menyelesaikan masalah kesesakan trafik di Cameron
  11. pemusnahan hutan tidak terkawal di Cameron
  12. pencemaran sungai di Cameron
  13. pembinaan skim rumah murah untuk rakyat berpendapatan rendah
  14. menentang pembinaan & operasi Insinerator di Blue Valley
Sdr Suresh juga telah ditahan polis beberapa kali akibat membela nasib rakyat. Beliau dan penduduk Green Cow kini menghadapi 3 tuduhan polis & pemaju di Mahkahmah akibat perjuangan bersama rakyat.

Dengan rekod sebegini, adalah harapan kami dari PSM Cameron bahawa Sdr Suresh merupakan calon terbaik untuk bertanding kerusi Parlimen Cameron menentang bakal calon, Dato G.Palanivel, Presiden MIC.

Walau apapun, tujuan PSM Cameron adalah sama seperti Pakatan Rakyat; iaitu menewaskan Barisan Nasional di Cameron Highlands. Kami berharap DAP Cameron dapat memberikan laluan kepada PSM supaya dapat bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Perjuangan Sdr Suresh boleh diikuti melalui laman web www.psmcameron.blogspot.com atau di Facebook di bawah nama Suresh PSM.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
Sdr Simon Rajendran
Pengerusi J/kuasa PRU13
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands
Tel: 016-5172 760

No comments: