Pengedaran Risalah Di PRK N28 Kerdau, Temerloh, Pahang



3 Mac 2011

Pada hari ini, seramai 14 orang penyokong PSM (termasuk saya) telah pergi ke Kerdau untuk mengedarkan risalah meminta pengundi di Kerdau tidak mengundi calon BN.

Kami berbuat demikian kerana sikap tidak peduli yang ditunjukkan oleh pentadburan kerajaan BN pahang, terutamanya MB Pahang, Dato Adnan Yaakub untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat di Cameron.

Risalah kami dengan jelas menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh PSM bersama rakyat Cameron untuk menyelesaikan masalah ini dan sikap Pentadbiran Kerajaan Pahang terhadap langkah-langkah kami.

Kami telah dibantu oleh 2 orang kawan bernama Gopal (Kelab Penyokong PAS) dan Edy dari PAS. Pada permulaan kami telah dibawa mengedarkan risalah di sekitar Markas Induk PAS di Kerdau.

Selepas itu, kami telah dibawa melawat Ldg Bee Yong di mana terdapat 4 keluarga yang masih menetap di situ. Selepas itu kami telah dibawa ke kawasan sekitar yang saya tidak tahu namanya untuk pengedaran risalah.

Makan tengahari kami disajikan oleh masakan di salah satu Kem PAS. Penyokong PSM yang hadir terharu dengan layanan yang begitu mesra ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS.

Selepas makan tengahari, kami mengedarkan risalah di sekitar pekan Kerdau. Keseluruhannya, kami telah mengedarkan sebanyak 1500 risalah pada hari itu.

Satu lagi yang dapat saya lihat ialah masalah-masalah yang masih lagi dihadapi oleh rakyat dan tidak diselesaikan oleh wakil-wakil rakyat sebelum ini. Masalah-masalah ini terdiri daripada masalah air, tanah, rumah dan PERKESO. BN begitu angkuh di Pahang dan tidak mementingkan kebajikan rakyat. Mungkin sudah sampai masanya rakyat perlu bangun dan menukar kerajaan BN di Pahang dengan sekurang-kurangnya melakukan perubahan kecik PRK Kerdau.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: