Parti Sosialis Malaysia Cameron Highlands telah mula beroperasi sejak tahun 2005 dengan penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Cameron. Nama pusat khidmat ini diubah kepada Pusat Khidmat PSM dan telah dilancarkan semula pada 3 Mei 2008.
Penduduk Blue Valley Akhirnya Mendapat Lampu Jalan
12 Oktober 2009
Satu lagi kejayaan dalam kuasa rakyat. Penduduk Blue Valley melalui MPR telah meminta Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) untuk memasang lampu jalan di persimpangan Blue Valley - Kg Raja. Ini adalah kerana persimpangan tersebut begitu gelap pada waktu malam dan kedudukannya yang curam menyukarkan pemandu membuat pusingan.
Tetapi permohonan ini telah mengambil masa selama 6 bulan oleh kerana birokrasi TNB. Ia hanya dipasang selepas satu surat aduan dihantar kepada Pengarah Urusan TNB.
Suresh Kumar
PSM Cameron
Subscribe to:
Posts (Atom)