32 hari tidur di khemah, bimbang dihempap batu - Harakah


CAMERON HIGHLANDS: Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di kawasan Green Cow di sini diancam tanah runtuh ekoran sikap pemaju mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.

Penduduk mendakwa, syarikat pemaju LTT Development Sdn Bhd dan Ng Yeet Ng giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah bukit untuk projek pembangunan di kawasan itu sehingga terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk di bawah cerun.

Kini seramai 38 penghuni di kediaman-kediaman itu diancam bahaya bukan sahaja tanah runtuh, malah beresiko dihempap batu-batu besar berdiameter lebih 5 meter.

(Gambar: Batu besar yang menggelongsor ke bawah cerun hampir-hampir menghempap kediaman penduduk)
Menurut salah seorang penduduk S.Marapan, beliau kini terpaksa meninggalkan rumah yang didiami lebih 40 tahun itu dan membina khemah di atas bukit tersebut sejak 25 Mei lalu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.

"Hari ini sudah masuk 32 hari kami tidur di khemah ini. Sehingga kini tiada pihak yang peduli nasib kami," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Selain ancaman tanah runtuh, penduduk juga mendakwa kerja-kerja meratakan tanah itu menyebabkan air lumpur mengalir turun ke kediaman mereka sehingga menyebabkan banjir lumpur.

(Gambar: Marapan menunjukkan keadaan kediamannya dan penduduk lain yang diancam tanah runtuh)


Menurut Marapan lagi, pelbagai pihak telah dimaklumkan berhubung permasalahan mereka itu.

Ianya termasuk mengadakan perbincangan dengan jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar.

Namun sehingga kini katanya tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah itu.

(Gambar: Banjir lumpur melanda penduduk ekoran kerja-kerja meratakan tanah)


Seorang surirumah, Vennetta mendakwa sejak kerja-kerja meratakan tanah itu dilakukan, beliau sering tidak dapat tidur malam kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada keluarganya.

"Bila hujan sahaja, saya mula bimbang takut berlaku tanah runtuh.

"Sejak beberapa bulan ini saya susah nak tidur, risau keselamatan kami," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Ekoran tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, penduduk kini bertindak menghalang jentolak syarikat pemaju dari meratakan tanah di kawasan cerun berhampiran kediaman mereka.

Bagaimanapun difahamkan mereka berdepan ancaman samseng upahan pemaju yang mengganggu dan mengugut mereka.

Menurut mereka lagi, sehingga kini sudah lebih 10 laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil.

Malah hasil tindakan menghalang pemaju melakukan kerja-kerja meratakan tanah itu, tiga dari mereka didakwa di Mahkahmah Majistret Cameron Highlands.

Keluhan dan kebimbangan mereka selama ini diperjuangkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berusaha menyelesaikan masalah meraka.

Semalam, Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat turut dibawa melawat ke tapak perkhemahan mereka bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi mereka.

Rombongan diketuai Pengerusi Lajnah Zulkefly Mohamad Omar, ahli jawatankuasa yang lain, Setiausaha PSM S. Arutchelvan serta wakil PKR dan DAP Cameron.

Wakil PSM Cameron, Suresh Kumar berkata, penduduk kini bertekad tidak akan berganjak dari tapak perkhemahan selagi tiada sebarang jaminan keselamatan dari pihak pemaju dan kerajaan negeri.

"Selagi tiada sebarang jaminan dari pemaju, kita akan terus berada di sini dan menghalang jentolak dari melakukan kerja-kerja meratakan tanah ini," katanya.

Nazri Abdullah, 28 Jun 2012
 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11315-32-hari-tidur-di-khemah-bimbang-dihempap-batu

Timbalan Perdana Menteri: Bila Hendak Selesai Masalah-Masalah Lain Rakyat Cameron?


25 Jun 2012
PSM Cameron ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah menjanjikan beberapa peruntukan untuk membina/menaik taraf struktur awam di Cameron Highlands. Peruntukkan berjumlah RM3.9 juta ini telah dijanjikan melalui Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaaob yang telah hadir ke Cameron pada 21 Jun 2012 (NST 22/6/2012).

Di antara janji-janji manis yang telah diberikan ialah seperti RM2 juta untuk pembinaan sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Indian di Cameron, RM1 juta untuk menaiktaraf padang bola sepak di Cameron dan RM900,000 untuk membina 6 gelanggang futsal (NST 22/6/2012).

Walaupun 30% ke 40% peruntukkan untuk projek-projek ini akan lesap melalui sebutharga tinggi dan pengurusan kerja yang lemah, namun jika janji-janji ini ditunaikan, ia adalah bagus kerana struktur-struktur untuk kegunaan rakyat akan dibina/ dinaik taraf.

Tetapi adakah ini sahaja merupakan masalah rakyat di Cameron? Berikut ialah beberapa masalah rakyat yang tidak diendahkan oleh kerajaan dan wakil rakyat BN dalam 54 tahun pemerintahan:
  1. Petani kecil tidak diberi lesen TOL dan terpaksa menanggung banyak masalah akibat tersebut. Walhal, kroni BN boleh membuka kebun-kebun sayur yang luas.
  2. Permohonan untuk kawasan rumah/gerai ditolak dan kawasan tersebut diberikan hakmilik untuk kroni BN. Permohonan ini adalah dari peneroka bandar yang berpendapatan sederhana dan telah memajukan kawasan itu pada mulanya.
  3. Ibu tunggal tidak diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka.
  4. Masalah kesesakan lalulintas akibat perancangan laluan trafik dan struktur bandar yang kucar-kacir.
  5. Masalah pencemaran air sungai akibat penggunaan racun perosak dan baja secara tidak terkawal.
  6. Masalah pembukaan hutan yang berleluasa dan kemusnahan flora&fauna tanpa terkawal untuk tujuan projek-projek mega/berkebun oleh kroni-kroni BN.
  7. Pengurusan sampah yang tidak mesra alam(ditimbus tanah) dan kni Insinerator pula dibina untuk membakar sampah. Insinerator boleh menyebabkan pencemaran yang serius terutamanya di kawasan tanaman seperti Cameron.
  8. Kebanyakkan pekerja seperti pemandu land-rover, pemandu lori sayur dan pekerja hotel dan restoran tidak mempunyai perlindungan bencana pekerjaan seperti PERKESO.
  9. Tiada projek perumahan kos-rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana. Kebanyakkan projek-projek perumahan yang diluluskan di Cameron adalah sangat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana.
  10. Sistem pengangkutan bas awam berhenti-henti yang sudah hampir lumpuh di Cameron.
  11. Jalanraya yang telah rosak dan tidak dibaiki seperti jalan Tapah-Ringlet.
Bagaimana  dan bila kerajaan BN ingin atau akan cuba menyelesaikan masalah-masalah seperti di atas?  Gula-gula pilihanraya seperti peruntukkan RM3.9 juta adalah bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dari melihat masalah-masalah sebenar di Cameron Highlands.

MB Pahang juga telah mengumumkan lesen TOL di Cameron boleh diperbaharui untuk 3 tahun. PSM Cameron juga ingin mengucapkan terima kasih untuk kemudahan ini. Pekebun tidak perlu berulang-alik setiap tahun ke Pejabat Daerah & Tanah untuk tujuan ini. Tetapi bagaimana dengan pekebun yang tidak mempunyai lesen TOL? Apakah sudah jadi dengan janji MB Pahang kepada rakyat Cameron pada 9 April 2012 untuk melawat mereka dan menyelesaikan masalah-masalah mereka termasuk isu lesen TOL?

Peruntukkan RM3.9 juta oleh kerajaan BN menunjukkan ia terdesak untuk memenangi kawasan Cameron dalam PRU13 walaupun wakil rakyatnya tidak pernah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat di Cameron. Selagi kerajaan dan wakil rakyat BN berpura-pura tiada masalah rakyat wujud di Cameron, selagi itulah BN sedang menuju kekalahan di PRU13 di Cameron.

Disediakan oleh:
Suresh Kumar
019-569 6964

Inisiatif Pertama PSM Cameron Kurangkan Kesesakan Lalulintas Di Cameron Ketika Musim Cuti. Adakan Pegawai Daerah akan terima Memorandum dari PSM?



25 JUN 2012

Parti Sosialis Malaysia (PSM),
Cawangan Cameron Highlands,
C1-G3, Blok C1, Royal Lily,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands.

Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah & Tanah Cameron,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands.                                                                                              DENGAN TANGAN

Tuan,
Penyerahan Memorandum Berserta Tandatangan Kepada Pegawai Daerah

Merujuk kepada perkara di atas, kami dari PSM, parti-parti politik lain dan badan-badan NGO akan menyerahkan memorandum kepada tuan mengikut butiran-butiran seperti di bawah:
Tarikh: 27 Jun 2012
Masa: 10 pagi
Tempat: Pejabat Daerah & Tanah Cameron

2.            Penyerahan memorandum ini adalah berkenaan permintaan rakyat kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan di Cameron supaya segera menyelesaikan masalah kesesakkan lalulintas di Cameron ketika musim cuti sekolah. Kami juga mahukan rakyat turut dilibatkan dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini.

3.            Kami berharap pihak tuan dapat menerima memorandum kami pada hari tersebut diikuti dengan perbincangan mengenai isi kandungan memorandum. Kami juga telah menjemput media untuk membuat liputan aktiviti ini. Kami akan menghargai segala kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Cameron.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

SURESH KUMAR
Setiausaha
PSM Cawangan Cameron
019-569 6964


PROGRAM MEDIA PSM-PAS-PGC & DIALOG BERSAMA RAKYAT CAMERON

PROGRAM MEDIA PSM-PAS-PGC & DIALOG BERSAMA RAKYAT BERKENAAN
PEMBANGUNAN TIDAK DIKAWAL, PEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
& MASALAH RAKYAT DI CAMERON HIGHLANDS
BERTEMPAT DI CAMERON HIGHLANDS
Rabu 27 JUN 2012
Objektif
(A)     Untuk menonjolkan pembangunan luas yang tidak terkawal yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar secara besar-besaran seperti pemotongan bukit, kemusnahan alam semula jadi, pemusnahan flora & fauna asli, kemusnahan keindahan alam semulajadi landskap, pencemaran air dan sumber air bagi pertanian & kegunaan manusia, penggunaan racun perosak yang tidak terkawal , tiada perancangan, pentadbiran yang tidak melibatkan rakyat, jalan yang sesak & sistem lalulintas tidak teratur, sistem sanitasi yang lemah dan pembinaan insinerator untuk melupus sampah. Sistem pengangkutan bas awam yang hampir lumpuh, rasuah yang berleluasa dan peranannya dalam kemerosotan alam sekitar.
(B)    Untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah penduduk Cameron Highlands melalui sessi dialog.
(C)     Untuk melawat beberapa isu Hak Asasi Manusia yang telah dilepas tangan oleh kerajaan BN Pahang seperti hak rumah, tanah bertani dan gerai. Penduduk-penduduk ini telah berjuang sejak 4 tahun yang lalu.
(D)    Penyerahan Petisyen Tandatangan ke Pejabat Daerah Cameron Highlands meminta melibatkan rakyat di semua peringkat perbincangan dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Peserta
Penganjur: PSM, PAS & PGC
Jemputan telah dihantar kepada Media, NGO, PSM, PAS, PGC, DAP CH & PKR CH
Rakyat CH untuk sesi dialog termasuk Orang Asal.


Program
10.00am
Penyerahan petisyen beserta 500 tandatangan kepada Pegawai Daerah Cameron di Pejabat Daerah Cameron.


11.00am – 1.00pm
Bertemu di Pejabat PSM Cawangan Cameron, 65B, Jln. Camelia 3, Juta Villa, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Beredar dari sana ke:
1.             Lawatan ke rumah Ezumalai, Ringlet. Contoh ketidak adilan dalam pemberian tanah kepada rakyat Cameron oleh Kerajaan Pahang.
2.             Gerai & rumah di Green Cow & Kea Farm. Contoh pembangunan diutamakan dari kepentingan rakyat oleh Kerajaan BN Pahang.
3.             Kawasan tadahan air JBA Kuala Terla. Contoh pembukaan tanah pertanian tanpa kawalan oleh Pejabat Daerah Cameron Highlands.
4.             Petani Blue Valley. Contoh ketidak adilan dalam pemberian tanah kepada rakyat Cameron oleh Kerajaan Pahang.


1.00pm
Makan tengah hari ringkas di Kg Raja & perjalanan kembali ke Tanah Rata.

 
2.30pm – 3.30pm:
Perjumpaan dengan Rakyat/Meet the Rakyat session
(Akan dipengerusikan bersama oleh PAS & PSM)
Semua rakyat Cameron Highlands akan dijemputhadir.

Kata-kata Aluan oleh Haji Zulkefly Mohamad bin Omar.
Pengurusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia PAS.

Taklimat & Pembentangan oleh Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron Highlands

Pembentangan oleh Encik Ramakrishnan (akan disahkan kemudian)
Presiden REACH
(Kualiti air, penggunaan racun perosak dan baja dalam pertanian sayur-sayuran)

Pembentangan oleh Dr Jayabalan, People's Green Coalition
(Cameron Highlands - Bencana Alam Sekitar Akibat Kemajuan)


3.30 pm
Sidang akhbar
Dipengerusikan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man & Haji Zulkefly Mohamad bin Omar.
Kenyataan akhbar oleh PAS, PSM & PGC.


Untuk keterangan lanjut hubungi:
Suresh Kumar - PSM - 019-569 6964
Vijayan - PGC - 019-970 6074
Zulkefly Mohamad Omar - PAS - 019-281 8816

PSM-PAS-PGC MEDIA PROGRAM


PSM-PAS-PGC MEDIA PROGRAM & DIALOGUE WITH RAKYAT
UNCONTROLLED DEVELOPMENT, ENVIRONMENTAL DESTRUCTION
& THE PROBLEMS OF THE RAKYAT IN CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS WEDNESDAY 27 JUNE 2012


Objectives
(a) To highlight the widespread uncontrolled development resulting in massive environmental destruction – the cutting of hills, the blatant destruction of the natural environmental heritage, eradication of natural indigenous flora & fauna, the natural beauty of the landscape, the pollution of waterways and sources of water for agriculture & human consumption, the uncontrolled use of pesticides, the lack of proper planning, maladministration, the chaotic road & traffic system, poor sanitation and rubbish collection, poor public amenities, poor public transport system, the bad administration of the district, the lack of importance given to the natural heritage of CH etc. The apparent widespread corruption and its role in the deterioration of the environment.

(b) To obtain feedback from the people of Cameron Highlands through a ‘meet-the-people & dialogue session’ of the problems faced by them.

(c) To visit some of the Hak Asasi Kemanusian problems which the people of Cameron Highlands have been fighting for the past 4 years.


(d) Submission of the Signature petition to Cameron Highlands District Office to resolve the traffic jam problem with the inclusion of the rakyat of Cameron Highlands in all levels of discussion.


Participants
The organizers: PSM, PAS & PGC
To be invited for whole program: The Media, NGOs, PSM, PAS, PGC, DAP CH & PKR CH
The rakyat of CH for the dialogue session inclusive of Orang Asal.


Program
10.00am: Signature submission to District Officer

11.00am – 1.00pm:
Meet at PSM Office in Tanah Rata
1.            Visits to Ezumalai’s House, Ringlet
2.            Green Cow Camp & Kea Farm stalls, after Brinchang
3.            Kuala Terla water catchment area
4.            Blue Valley farmers & stalls

1.00pm: Simple lunch at Kg Raja & journey back to Tanah Rata


2.30pm – 3.30pm: Perjumpaan dengan Rakyat/Meet the Rakyat session
(To be jointly chaired by PAS & PSM)
All rakyat of Cameron Highlands to be invited

Kata-kata Aluan oleh Haji Zulkefly Mohamad bin Omar
AJK PAS Pusat &Pengurusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia PAS

Ucapan oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat & Pesuruhjaya PAS Pahang

Briefing & Presentation by Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron Highlands

Presentation by Mr Ramakrishnan (To be confirmed)
President, Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH)
(Water quality, pesticides use, vegetable farming, and research findings?)

Presentation by Dr Jayabalan, Peoples Green Coalition
(Camerons – An Environmental Disaster in Progress - Issues)

3.30 pm Press Conference
Chaired by Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man & Haji Zulkefly Mohamad bin Omar
Statements by PAS, PSM & PGC

Contoh Aduan Polis Yang Dibuat Dalam Kempen Aduan Polis


CONTOH ADUAN POLIS

Kami bernama seperti di bawah ingin membuat aduan polis berkenaan penduduk di kawasan Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang yang sedang diancam masalah keselamatan disebabkan oleh 2 orang Pemaju yang sedang memotong bukit berdekatan dengan rumah-rumah mereka. Penduduk Green Cow khuatir pemotongan tanah di kawasan bukit di belakang rumah mereka akan menyebabkan tanah runtuh yang akan memusnahkan rumah-rumah mereka. Mengikut penduduk di situ, akibat kerja-kerja pemaju, sebuah batu besar  telah pun runtuh tetapi nasib baik batu itu berhenti sebelum menimpa rumah yang tedekat.

Selain dari ancaman tanah runtuh, penduduk Green Cow juga menghadapai masalah samseng yang diupah oleh pemaju untuk mengugut dan merobohkan kadang kambing mereka. Perobohan kandang kambing seorang penduduk telah berlaku pada 26hb Mac 2012 di mana lebih kurang 15 lelaki Melayu telah datang ke kawasan itu dan memecahkan kandang kambing. Apabila keluarga penduduk pergi dan minta mereka jangan roboh, kumpulan samseng itu telah nasihat penduduk pergi beritahu polis. Kumpulan samseng berkata mereka telah “kowtim” pihak polis dan polis tidak akan datang.

Apabila penduduk terus merayu jangan roboh, seorang daripada kumpulan itu mengeluarkan satu pistol dan tanya “you mahu saya tembak kambing ataupun pecah kandang sahaja?”.

Selepas perobohan dilakukan oleh samseng, para penduduk telah datang ke Balai Polis Brinchang dan melaporkan Aduan Polis # 344/12. Tetapi layanan pihak polis tidak profesyional. Antara lain ialah:
1.       Anggota polis yang mengambil laporan telah tanya “adakah sijil lahir untuk kambing-kambing itu?” apabila seorang penduduk memberitahu bahawa 5 ekor kambing telah terhilang dalam masa perobohan itu.
2.       Anggota polis juga telah bertanya “apakah jenama pistol?” apabila penduduk mengadu bahawa ugutan dengan pistol telah berlaku.

Selain daripada itu, selepas satu bulan selepas kejadian perobohan itu, para penduduk berjumpa ASP Saralathan KBSJD IPD Brinchang dan bertanya mengapa samseng yang melakukan perobohan dan ugutan belum ditangkap walaupun gambar-gambar mereka telah diberi polis, ASP Saralathan jawab beliau tidak ada gambar itu dan meminta penduduk memberinya satu set baru.

Berikutan isu ini, Ahli Parlimen Sg Siput, Dr.Jeyakumar telah datang ke Balai Brinchang pada tengah hari 29hb Mei 2012 untuk berjumpa dengan Tuan KPD tetapi beliau dan Timbalannya tidak ada di kawasan pada hari itu. Dr.Jeyakumar telah berjumpa dengan ASP Azmi b Mahmood KCKD IPD Brinchang, dan memberitahunya bahawa wujudnya prasangka di kalangan orang awam bahawa pihak polis berat sebelah pada pemaju dan samseng kerana gagal ambil tindakan terhadap ugutan samseng walaupun 10 minggu telah berlalu sejak kejadian robohan itu. Tetapi sebelum ini, pada Oktober 2011 polis telah menangkap 3 orang dari Green Cow kerana cuba menghentikan pemaju daripada kerja-kerja memotong bukit dan ketiga orang ini telahpun didakwa di Mahakamah. Tetapi terhadap samseng nampaknya tiada tindakan yang tegas walaupun gambar mereka dan nombor pendaftaran kereta mereka telah diberi kepada polis.

Tetapi ASP Azmi mempertahankan pendekatan polis dengan berkata kes masih dalam siasatan. Polis tidak dapat menangkap samseng kerana tidak dapat mengesan mereka. (Walaupun telah dapat gambar, dan penduduk sendiri telah berjumpa beberapa orang daripada kumpulan samseng itu di Bandar Brinchang dan di Tanah Rata.)

Pada pendapat kami, kelembapan polis IPD Cameron Highlands (Brinchang) menangani kes ugutan samseng ini akan menghantar mesej yang tidak diingini kepada pihak pemaju dan juga para samseng. Mereka akan percaya mereka ada kekebalan (immunity) daripada tindakan polis, dan ini mungkin akan menggalakkan mereka melakukan tindakan yang lebih keras terhadap para penduduk. Masalah tanah ini di antara pemaju dan penduduk harus diselesaikan melalui perbincangan ataupun melalui tindakan mahkamah. Tetapi bukan dengan memakai kekerasan, samseng, ugutan dan sebagainya.

Kami mahu pihak polis atasan daripada Bukit Aman menyiasat samada adakah persuhabatan antara mana-mana lapisan polis IPD Brinchang dengan pihak pemaju? Jika tidak mengapakah respons para polis tehadap ugutan jenayah pihak samseng begitu tidak profesyional sampai anggota polis memperli penduduk yang membuat laporan polis (Sijil Lahir Kambing dan Jenama Pistol) dan tidak menunjukkan gambar pada pihak polis atasan? Adakah sesiapa anggota polis dipengaruhi oleh pemaju?

Ini adalah satu isu yang amat serius. Kita memerlukan tindakan profesyional polis untuk memastikan masalah-masalah seperti di antara penduduk Green Cow dan Pemaju diselesaikan melalui saluran perbincangan ataupun tindakan maahkamah. Bila pihak polis bertindak secara lemah dan lambat, ianya akan buka jalan ke ugutan, kekerasan dan pergaduhan di kalangan rakyat.

Kami mahu pihak polis bertindak secara proffesional dan harap pihak atasan akan menyiasat perkara ini untuk memastikan penyelewengan tidak berlaku dalam pengendalian isu Green Cow ini.

Terima kasih.