LAPORAN POLIS TERHADAP SALAHLAKU KPD KUANTAN, ACP MOHD JASMANI YUSSOF TERHADAP PENDUDUK CAMERON HIGHLANDS
Sekumpulan penduduk Cameron telah ke Wisma
Sri Pahang, Kuantan pada 10/7/2012 untuk meminta surat temujanji untuk berjumpa
MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob di Cameron Highlands. Temujanji ini adalah
untuk MB hadir ke Cameron dan menyelesaikan masalah rakyat.
Malangnya, Setiausaha MB, Dato Hamdan dan
seorang lagi yang dikenali sebagai Cikgu Guna enggan memberikan penduduk surat
temujanji untuk MB hadir ke Cameron. MB pula dikatakan berada di Putrajaya dan
tidak dapat dihubungi.
Pihak polis yang diketuai ACP Mohd Jasmani
Yusoff telah bertindak menahan penduduk Cameron yang menunggu surat dari MB
secara aman pada lebih kurang 3.30pm.
Aduan saya adalah berkenaan 8 perkara di
bawah iaitu:
1.
DSP Azmi mencengkuk & mengheret leher tahanan
dengan ganas
DSP Azmi
bertindak tidak profesional dengan mencengkuk dan mengheret leher Nagenteran
A/L Sandrasigan dengan ganas sebaik sahaja Nagen turun dari trak polis di IPD
Kuantan pada 10/7/2012. Apabila Suresh Kumar meminta DSP Azmi melepaskan
Nagenteran, DSP Azmi kemudian mencengkuk leher Suresh dan Nagen bersama-sama.
2.
ACP Mohd Jasmani Yusoff mencekik tahanan
Suresh
Kumar A/L Balasubramaniam dan Utaya Kumar A/L Vellayuthan telah dicekik oleh
ACP Mohd Jasmani Yusoff di bilik tahanan di IPD Kuantan pada 10/7/2012. Mohd
Jasmani bertindak demikian untuk mengugut Suresh Kumar dan Utaya Kumar yang mengadu
tindakan DSP Azmi. Suresh dan Utaya bimbang akan keselamatan penduduk dan cuba
meleraikan kekasaran DSP Azmi terhadap Nagenteran A/L Sandrasigan.
3.
ACP Mohd Jasmani Yusoff berbohong kepada
media
ACP Mohd
Jasmani Yusoff menyalahguna kuasa dengan berbohong kepada media mengatakan
Utayakumar A/L Vellayuthan dikehendaki polis berhubung satu kes di bawah Akta
Dadah Berbahaya 1952. Uthayakumar pernah ditahan pada 2010 di bawah Akta Dadah
Berbahaya tetapi beliau telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkahmah Majistret
Cameron Highlands pada 2011. ACP Mohd Jasmani berbohong Utayakumar adalah orang
dikehendaki untuk memberi tanggapan negatif terhadap penduduk Cameron yang
menunggu jawapan di Wisma Sri Pahang.
4.
KPD Kuantan berniat jahat mencari ruang
untuk mendakwa penduduk Cameron
Niat
jahat KPD Kuantan mecari ruang untuk mendakwa penduduk Cameron dengan meminta
dibuat ujian air kencing walaupun sebelum itu penduduk telah diberitahu mereka
akan dibebaskan dan I.C. penjamin telah diminta.
5.
Penahanan semalaman dalam lokap tanpa
sebab
25
penduduk ditahan dalam lokap semalaman pada 10/7/2012 tanpa sebarang sebab. 25
penduduk ini tidak didakwa atau direman pada keesokan harinya.
6.
Tahanan lokap Mahkahmah Kuantan tidak
diberikan rawatan segera
Polis
Kuantan gagal menyediakan bantuan ke hospital kepada penduduk Cameron yang berada
dalam tahanan lokap mahkahmah Kuantan sehingga seorang peserta wanita, Kamala
Devi pengsan dalam lokap. Keadaan dalam lokap juga begitu sempit dan tiada
pengudaraan untuk 25 orang.
7.
Polis Kuantan ambil ‘statement’ bersama
bail polis walaupun tempoh tahanan sudah lebih 24jam
Polis Kuantan
cuba mempertahankan penahanan mereka terhadap penduduk Cameron dengan mengambil
statement di minit terakhir sebelum penduduk dibebaskan. Statement diambil
walaupun tempoh penahanan sudah melebihi 24 jam.
8.
Polis Kuantan intimidasi penduduk di
Cameron
Polis Kuantan
terus intimidasi penduduk dengan percubaan ambil ‘statement’ di Cameron
Highlands dengan percubaan ambil ‘statement’ dari ibubapa kanak-kanak yang
hadir di Pejabat MB. Apabila diminta notis 111, pegawai2 polis tersebut tidak
kembali.
Kami mahu pihak polis dari pihak yang
lebih atas dari IPD Kuantan menyiasat perkara ini. Kami tidak ada kepercayaan
kepada IPD Kuantan menjalankan siasatan terhadap isu ini kerana IPD Kuantan
berada di bawah arahan ACP Mohd Jasmani Yusoff yang merupakan orang yang diadu.
Kami mahukan tindakan tegas diambil terhadap ACP Mohd Jasmani Yusoff dan DSP
Azmi yang bertindak tidak profesional dalam isu ini.
Sekian laporan kami.
Jawatankuasa Rumah, Tanah & Gerai Cameron Highlands
@ Parti Sosialis Malaysia
No comments:
Post a Comment