Soalan 3 keluarga di Green Cow sempena Sambutan Kemenangan Perjuangan pada 20
Disember 2013
Pemaju LTT Development akhirnya akur dengan keselamatan penduduk yang menetap di Green Cow dan setuju untuk beri pampasan supaya 3 keluarga boleh bina rumah di tanah lain dan berpindah.
Perjuangan ini telah memakan masa 2 ½ tahun sebelum pemaju tunduk kepada permintaan
penduduk. Green Cow merupakan satu isu di mana peneroka bandar diketepikan
selepas tempat tersebut dimajukan oleh mereka.

Pelbagai rintangan dihadapi oleh penduduk, wakil PSM dan kawan-kawan lain yang turut membantu. Di antaranya ialah:
- Penduduk Green Cow sentiasa hidup dalam bahaya batu/tanah runtuh akibat projek LTT Development di atas rumah mereka.
- Penangkapan & pertuduhan 2 penduduk & 1 ahli PSM di bawah seksyen 341KK (halangan salah) & 506KK (ugutan jenayah) di Mahkahmah Majistrest Cameron & Mahkahmah Tinggi Temerloh pada November 2011. Penduduk menang di kedua-dua mahkahmah.
- Penangkapan & pertuduhan 2 penduduk lain di bawah seksyen 341KK (halangan salah) pada Julai 2012. Penduduk menang di Mahkahmah Majistret Cameron. Kes masih jalan di Mahkahmah Tinggi Temerloh.
- Penangkapan oleh polis Kuantan di hadapan Pejabat MB Pahang pada 10/7/12 kerana berkumpul minta MB campurtangan. Seramai 31 penduduk Cameron dan wakil PSM ditahan dalam lokap sehari.
- Permohonan injuksi terhadap penduduk oleh pemaju. Tetapi sebaliknya penduduk diberi injuksi untuk hentikan kerja pemaju di Mahkahmah Tinggi Kuantan.
- Ugutan gangster yang diupah oleh pemaju dan percubaan untuk merobohkan kandang kambing penduduk.


Apakah yang dipelajari oleh penduduk Green Cow daripada kemenangan ini?
“Hanya apabila kita berjuang, mata dan
telinga penindas mula buka. Kita bukan rampas hak orang lain, kita tuntut hak
kita yang dirampas. Perumahan yang selamat adalah hak semua manusia. Untuk keuntungan
pemaju, nyawa kita bukan boleh digadai. Kami sekarang lebih berani dan tahu
cara untuk kendalikan manusia di sekeliling yang mahu menindas kami. Yang
paling penting, kita mesti sentiasa bersatu untuk berjuang.” Saudari Vanitha.S,
Penduduk Green Cow
Disediakan
oleh: Suresh Kumar, Setiausaha PSM Cameron. Tel: 019-569 6964
No comments:
Post a Comment