Laporan Terhadap Pihak Polis Cameron Highlands



19 September 2009

Pada hari ini, saya telah bersama Sdr.Suresh A/L Subsamanyam membuat laporan terhadap pihak polis Cameron Highlands akan 2 perkara iaitu:
1. menggunakan kekerasan semasa dalam tahanan lokap dan;
2. ugutan untuk menggunakan ‘EMERGENCY ORDINANCE’ (EO)

Laporan polis terhadap pihak polis Cameron telah di buat di IPD Cameron yang terletak di Brinchang. Turut hadir bersama ialah wakil Parti DAP, Sdr.Ramu dan wartawan tempatan, Sdr.Ammachiappan. Berikut ialah laporan polis yang telah dibuat oleh Suresh A/L Subsamanyam:


LAPORAN TERHADAP PIHAK POLIS CAMERON HIGHLANDS:
1. MENGGUNAKAN KEKERASAN SEMASA TAHANAN DALAM LOKAP DAN;
2. MENGUGUT MENGGUNAKAN ‘EMERGENCY ORDINANCE’ (EO)

19 SEPTEMBER 2009

PENGADU: SURESH A/L SUBSAMANYAM
TELEFON: 016-599 9506
ALAMAT: NO.190-A, GREEN COW, BRINCHANG, 39100 CAMERON HIGHLANDS.
KAD PENGENALAN: 870108-08-5261

Khamis, 3 Sept 2009
4 orang polis telah mengunjungi rumah saya pada pukul 4.00 pagi. Saya telah diberitahu bahawa saya telah terlibat di dalam satu masalah tanah di Sg Palas dan oleh sebab itu mereka memerlukan kad pengenalan saya. Setelah saya memberikan kad pengenalan, mereka telah memberitahu bahawa saya perlu menandatangani sepucuk surat dan perlu hadir bersama mereka ke Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands.

Saya telah mengikut mereka ke Balai Polis Brinchang dengan sebuah kereta Proton Gen 2. Sebaik sahaja saya sampai di Balai Polis Brinchang, saya telah dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Saya telah diminta duduk dan seorang pegawai polis telah menaip sesuatu di komputer. Saya telah diarah supaya tidak melihat komputer.

Sebaik sahaja itu, saya telah digari. Saya telah diberitahu bahawa saya adalah suspek dalam satu
kecurian motorsikal di Cameron Highlands. Saya telah memberitahu pegawai tersebut bahawa saya perlu menghadiri satu perjumpaan dengan Pegawai Daerah pada pagi hari tersebut. Tetapi pegawai tersebut telah memberitahu bahawa saya akan dibebaskan pada 12 tengahari. Saya telah dibawa kelokap.

Saya telah dibawa ke Mahkahmah Majistret Tapah pada pagi itu untuk direman. Saya telah dibawa ke Tapah dengan sebuah van polis pada pukul 8.30 pagi. Di Mahkahmah Majistret Tapah, polis telah meminta saya direman untuk 5 hari bersama seorang lagi di bawah tuduhan yang sama. Saya telah memberitahu Majistret bahawa saya tiada di Cameron pada masa itu. Majistret telah membenarkan reman 2 hari. Saya telah dibawa semula ke pejabat JSJ Cameron.
Saya telah disoal-siasat oleh seorang pegawai polis. Seorang pegawai lain turut berada di bilik itu tetapi tidak menyoal saya. Kemudian seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ‘Rasul’ telah masuk dan terus menendang dan memukul saya. Saya telah memberitahu bahawa saya mempunyai penyakit migran dan telah meminta supaya saya jangan dipukul di kepala. Tetapi Rasul telah mengambil sebuahbuku dan memukul kepala saya.

Rasul telah mengatakan bahawa saya telah bercerita buruk mengenai beliau di luar. Beliau langsungtidak bertanyakan mengenai hal kehilangan motor. Saya telah dihantar semula ke lokap pada pukul 4 petang. Pada malam itu, hidung saya telah berdarah.


Jumaat, 4 Sept 2009
Pada pagi itu saya telah mengadu bahawa hidung saya telah berdarah kepada seorang pegawai polis tetapi beliau tidak mengendahkan saya. Saya telah dibawa semula ke Mahkahmah Majistret Tapah padahari berikutnya. Ketika itu, suspek seorang lagi juga telah dibawa bersama saya. Saya telah diberitahuoleh suspek tersebut bahawa beliau telah mengaku pernah bersama kumpulan yang melakukan kecurian motorsikal tersebut.

Saya telah diminta untuk direman oleh polis untuk 9 hari. Saya telah memberitahu majistret bahawa pihak polis sedang menyoal siasat saya untuk perkara lain dari tujuan saya ditahan. Saya juga telah memberitahu majistret bahawa suspek seorang lagi sudah pun mengaku bahawa beliau telah bersama mencuri motorsikal tersebut; dan oleh sebab itu tiada tujuan saya perlu direman lagi. Majistret telah membenarkan saya direman untuk 3 hari lagi. Saya telah dibawa semula ke lokap pada petang hari itu.


Sabtu, 5 Sept 2009
Pada hari Sabtu, pada pukul 11 pagi saya telah dibawa ke Pejabat JSJ. Di situ terdapat 4 orang polis. Suspek seorang lagi turut berada di bilik itu. Mereka telah menyoal siasat kami. Suspek tersebut telah memberitahu bahawa saya tidak terlibat di dalam kecurian motorsikal tersebut. Saya telah dihantar balik ke lokap pada pukul 3 petang.

Pada pukul 6 petang, saya telah disoalsiasat oleh sorang pegawai polis dan pernyataan saya telah
direkodkan.Pegawai polis tersebut telah menyatakan bahawa beliau adalah “Investigating Officer” (IO) untuk kes ini. Kemudian saya telah diminta tandatangan ‘statement’ tersebut.

Ahad, 6 Sept 2009
Saya telah dibawa ke Pejabat JSJ pada pukul 11 pagi oleh Rasul. Saya telah dipukul oleh Rasul. Rasul telah menyoal saya di dalam Bahasa Melayu dan Tamil. Rasul telah meletakkan sebuah fail di atas meja dan telah menyatakan bahawa itu adalah fail untuk saya dihantar ke Pusat Tahanan Simpang Renggam. Rasul juga turut telah menyatakan bahawa walaupun saya akan dibebaskan esok, saya akan ditahan di bawah Emergency Ordinance (EO) dan akan ditahan di balai selama 60 hari sebelum dihantar ke Simpang Renggam. Rasul juga telah mengugut untuk membunuh saya di Simpang Renggam melalui pertolongan kawannya. Saya telah dihantar semula ke lokap pada pukul 2.30 petang.

Isnin, 7 Sept 2009
Saya telah dibebaskan pada pukul 4 petang. Saya telah dijamin mulut oleh kakak saya.


Saya mahu tahu dari pihak polis:
a.) mengapa saya dibawa ke balai oleh pihak polis untuk tandatangan tetapi kemudian dimasukkan ke dalam lokap?
b.) bagaimana pihak polis boleh menggunakan kekerasan terhadap tahanan?
c.) mengapakah pihak polis tidak memberikan rawatan perubatan apabila saya mengadu?
d.) mengapa pihak polis menyoal siasat untuk perkara yang lain dari tujuan saya ditahan?
e.) mengapakah pihak polis meminta reman yang lama untuk menyiasat saya (5 hari dan 9 hari)?
f.) mengapa saya direman oleh pihak polis walaupun suspek seorang lagi sudah pun mengaku
bahawa beliau terlibat sama di dalam kecurian motorsikal tersebut?
g.) bagaiamanakah saya boleh disoal siasat selain dari IO?
h.) apakah tujuan pihak polis perlu menghantar saya ke Pusat Tahanan Simpang Renggam di bawah EO?
i.) bagaimanakah pihak polis boleh mengugut untuk membunuh saya di Simpang Renggam?

Saya terpaksa mendapatkan rawatan dari Hospital Cameron Highlands pada 10 Sept 2009 kerana badan saya sakit dan penyakit migran. Wujudnya undang-undang seperti EO membolehkan pihak polis menyalahguna kuasa dalam menangani kes-kes seperti saya. Pihak polis harus berwibawa dalam menjalankan siasatan. Mengugut dengan mengunakan EO menunjukkan pihak polis ingin bertindak ke atas saya walaupun tidak mempunyai bukti
yang kukuh.

Sekian.
Yang benar,
(SURESH A/L SUBSAMANYAM)