Protes Berjalan Ke Pejabat Daerah Cameron


23 Februari 2010

Pada hari ini, sebanyak 50 orang telah mengambil bahagian di dalam Protes Berjalan ke Pejabat Daerah Cameron. Protes ini diadakan selepas Pegawai Daerah Cameron, Dato' Mohammad Noor bin Abdul Rani, tidak mahu berjumpa rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah, rumah dan gerai mereka. Sebelum ini, pelbagai langkah telah diambil untuk berjumpa dengan Dato' Mohammad Noor. Di antaranya ialah:
1. Surat beserta 100 tandatangan untuk mendesak Pegawai Daerah berjumpa dengan rakyat.
2. 5 surat untuk menetapkan tarikh temujanji.
3. Berkumpul 2 kali di Pejabat Daerah Cameron untuk memaksa Dato' Mohammad Noor berjumpa rakyat.
4. Laporan polis terhadap Dato' Mohammad Noor yang gagal menjalankan tugas.
5.      5. Aduan kepada SUHAKAM untuk memulakan ‘inquiry’ terhadap isu-isu ini.

Protes berjalan ini telah dimulakan sekitar 3.20 petang. 2 kumpulan telah dibuat dimana 1 kumpulan beredar dari Taman Royal Lily dan satu kumpulan lagi menunggu di persimpangan Jasar Valley, Tanah Rata. Sebaik sahaja tiba di persimpangan Jasar Valley, kami diberhentikan oleh Ketua Polis Trafik Cameron. Tidak jauh dari beliau ialah KPD Cameron, Deputi Supritendan Wan Mohd Zahari Wan Busu. Selepas menerangkan bahawa berjalan bukan salah di sisi undang-undang, kami meneruskan perjalanan.
Bilangan anggota polis terlalu banyak. Dianggarkan bahawa lebih kurang 100 orang polis berada di sepanjang perjalanan kami, siap dengan kereta dan motorsikal peronda. Sekumpulan polis juga mengekori kami sepanjang perjalanan. Di pertengahan perjalanan, kami membuka banner-banner yang bertulis “BERIKAN RUMAH KOS RENDAH & GERAI UNTUK YANG LAYAK”, “30 TAHUN BERTANI, MASIH TIADA HAK-MLIK”, “RAKYAT CAMERONM MENUNTUT HAK”, “JANGAN TIPU RAKYAT”, “JANGAN TINDAS RAKYAT”, “2 TAHUN TUNGGU, D.O. TAK ADA MASA NAK JUMPA”, “PERJUANGAN RAKYAT SUDAH BERMULA” dan “D.O. JANGAN TUTUP TELINGA”.

Sebaik sahaja sampai di Pejabat Daerah Cameron, Deputi Supritendan Wan Mohd Zahari Wan Busu telah membenarkan 6 orang wakil untuk masuk dan menyerahkan memorandum. Wakil PSM, Sudha Chinasamy telah masuk bersama-sama peserta MPR yang lain. Di dalam Pejabat Daerah, mereka telah diminta bertemu dengan Penolong Pegawai Daerah, En.Shaffirul Amree Bin Awang Kechik. Walaupun telah diminta beberapa kali untuk memberikan tarikh perjumpaan dengan Dato' Mohammad Noor, En.Shaffirul telah enggan. Beliau juga sentiasa mengulangi bahawa semua permohonan telah ditolak dan tiada apa-apa untuk dibincang. Akhirnya memorandum telah diserahkan kepada beliau dan Pejabat Daerah telah diberi seminggu untuk membalas memorandum yang telah dihantar.

Dalam perjalanan keluar dari Pejabat Daerah, seorang pegawai di situ dengan sengaja berteriak “balik India” untuk memprovokasi kumpulan kami. Walaupun ramai dalam kumpulan kami marah, kami mententeramkan keadaan dan tahu bahawa ini adalah satu perbuatan sengaja untuk mewujudkan masalah pada hari itu. Kami akan membuat laporan polis terhadap pegawai itu esok.
 
Selepas keluar dari Pejabat Daerah, kami telah mengadakan satu perbincangan dengan kumpulan kami. Semua berpendapat bahawa Protes Berjalan hari ini adalah satu permulaan terhadap langkah-langkah pengembalian kuasa kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada komrad-komrad dari Ipoh dan Sungai Siput yang telah memberikan sokongan solidariti dengan menghadirkan diri di Cameron untuk protes ini.

Tontoni video Protes Berjalan.

Suresh Kumar
PSM Cameron
019-569 6964

PROTES BERJALAN 23 FEBRUARI 2010



Pada 23 Februari 2010, PSM Cameron akan mengadakan PROTES BERJALAN ke Pejabat Daerah Cameron Highlands. Protes ini adalah kerana Pegawai Daerah Cameron, Dato' Mohd Noor Abd Rani yang tidak mahu lagi berjumpa rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. Pengedaran risalah berkenaan PROTES BERJALAN ini sedang giat dijalankan di seluruh Cameron Highlands. Berikut ialah isi kandungan risalah yang sedang diedarkan mengenai PROTES BERJALAN INI:

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula Di Cameron!!!
Adakah anda ingin turut serta?

Pekebun Kecil Blue Valley
30 tahun bertani, tetapi tiada hak memiliki tanah?
Pejabat Tanah Cameron Highlands (PTCH) tidak mahu memberi Lesen Pendudukan Sementra [LPS] walaupun mereka sudah bertani 30 tahun.Oleh sebab tiada LPS, masalah-masalah mereka:
1. Jalan masuk dihalang oleh pekebun lain. 2. Dibuli oleh pekebun lain.
3. Tidak dibenarkan membawa jentolak masuk untuk menyelesaikan masalah banjir di kebun.

Tidak Memiliki LPS Kawasan Rumah
40 tahun tinggal di rumah sama,tetapi akhirnya kawasan rumah diberikan kepada orang lain. Kawasan rumah Ezumalaidiberikan geran kepada orang lain walaupun Ezumalai telah tinggal di sana selama 40 tahun dan telah memohon terlebih dahulu.

Permohonan Membuka Gerai Ditolak Dan Kawasan Diambil Orang Lain
Sudah pohon 3 kali...
Inilah masalah yang dialami oleh En.Palanisamy dan keluarganya.Setiap kali permohanan ditolak,alasan yang digunakan ialah Polisi Kerajaan Pahang membekukan pembukaan tanah baru sejak tahun 2001.
Tetapi macam mana orang lain boleh dapat LPS untuk kawasan sama dan selepas tahun 2001???

Melalui Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), rakyat telah mengambil langkah berikut untuk menyelesaikan masalah mereka:
1.) Aduan kepada SUHAKAM.
2.) Laporan polis terhadap Pegawai Daerah kerana gagal menjalankan tugas.
3.) 5 surat kepada Pegawai Daerah meminta mengadakan perjumpaan.
4.) 1 surat bersama lebih 100 tandatangan meminta Pegawai Daerah menyelesaikan masalah rakyat Cameron.
5.) 2 kali berkumpul di Pejabat Tanah Cameron untuk berjumpa dengan Pegawai Daerah.
Semua permintaan ditolak oleh Pegawai Daerah Cameron, Dato' Mohammad Noor bin Abdul Rani dengan alasan tidak munasabah.
Hanya 1 perjumpaan sahaja diadakan.
Itupun hanya selepas 50 rakyat berkumpul di hadapan Pejabat Dato' Mohammad Noor. Banyak pegawai polis telah dipanggil walaupun ini hanya perjumpaan rakyat dengan pegawai kerajaan.
Oleh itu,
Bersama-sama kita turun protes terhadap PEJABAT TANAH CAMERON HIGHLANDS mengambil langkah segera menyelesaikan masalah-masalah tanah, rumah dan gerai dan di Cameron Highlands sscara adil dan saksama.Sertai:

Perjalan Menunutut Hak 23Feruari 2010
Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Suresh:019-569 6964

Satu lagi masalah yang memerlukan perhatian PTCH ialah Pekerja Ladang Teh Blue Valley. Apakah Nasib Mereka ?
Pekerja ladang Teh Blue Valley kini berada di dalam keadaan yang tidak menentu!
1. Gaji kurang (di antara RM 250 ke RM 350)
2. Gaji tidak dibayar pada waktunya
3. Camuran PERKESO dan KWSP tidak menetu
4. Majikan tidak sediakan peralatan kerja
5. Tiada kemudahan kesihatan/pengangkutan ke hospital
6. Tempat belerja dipenuhi semak
7. Kemudahan air tidak bersih
8. Gaji dipotong sesuka hati majikan
9. Rumah lama / tidak sesuai untuk didiami
10.Majiakn melarang pekerja mengadakan mesyurat dan mengantung kain banner
11. Pejabat Buruh lambat/tidak mengambil tindakan
12. Majikan cuba merobohkan rumah bekas pekerja walaupun pekerja masih tinggal di situ.

Satu lagi masalah untuk pekerja Ladang Teh Blue Valley PETISYEN UNTUK SYARIKAT BLUE VALLEY PLANTATION BANKRAP (WINDING-UP). Bagaimana dengan masalah mereka?
# bila kerajaan akan buat undang-undang untuk lindungi pekerja seperti mereka?
# majiknan sudah fail petisyen winding-ip. Ladang boleh ditutup bial-bila. Ke mana mereka akan pergi jika ladang ditutup?
# apa mereka akan dapat selepas kerja keras majukan ladang selama beberapa generasi?
# majikan telah mengaut keuntungan selama ini. Tetapi apabila syarikat rugi, pekerja tidak dipedulikan.
# mereka sudah tua. Susah untuk berpindah dan cari kerja baru di tempat lain.

Apa yang boleh anda buat untuk menolong mereka:
1.) Tulis kepada Pejabat Buruh (JTK) Tapah/Ipoh dan minta mereka selesaikan masalah pekerja.
a.) JTK Cawangan Tapah, Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji, Jln Raja, 35000 Tapah, Perak.
b.) JTK Negeri Perak, No.2A3, 2A4, 2C1, Tingkat 2 Blok A, Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh (Greentown), 30430 Ipoh, Perak.
2.) Tulis kepada Pegawai Daerah Cameron meminta menolong pekerja Blue Valley jika mereka diminta keluar dari ladang Blue Valley.
3.) Sertai dalam aktiviti-aktiviti kami menolong pekerja Blue Valley. Hubungi Selvaraj 019-4343613 atau Suresh 019-5696964.

BERSAMA KITA MEMBANTU RAKYAT TERTINDAS
DITERBIT DAN DIKELUARKAN OLEH:
PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM), 65B, JALAN CAMELLIA 3, JUTTA VILLA, 39000 TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.

Pengedaran Risalah Di Ringlet, Cameron Sempena Thaipusam



30 Januari 2010

Pada hari ini, PSM Cameron telah berjaya mengedarkan sekitar 500 risalah berkenaan isu-isu penindasan rakyat di Cameron Highlands. Risalah ini telah dikeluarkan di dalam 3 bahasa utama. Risalah-risalah ini telah diedar semasa perayaan Thaipusam di sini.

Di samping itu, PSM Cameron juga telah mengadakan pendaftaran pengundi. Ini adalah kali pertama PSM Cameron mengadakan pengedaran risalah semasa perayaan Thaipusam. Aktiviti ini telah mendapat sambutan mengalakkan, sehingga anggota polis bersungguh-sungguh mengambil gambar dan video pengunjung-pengunjung 'panthal' (khemah) PSM Cameron.

Suresh Kumar
PSM Cameron