Pada 27 Jun 2012, kami di PSM Cameron telah melaksanakan penyerahan & perbincangan memorandum bersama dengan:
- Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
- Pengerusi NGO People's Green Coalition (PGC), Dr.Jayabalan
- Pengerusi DAP Cameron, Sdr Appalasamy
- Wakil PKR Cameron, Sdr Cheng
- Wakil PAS Jelai
- Setiausaha Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Sdr Huzir Sulaiman
- Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Sdr Zulkefly
- S/U Agung PSM, Sdr Aruthchelvan
- Perwakilan PSM Pahang, Sdr Vijayan
- Pegawai Khas MP PSM Sg Siput, Sdr Nagen





- jalan ditukar sehala di Brinchang.
- pasar malam di tepi jalan di Brinchang tidak dipindah ke tempat yang lebih baik tetapi kroni BN dibenarkan membina bangunan kedai di tempat-tempat lapang di Brinchang.
- kem askar di Brinchang telah ditutup untuk memberi laluan kepada projek2 kroni BN tetapi bukan untuk kemudahan rakyat seperti 'parking' atau lokasi baru pasar malam.
- tiada 'parking' kereta yang mencukupi di Tanah Rata atau Brinchang. Perancangan bandar berpihak kepada kroni BN.
- parking' kereta diubah menjadi tempat gerai menyebabkan kekurangan 'parking'.
- Terminal Fresia yang dibina di tengah bandar Tanah Rata tidak strategik dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Terminal ini telah dibina dan diroboh 2 kali kerana tidak boleh digunakan.

Jika MDCH atau Pejabat Daerah Cameron gagal mengadakan forum bersama penduduk, maka PSM Cameron bersama kawan2 dari parti2 lain dan juga NGO akan mengadakan satu forum menyelesaikan masalah kesesakan bersama penduduk. Kuasa rakyat harus menentukan pembangunan dan bukannya kepentingan sesetengah kumpulan atau keuntungan sahaja.
Kuasa rakyat akan bangkit di Cameron Highlands!
Hidup Rakyat, Hidup Perjuangan!
Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron
019-569 6964
No comments:
Post a Comment