MB Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob Setuju Selesai Masalah 13 Keluarga di Cameron Dalam Masa 1 Bulan


Selepas kempen SMS kepada MB Pahang & Dato Palanivel pada 10/2 sehingga 14/2 2014, MB Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob telah memanggil 13 keluarga yang mempunyai masalah untuk berjumpa pada 19/2/2014. Perjumpaan telah diadakan di Tingkat 6, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Di dalam perjumpaan yang diadakan semalam, MB Pahang telah bersetuju bahawa:
a.) Isu ini adalah isu lama & perlu diselesaikan segera
b.) MB Pahang akan berurusan secara SMS dengan 13 keluarga akan perkembangan penyelesaian isu ini.

Ini adalah perjumpaan kedua oleh 13 keluarga dengan MB Pahang setelah perjumpaan pertama pada 29/4/2012 di Annex Resthouse, Kuantan gagal menyelesaikan apa-apa masalah mereka. Percubaan untuk berjumpa MB Pahang pada 10/7/2012 juga disudahi dengan 31 daripada mereka ditahan polis Kuantan di hadapan Pejabat MB di Wisma Sri Pahang.

13 keluarga ini berharap MB Pahang akan menyelesaikan masalah mereka kali ini. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah PTG Pahang, Dato Azizan Ahmad.

Disediakan oleh,
Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron
019-569 6964

No comments: