Injuksi Mahkamah Dan Rakyat Selamatkan Ladang Bukit Jalil



15 Mac 2011

Hari ini, saya cuba mengambil bahagian di dalam langkah mempertahankan LDG Bukit Jalil dari dirobohkan. Namun operasi perobohan tidak berlaku.

Pada jam 9 pagi, Peguam Penduduk Fadiah Nadwa mengumunkan bahawa beliau berjaya mendapat satu injuksi. Ia disambut dengan penuh kegembiraan. Ramai orang datang hari ini untuk mempertahankan ladang tertua di KL. PSM dan JERIT datang dengan penuh semangat dan turut bersama adalah mereka dari Hindraf/HRP, PKR, Pemuda MIC dan NGO seperti KOMAS, SUARAM dan sebagainya.

Kami tunggu disana sehingga petang setelah seal order mahkamah selamat disampaikan kepda DBKL. Namun kami membritahu penduduk bahawa ini hanya satu injuksi sementera. DBKL pasti datang semula dan kita kena terus mempertahankan ladang tertua ini.

Dipetik dari PSM Semenyih

No comments: