Selamat Menyambut Tahun Baru Cina









SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU CINA
DAN
CHAP GOH MEI

MARI MENYAMBUT MUSIM PERAYAAN INI BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI.

HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN YANG ERAT AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENEMPUH KEADAAN EKONOMI YANG SEMAKIN SUKAR

www.psmcameron.blogspot.com


DARIPADA:

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) CAMERON


全球
经济正陷入严重的危机,这是世界性的资本主义危机。这个比上个世纪30年代的经济大恐慌更加严重。

经济萧条正开始冲击着各个国家,连经济强国,如美国、英国、日本、德国等,都难逃一劫,已经成为全球资本主义不可分割一部分的我国也无法幸免。过去三十年在世界舞台招摇过市的新自由主义经济,在去年横扫华尔街的金融海啸中宣告破产。世界各国的政府纷纷采取国家干预的手段去拯救经济。一直以来把自由市场吹捧上天的资本财团,也要伸出乞讨之手去要求政府打救它们。

经济危机所带来的后果:
1
公司大裁员,大批工人失业。
2
贫穷人民被迫去承担富人所欠下的债务。
3
统治阶级出现分裂,并形成政治危机。
4
种族课题被资产阶级政客炒作,人民的视线被转移。
5
统治阶级祭出恶法镇压反抗的人民。

我国马来西亚也正遭到经济危机的不断冲击。很多之前都有加班的工厂,现在已经减少加班和开工时间,有的工厂已经采取每周工作四天的措施(当然薪水也是给四天而已),有些工厂甚至每月只运作两个星期。毕业生愈来愈难觅职,而失业人数逐日增加。在农历新年来临之际,很多工厂工人所得到来自雇主的感恩,就是被放无薪长假去过年。

政府估计今年我国的失业率将上升到3.54.5%。人力资源部估计逾4700名主要是来自电子业的工人会在今年第一季度被裁退。准备牺牲工人去让自己继续坐拥荣华富贵的雇主联合会则估计有20万至40万人会在今年的被裁退。(资料来源

槟城,迷信外资的政客和拜金主义者遭到迎头痛击,那就是英特尔将关闭在槟城的两间厂房。总部设在美国加州世界最大电脑晶片制造商英特尔,已经宣布会关闭在马来西亚、菲律宾和美国的若干工厂设施,要在经济低靡的时刻进行瘦身预计5千至6千名员工的饭碗朝夕不保。

英特尔是当年槟城带领马来西亚走向工业化时,最早进驻我国的电子业工厂。当槟城英特尔的2千多名工人的前途未卜的时候,槟城首席部长竟然成为了英特尔的代言人,为英特尔辩护说那些在槟城英特尔德员工不会失业,因为这间工厂知识整合其工厂,搬迁到居林。这个政府到底是人民选出来的呢,还是美国资本收买回来的?英特尔这次牺牲员工瘦身的理由,是去年第四季度的净利比前一年同时期下跌90%,不过还是净赚了2.34亿美元!(英特2008净收入是53亿美元!)

我国当前经济危机 的症结是资本主义的制度本身。在资本主义制度下,掌握社会生产资源的是一小撮盈利至上的资本家,资本家们为了牟取最大的盈利,不惜一切地压榨劳动人民,加剧贫富之间的鸿沟。资本主义制度充斥着剥削与压迫,并引发不断的危机。过去一年来的粮食危机、能源危机、气候危机、经济危机等,都是资本主义送给地球人类的红包

近期的金融海啸,是资本主义走向衰败的赌场经济所造成。国际大资本家已经不再将资本投入在生产实用的产品上,而是将大笔钱财花在投机性、赌博性的金融信贷市场上。当资本主义引发深重危机的时刻,统治阶级往往将危机的代价转嫁到工人阶级和普罗民众身上,要基层人民去收拾资本家所留下的烂摊子。

资本家所造成的灾害,现在却要工人阶级和基层人民去承担责任,是非常不负责任的做法。政府不应该充当资本财团的跑腿或保镖,不断维护资本财团的利益,典当普罗民众的基本权益。普罗民众没有义务也不应该去为腐朽的资本主义买单。政府有义务在危机侵袭的时刻,极尽所能地保障人民的权益,包括了人人继续有工作,以及人民生活得到保障。

我国政府近期推出的振兴经济计划,是在救助朋党财团多一点。在经济萧条的阴影下,政府不应该动用人民的钱财(如公积金等)去拯救陷入财务困境的资本财团。政府应该动用一切资源去保护人民的权益免受侵蚀。

如果政府是负责任的,就必须采取以下措施:
1
政府必须实行保护工人和穷人的政策制定最低工资法令、设立裁员基金、让人民享有舒适房屋、为小农提供耕地,以及将公共服务重新国有化。
2
不能动用人民的钱财去拯救大财团或为资本市场注资。
3
政府必须以工人阶级、农民和基层人民的权益为基础,注重生态环境、民主参与,全面重组国家经济。
4
废除一切钳制人民自由的恶法,如《内安法令》、《官方机密法令》、《出版与印刷法令》、《大专法令》等。

经济愈来愈糟的时刻,人民也必须警惕当权者企图分化人民的肮脏手段。每当经济危机出现时,统治阶级也会出现政治危机。为了巩固本身的权势,统治阶级将会不断煽动种族情绪,模糊人民视线,分裂不满的群众,同时也动用国家暴力机器与恶法,去打压在危机时刻崛起的人民运动。

这个关键时刻,工人阶级和基层人民,必须不分性别、种族、宗教、语言、文化地团结起来,反抗来自统治阶级的攻势。如果普罗民众不由下而上组织起来反抗,我们将会遭遇统治阶级的进一步压迫,甚至是遭到统治集团的法西斯主义进攻。

我国人民在200838日,通过选票展现了人民的力量,让我国政坛风云变色,给予傲慢的国阵一个狠狠地教训。不过,人民力量并不止于票箱,人民力量可以走得更远。只有觉醒的人民团结起来,反抗统治阶级的压迫,将抗争进行到底,我们才有可能实现一个真正人民当家作主的社会。


Suresh Kumar
PSM Cameron


Namasivayam Dapat Bantuan Kaki Palsu Selepas Berjuang Hampir 2 Tahun

17 Januari 2009

Selepas berjuang untuk kaki palsu selama 2 tahun, akhirnya En.Namasivayam telah berjaya mendapatkan bantuan tersebut dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kos kaki tersebut ialah sekitar RM 26 200.00. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan dan Hospital Daerah Cameron. Juga kepada pihak-pihak lain yang telah membantu beliau sepanjang proses ini.

Pada bulan Disember 2008, Namasivayam telah balik semula ke rumah beliau di Bertam Valley dengan kaki palsu beliau.

Saya mula mendapat tahu keadaan Namasivayam melalui penglibatan PSM di dalam isu pembinaan Jalanraya Ringlet-Sg Koyan. Rumah Namasivayam turut terbabit di dalam projek ini. Perjuangan untuk mendapatkan sebuah rumah ganti itu masih berterusan.

Namasivayam telah kehilangan kedua-dua kaki atas paras lutut akibat penyakit Berger. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003. Sejak itu beliau hanya dapat menggunakan kerusi roda. Keadaan rumah beliau yang begitu kecil (3m x 5m) dan tidak rata menyebabkan beliau tidak dapat bergerak bebas dengan kerusi roda tersebut.

Kami telah menolong beliau menulis meminta bantuan dari banyak pihak. KKM telah membalas permohonan kami. Selepas itu, beliau telah dimasukkan ke Hospital Universiti Malaya untuk dipasang kaki tersebut. Banyak kawan-kawan lain di Cameron telah memberikan bantuan menyediakan pengangkutan untuk beliau berulang-alik ke hospital.

Walaupun keadaan Namasivayam yang sebegini, beliau dan keluarganya sentiasa bersemangat untuk berjuang. Beliau sentiasa mengalakkan isteri dan anaknya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kami. Pada perjumpaan dengan Pegawai Daerah pada 7 Jan 2009, beliau telah mengikut bersama kami ke Pejabat Daerah Cameron. Begitu juga dengan perjumpaan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) yang diadakan pada 17 Jan 2009.

Namasivayam perlu berlatih menggunakan kaki tersebut. Dan beliau juga ingin bekerja selepas dapat menggunakan kaki palsu sepenuhnya.

Kami di PSM berasa gembira dengan pencapaian En.Namasivayam. Semangat beliau yang kental untuk mendapatkan kaki palsu dan berjalan semula telah membolehkan beliau mencapai impiannya. Perjuangan beliau telah memberikan hasil. Syabas untuk Namasivayam!

Suresh Kumar
PSM Cameron

Kuasa Rakyat Gegarkan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron

7 Januari 2009

Pada hari ini, sejarah rakyat yang baru tercipta di Cameron Highlands. Kuasa rakyat akhirnya berjaya mendapatkan pertemuan dengan Pegawai Daerah Cameron Highlands.

Seperti yang telah dipersetujui di dalam Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), pada hari ini, wakil-wakil MPR Cameron telah pergi ke Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands (PTDCH). Lawati laman web berikut untuk mengetahui berita-berita MPR:

MPR Ke-3: Fokus Kepada 4 Isu Utama
Kuasa Rakyat Berjaya Mendapat Jawapan Dari Pejabat Daerah Cameron
MPR Cameron Ke-2... Lebih banyak perbincangan
MPR... Titik Permulaan Kuasa Rakyat di Cameron

Di antara mereka, ada yang menghadapi masalah tanah, rumah dan rumah kos rendah. Ada yang juga datang untuk memberikan sokongan solidariti. Sekitar 50 orang kesemuanya. Terima kasih diucapkan kepada Komrad Agastin, Nagen, Karthik dan Ruben yang turut hadir untuk memberikan sokongan solidariti.

PTDCH yang tidak begitu sibuk tiba-tiba menjadi ‘live’ dengan kahadiran wakil-wakil MPR. Pegawai Daerah, Dato' Haji Mohamad Noor, keluar dari pejabat beliau untuk menyoal kehadiran kami. Inilah kali pertama saya dapat bersemuka dengan beliau. Setelah menyoal kami, beliau bergegas untuk sembahyang.

Kemudian, tiba pula pengunjung yang tidak dijemput, Pasukan Polis Cameron Highlands, diketuai oleh Ketua SB, ASP Azmi. Bilangan polis begitu banyak. Apakah rasionalnya pasukan polis perlu hadir di dalam perbincanagan di antara rakyat dengan Pegawai Daerah? Pasukan SB siap dengan kamera dan video kamera untuk merekod kunjungan kami. Beberapa kali pada hari ini, kami terpaksa menyoal tindak-tanduk polis.

Bilik Gerakan PTDCH kemudian dibuka untuk menempatkan kami.

Saya, komrad Agastin dan Nagen dijemput oleh ASP Azmi untuk masuk dan berbincang dengan Pegawai Daerah di pejabatnya. Di dalam perbincangan tersebut, kami telah meminta Pegawai Daerah berjumpa dengan rakyat dan mengambil nota mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Pegawai Daerah pun bersetuju.

Kemudian sessi dialog bersama Pegawai Daerah telah diadakan. Wakil-wakil MPR menjadi begitu gembira apabila dapat berdialog dengan Pegawai Daerah sendiri. Mereka menyatakan masalah yang sedang dihadapi satu demi satu.

Pegawai-pegawai lain di PTDCH juga telah turut serta di dalam sessi ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah datang untuk turut sama mendengar dan membantu rakyat Cameron.

Sessi dialog ini berakhir pada jam 5.30 petang. Pegawai Daerah telah meminta butiran lanjut untuk kesemua kes yang telah dibincangkan. Beliau berjanji untuk meneliti kes-kes ini dan telah meminta tempoh masa 1 ke 2 bulan. Beliau juga telah berjanji untuk bertemu semula dengan wakil-wakil MPR selepas itu. Sungguh positif akan janji yang diberikan oleh Pegawai Daerah.

Kami akan bertemu semula dalam MPR yang akan datang untuk membincangkan perkembangan yang berlaku pada hari ini. Tetapi satu pengajaran yang paling penting pada hari ini ialah: KUASA RAKYAT DAPAT MENGUBAH SEGALA-GALANYA.

Suresh Kumar
PSM Cameron