Surat Kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Mengenai Kerosakan Kemudahan Awam



11 Februari 2011

Pusat Khidmat Rakyat PSM Cameron telah menerima beberapa aduan dari orang perseorangan mengenai masalah-masalah kemudahan awam yang rosak atau tidak terjaga. Berikutan itu, PSM Cameron telah mengumpulkan kesemua masalah itu dan telah menghantar surat kepada beberapa Jabatan Kerajaan Cameron untuk penyelesaian. Berikut adalah surat tersebut:

7 FEBRUARI 2010

Parti Sosialis Malaysia (PSM),
C1-G3, Blok C1, Royal Lily,
39000 Tanah Rata, Cameron Highlands.

Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands.
DENGAN TANGAN

Setiausaha,
Majlis Daerah Cameron Highlands(MDCH)
DENGAN TANGAN

Pengurus Pejabat,
Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands
DENGAN TANGAN

Pengurus Pejabat,
Jabatan Bekalan Air (JBA) Cameron Highlands
DENGAN TANGAN

Pengurus Pejabat,
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cameron Highlands.
DENGAN TANGAN

Tuan,
Aduan Kerosakkan/Pembaikian Kemudahan-Kemudahan Awam Di Cameron Highlands

Merujuk kepada perkara di atas, kami di Pusat Khidmat PSM telah menerima beberapa aduan mengenai kemudahan awam yang rosak atau yang perlu diperbaiki.

2. Berikut ialah senarai masalah-masalah yang telah diadu di Pusat Khidmat kami:
  • a.) Longkang di tepi jalan tersumbat dan pecah sepanjang Habu ke Ringlet Banyak longkang tersumbat dengan tanah dan rumpai (LAMPIRAN 1). Air bertangkung dan melimpah keluar ke jalanraya ketika hujan. Ada juga longkang yang tersumbat akibat kerja-kerja JBA yang tidak kemas ketika membaiki paip pecah (LAMPIRAN 2).
  • b.) Kawasan rekreasi di Lubok Tamang terbiar Kawasan rekreasi kecil di Lubok Tamang kini terbiar apabila ditutupi oleh semak yang tinggi (LAMPIRAN 3). Kawasan ini pada satu masa dahulu adalah lapang dan Lions Club Cameron pernah mengadakan projek menanam pokok di kawasan ini.
  • c.) Tebing jalan runtuh di jalan ke Taman Perumahan Orchid Deluxe Park (ODP), Ringlet Tebing jalan runtuh menutupi longkang dan sedikit jalan ke ODP (LAMPIRAN 4). Oleh sebab longkang tertutup, air tidak dapat mengalir dan bertakung. Pejalan kaki juga terpaksa berjalan di tepi tebing menyebabkan mereka mudah dilanggar kenderaan di jalan yang sempit itu.
  • d.) Jalan ke ODP licin akibat minyak yang mengalir keluar dari stor bersebelahan Jalan ke ODP juga licin di satu bahagian sangat licin akibat minyak yang sentiasa mengalir keluar dari stor yang bersebelahan.
  • e.) Tebing jalan runtuh bersebelahan Pencawang Bertam Intake TNB Tebing jalan bersebelahan Pencawang Bertam Intake TNB terhakis dan runtuh sedikit dan telah menyebabkan satu lubang yang besar bersebelahan jalan (LAMPIRAN 5). Hakisan ini bertambah buruk dengan longkang yang pecah seperti dinyatakan di (a).
  • f.) Tiang elektrik patah di Lubok Tamang dan wayar terkeluar dari tiang lampu Tiang elektrik di Lubok Tamang patah akibat dilanggar kereta awal tahun lepas. Walaupun sudah hampir setahun, tiang lampu tersebut tidak diganti dan dibiarkan sahaja begitu (LAMPIRAN 6). Wayar-wayar di tiang lampu sepanjang jambatan Sg Khazanah (Ringlet) terkeluar akibat penutup yang hilang atau tertanggal (LAMPIRAN 7).
  • g.) Jalan Berlubang-Lubang dari Habu ke Ringlet Jalanraya berlubang dari Habu ke Ringlet dengan keadaan yang sangat buruk di beberapa tempat termasuk bandar Ringlet sendiri (LAMPIRAN 8).
  • h.) Tebing jalan runtuh di Jalan Ipoh, Kuala Terla Tebing jalan di Jalan Ipoh (yang menuju ke rumah pam JBA di Kuala Terla) runtuh di 2 tempat dan berada dalam keadaan yang bahaya.
  • i.) Pembahagi jalan berdekatan Tea Shop di Bharat Tea tidak jelas Pembahagi jalan di tempat letak kerete di Tea Shop (Bharat Tea) tidak jelas kedudukannya pada waktu malam dan ketika ‘fog’ (LAMPIRAN 9). Tempat ini terletak di sepanjang perjalanan dari Ringlet ke Tanah Rata. Satu lampu amaran berkelip harus dipasang di hadapan pembahagi jalan tersebut.
3. Kami di PSM berharap pihak tuan dapat memperbaiki kerosakkan yang dinyatakan di atas. Kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Suresh Kumar
Setiausaha
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron Highlands
019-569 6964

No comments: