Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Cuba Melindungi Kesalahan PPD Cameron dan SMK Ringlet



Berikut ialah surat yang dihantar oleh saya kepada Menteri Pelajaran berkenaan isu pelajar Parameswary yang tidak dibenarkan menduduki SPM 2010 kerana dikatakan tidak mendaftar & membayar yuran peperiksaan.

16 APRIL 2011

Parti Sosialis Malaysia (PSM),
C1-G3, Blok C1, Royal Lily,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands.

Menteri,
Pejabat Menteri Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Aras 10, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
62604 Putrajaya.
(U.P.: En.Abd Sharif Abd Kadir, Pegawai Perhubungan Awam)
MELALUI FAKS DAN SURAT BERDAFTAR
(FAKS: 03-8889 4208)

YB Menteri,
Jawapan Dari KPM Yang Salah Dari Segi Fakta

Merujuk kepada perkara di atas, kami di PSM Cameron telah menerima surat jawapan tuan bertarikh 2 Mac 2011 melalui faks. Rujukan surat tuan ialah KPM(UKK/1002.01/3/B/Jld.3(59). Surat jawapan tuan telah mengambil masa 2 ½ bulan untuk dihantar selepas kami menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran pada 14 Disember 2010. Kami kesal dengan masa yang sangat lama yang diambil oleh pihak tuan untuk menjawab memorandum kami.


2. Jawapan di dalam surat tuan menunjukkan pihak tuan tidak membaca secara teliti memorandum yang telah dihantar oleh kami. Pihak tuan hanya menyampaikan hasil siasatan Pejabat Pelajaran Daerah Cameron tetapi pihak tuan sendiri tidak meyiasat hasil laporan tersebut. Fakta yang ingin kami sangkal di dalam surat tuan adalah seperti berikut:

Di dalam surat tuan:
Berdasarkan siasatan terdahulu, Parameswary adalah bukan pelajar di sekolah tersebut sejak April 2010. Pihak sekolah telah memberikan kebenaran kepada pelajar ini tanpa merujuk dan mendapat kebenaran daripada pihak PPD Cameron Highlands. Kebenaran ini telah diberikan oleh Pengetua Sekolah yang terdahulu (En.Kho Lai Heng) di atas alasan perikemanusian.

Fakta yang salah:
Parameswary bukan menumpang di SMK Ringlet. Beliau diberikan surat untuk mendaftar di sekolah oleh PPD Cameron pada 26 Mac 2010. LAMPIRAN 6 di dalam memorandum kami ialah resit rasmi pendaftaran Parameswary sebagai pelajar sekolah SMK Ringlet untuk sessi 2010. PPD Cameron menipu bahawa Parameswary dibenarkan belajar di SMK Ringlet di atas perikemanusian.


3. Kami di PSM juga tidak setuju dengan cara pihak tuan meanggap kes ini telah selesai hanya dengan melihat hasil siasatan PPD Cameron. Apa sudah jadi dengan memorandum yang kami hantar? Sangat mandukacitakan apabila pihak tuan mengambil masa yang sangat lama untuk membalas memorandum kami dan surat dari KPM juga menunjukkan seolah-olah tiada sesiapa yang membaca memorandum kami.


4. Untuk pengetahuan tuan, Parameswary sudah pun mendaftar sebagai calon persendirian SPM 2011. Permintaan kami untuk membenarkan Parameswary mengulang semula di SMK Ringlet sebagai calon sekolah juga tidak dilayan. Kami berharap KPM membuat kerja dengan betul dan adil di masa hadapan. Percubaan KPM untuk melindungi PPD Cameron dan SMK Ringlet yang bersalah adalah sangat memalukan dan telah menjejaskan kehidupan seorang pelajar di Cameron Highlands.

Sekian.

Yang benar,
Suresh Kumar
Setiausaha
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron Highlands
019-569 6964

No comments: