Masalah Orang Asal di Sg Ruil, Tanah Rata



23 Mac 2011


Pada hari ini, sekumpulan kami dari PSM Cameron telah mengadakan lawatan ke perkampungan Orang Asal di Sg Ruil, Tanah Rata. Lawatan ini dibuat untuk meninjau kemudahan asas di beberapa rumah OA di Sg Ruil.

Di sini, kami telah mendapat tahu beberapa masalah kemudahan awam yang dihadapi oleh orang asal seperti keadaan rumah yang usang, tiada bekalan air & elektrik, kemiskinan dan masalah sosial akibat kedudukan mereka di dalam strata ekonomi.

Beberapa dari penyokong PSM yang hadir terkejut apabila mendapat tahu ada rumah yang tidak mempunyai kemudahan air bersih walaupun negara kita dikatakan sedang menuju status "Negara Maju" pada tahun 2020. Lebih-lebih lagi perkara ini berlaku di kawasan bandar, iaitu Tanah Rata/Brinchang dan bukannya kawasan terpencil.

Beginilah keadaan OA di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 54 tahun. Bukan sahaja hak mereka dirampas, mereka juga sentiasa hidup di bawah ketakutan akan diugut jika membuat aduan.

PSM Cameron akan cuba menolong mereka bukan sahaja untuk mendapatkan kemudahan asas, tetapi juga untuk menyedarkan hak mereka sebagai seorang rakyat di Malaysia.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: