Satu lagi kisah lembu... Green Cow


Satu lagi kisah lembu... Green Cow

Inline images 3

Green Cow
Green Cow ialah satu kawasan di Cameron Highlands. Ia terletak di persimpangan masuk ke Ladang Teh Sg Palas. Terdapat 10 buah keluarga menetap di kaki bukit Green Cow. Green Cow mendapat namanya kerana persekitaran yang hijau dan wujudnya ternakan lembu di sini pada masa dahulu.

2 pemaju
Mimpi ngeri penduduk bermula apabila jentolak milik 2 pemaju iaitu Ng Yeet Ng dan LTT Development Sdn Bhd mula menolak tanah pada Ogos 2011. Kebimbangan ini memang berpatutan nyata kerana kebetulan pada masa itu, iaitu pada 7 Ogos 2011, tanah runtuh berlaku di Kg OA Sg Ruil yg telah membunuh 7 orang. Sekitar Ogos 2011 juga, satu batu besar telah bergolek ke jalanraya akibat kerja-kerja LTT Development. Permit menolak tanah LTT  telah digantung sementara oleh Pejabat Daerah Cameron akibat insiden ini.

Gabungan Penduduk bersama PSM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron telah dimaklumkan oleh penduduk dan sejak Sept 2011, kami telah membimbing penduduk memperjuangkan hak rumah yang selamat. Gabungan Penduduk Green Cow telah dibentuk yang diwakili 7 dari 10 keluarga. 

Banyak laporan polis telah dibuat dan surat telah dihantar. Namun kerja penolakan tanah tetap dijalankan oleh pemaju. 

2 penduduk & 1 aktivis PSM ditahan polis
Oleh sebab tiada tindakan dr mana-mana pihak, maka penduduk bersama ahli PSM telah menahan mesin Ng Yeet Ng dr bekerja pada 13/10/2011. Akibat insiden ini, Polis Cameron telah menahan 1 aktivis PSM (Suresh Kumar) dan 2 penduduk (S.Nagarajan dan S.Thanabalan). Kemudian mereka telah didakwa di Mahkahmah Majistret Cameron oleh polis di bawah seksyen 341KK dan 506KK. Kesemua mereka telah dibebaskan oleh Majistret pada 30/7/2012 dengan alasan penduduk bertindak atas dasar keselamatan.

Gabungan Penduduk juga telah meminta dokumen-dokumen projek untuk dirujuk kpd jurutera awam tetapi tidak dilayan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Dalam perjumpaan dgn Pegawai Daerah Cameron pd 11/11/2011, beliau telah minta isu keselamatan diberi perhatian segera dan pihak berkuasa tempatan harus pastikan semua tanah dan batu ditutup. Tetapi perkara-perkara ini tidak pernah dibuat oleh pemaju. 

Gangster tunjuk pistol, Polis tanya jenama pistol
Pada Mac 2012, LTT Development telah menghantar gangster utk meroboh kandang kambing salah seorang penduduk; tetapi berjaya ditahan. Ada gengster yg keluarkan  pistol dalam insiden tersebut. Namun, apabila penduduk membuat laporan polis; Polis Cameron memperli penduduk dengan bertanyakan jenama pistol yang digunakan dan 'sijil lahir' untuk kambing yang hilang. Sehingga ke hari ini, tiada tangkapan dibuat terhadap gangster (malah tiada kawad cam) walaupun penduduk ada memberikan nombor pendaftaran kenderaan gengster.

Penduduk buat khemah
Oleh kerana tiada tindakan dr mana-mana pihak, penduduk telah membuat khemah di kawasan projek pada 28/5/12 utk memberhentikan projek LTT Development sehingga mendapat jawapan. Pemaju Ng Yeet Ng tidak lagi membuat kerja berdekatan rumah penduduk.
  
Pemaju buat U-turn
Pemaju kemudian telah bersetuju utk memberi pampasan RM30,000 kpd setiap keluarga utk berpindah. Walaubagaimanapun pemaju buat U-turn berkenaan tawaran ini kemudian.

Pergi Kuantan jumpa MB, polis tahan
Gabungan penduduk juga telah meminta MB Pahang masuk campur, namun tiada jawapan sehingga ke hari ini. Malah, penduduk Green Cow bersama penduduk Cameron yang lain telah ditahan dan dikasari Polis Kuantan semasa kunjungan mereka ke Pejabat MB Pahang pada 10/7/2012. Kesemua 25 dari mereka dimasukkan ke dalam lokap untuk sehari sebelum dibebaskan.

Janji kosong MB dan Dato Palanivel
Selepas penangkapan polis di Kuantan, MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato G.Palanivel telah memberikan janji kosong bahawa masalah penduduk Green Cow telah diselesaikan. Namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa penyelesaian kepada penduduk walaupun penduduk ada menghantar 2 surat kpd Dato G.Palanivel.

Penduduk & PSM disaman oleh  LTT Development
Pada 17/8/12, 7 ketua keluarga dan Suresh Kumar telah menerima perintah injunksi dan saman dr LTT Development. Permohonan saman dan injunksi akan didengar di Mahkahmah Tinggi Kuantan pada 14/9/2012. 

Permohonan bantuan kewangan
Selepas mengharungi perjuangan setakat ini, 4 keluarga telah meninggalkan Gabungan Penduduk. Kini tinggal hanya 3 keluarga memperjuangkan nasib mereka. Kami ingin meminta sumbangan kawan-kawan untuk meneruskan perjuangan ini. Bantuan kewangan amat diperlukan untuk perbelanjaan:
  1. mahkahmah dan peguam
  2. pengangkutan, penginapan dan makanan dari Cameron ke Kuantan dan juga ke tempat-tempat lain berkenaan kempen ini
  3. cetakan risalah dan bahan kempen
Masalah Green Cow juga berkait dengan alam sekitar
Selain dari mendapatkan penyelesaian untuk 3 keluarga di Green Cow, kes ini juga akan digunakan untuk membawa kpd perhatian masyarakat Malaysia berkenaan masalah pemusnahan hutan dan alam sekitar di Cameron. Di antara masalah-masalah alam sekitar akibat kedua-dua projek ini ialah:
  1. pemusnahan hutan simpanan di Green Cow 
  2. pembangunan tidak mengikut peraturan kawasan bukit
  3. pencemaran sungai akibat tanah projek 
  4. sistem trafik Cameron akan menjadi lebih teruk
Bantuan kewangan boleh diberikan melalui akaun: 
PSM CENTRE (Hong Leong Bank) 
No Akaun 0061-1000-32377. 

Sila maklumkan kepada kami selepas membuat sumbangan. Hubungi kami melalui: 
Suresh Kumar di 019-569 6964
Faks: 05-4914088
Alamat: Gabungan Penduduk Green Cow, c/o Parti Sosialis Malaysia (PSM), Cawangan Cameron Highlands, C1-G3, Blok C1, Royal Lily, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Terima kasih & salam perjuangan.

DIsediakan oleh,
Suresh Kumar
Setiausaha 
PSM Cawangan Cameron Highlands

No comments: