Keuntungan Diutamakan, Kualiti Diketepikan... Satu lagi kisah pembeli kereta Proton yang bermasalah

27/12/2013


Pada hari ini, Salvaraju Gopal telah mengunjungi Ibupejabat Proton di Batu 3, Shah Alam buat kali kedua untuk mendapatkan penyelesaian terhadap kereta Proton Saga 1.3 MT yang dibelinya pada 24/12/2008. Kereta tersebut telah memberikan banyak masalah.


  1. Salvaraju telah diminta bertukar pusat servis kereta Proton sebanyak 3 kali setiap kali masalah kereta beliau tidak dapat diselesaikan.
  2. Kereta tersebut pernah diakui mempunyai masalah pembuatan SERIUS oleh “adjusters” lantikan PROTON secara lisan, namun laporan tersebut tidak mahu diberikan kepada En.Salvaraju oleh Proton. 
  3. Apabila beliau mengadu isu kereta ini kepada CEO Proton, surat-surat beliau tidak dilayan. Perhatian hanya mula diberi selepas kehadiran Salvaraju di HQ PROTON pada 5/6/2013. 
  4. Salvaraju juga telah dimarah melalui telefon oleh kakitangan PROTON kerana mengunjungi PROTON berkenaan masalah ini. Laporan polis telah dibuat ke atas kakitangan tersebut. 
  5. Walaupun masalah ini telah bermulah setahun selepas Salvaraju membeli kenderaan tersebut, namun Proton sekarang menolak isu ini sebagai tanggungan syarikat insurans. Syarikat insurans pula tidak menjawab apa-apa surat Salvaraju. 
  6. Kini Proton hanya mahu menukar beberapa barang tetapi kos tersebut perlu ditanggung oleh pemilik kereta. Proton tidak mahu mengaku kereta tersebut mempunyai masalah pembuatan. 
  7. Pengakuan CEO Proton sendiri bahawa kereta Proton di Malaysia sebelum ini dibuat tidak memenuhi piawaian antarabangsa (Business Times 2/12/2013) menunjukkan kereta seperti milik Salvaraju dibuat tidak berkualiti.
Pegawai di Proton telah berjanji untuk membawa isu ini kepada pihak atasan. Ini adalah kali Salvarju kami mendapat janji sebegini rupa. Inilah nasib rakyat yang ingin menyokong kereta nasional.

Berikut ialah jadual kunjungan Salvaraju ke Pusat Servis Proton akibat masalah yang dihadapinya.


BIL TARIKH Aduan & Penukaran Alatganti
1 16/4/2010 1.Hose, drain asm (warranty)
  CB012563 - Car Spa Sdn Bhd 2.Switch hazard (warranty)
  16915km 3.Service rear wheel cyclinder (warranty)
    4.Strut assy lh (warranty)
2 12/5/2010 1.Disc brake (warranty)
  CB012764 - Car Spa Sdn Bhd  
  17579km  
3 14/7/2010 1.Frt brake system service due to friction noise
  CB013311 - Car Spa Sdn Bhd  
  20223km  
4 26/8/2010 1.Undercarriage knocking noise when driving or braking
  5850 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.Service and readjusted brake system
  22719km  
5 1/11/2010 1.To check radio mulfunction because radio off by itself while driving
  16178 - Proton Edar Sdn BhdProton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.To check brake noise when apply order brake caliper & RR axle)
  25488km / 22800km  
6 15/12/2010 1.Brake Assy, Front LH
  22222 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.Disc brake caliper assy replacement
  28330km 3.Axle assy RR suspension
    4.Torsion axle assy replacement
    5.Breaking kit FR (warranty)
7 26/4/2011 1.Power steering oil leak
  07843 - Proton Edar Sdn Bhd 2.Gear lever loose
  33612km 3.Frt wheel abnormal sound when drive slowly
    4.3rd brake light sometimes mulfunction
8 25/5/2011 1.To check p/steering oil leak. Order p/steering pump
  24213 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.P/steering oil in side of the car.
  34951km 3.Pump assy oil
    4.P/steering oil pump assy replacement
9 10/1/2012 1.Check suspension not stable
  30904+30905 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.Front tyre bulging - replace tyre
  51005km 3.Check engine rough noise - tested ok
    4.Check all tyre pressure, all lights, all fluid level - done
    5.Replace wiper blades
    6.Check spare tyre tools cannot use - ok
10 25/4/2012 1.Radio unit sometimes off during driving
  35570 -Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.Fit man socket radio player - ok
  60761km 3.Engine rough sound during driving - suspect sound comes from engine compartment due to firewall groomet missing
    #Install rubber plug body
    # suggest to replace (iafm, purge valve)
    4.To check FR RH door rattling noise - put sponge at door lock actuator - done
    5.To refocus headlight - too low - ok
    6.Aircond blow less cold air - suggest to service aircond
11 19/6/2012 1.To replace IAFM & purge valve - EWP cases
  38471 -Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh #replace IAFM
  60762km #purge valve still ok
    2.To check engine abnormal sound when aircond was on 
    #replace belting due to noise - cause by belt cracked
    3.to check FR RH door rattling noise
    #readjusted & retightened internal part inside door trim
    4.To check gear lever loosed
    #replace spirn return - supplied by vendor
    #improvement part
    5.To refocus headlight - too low 
    #readjusted and refocus
    6.to check signal lever knob & wiper tank cap missing
    7.to service air-cond system - major
    #flushing aircond system (done by Alex contractor)
    #replace new expansion valve
    #replace new receiver dryer
    #replace new compressor oil
    #replace new gas R134A
12 8/8/2012 1.Rear got noise when cornering (while driving) tightened and lubricated
  39103 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.Front both side power window vibrate and noise when driving - lubricated
  71567km 3.Inside roof got black spot - suggest to replace it
13 24/10/2012 1.Steering wheel noise when turning rhs or lhs - suspect sound from lower arm
  40507 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.check brake noise when apply brake system (frt area) svc frt brake
  72900km  
14 5/11/2012 1.Readjusted & respray silicone 55-heater, air conditioner & ventilation
  41041 - Proton Edar Sdn Bhd, Jln Lahat, Ipoh 2.to replaced compressor oil assy
  78300km #replaced new compressor oil


Disediakan oleh:
Suresh Kumar
019-569 6964

Pemaju akur. Bila pula Kerajaan Pahang & Dato Palanivel mahu tunaikan janji?



Soalan 3 keluarga di Green Cow sempena Sambutan Kemenangan Perjuangan pada 20 Disember 2013

Pemaju LTT Development akhirnya akur dengan keselamatan penduduk yang menetap di Green Cow dan setuju untuk beri pampasan supaya 3 keluarga boleh bina rumah di tanah lain dan berpindah.

Perjuangan ini telah memakan masa 2 ½  tahun sebelum pemaju tunduk kepada permintaan penduduk. Green Cow merupakan satu isu di mana peneroka bandar diketepikan selepas tempat tersebut dimajukan oleh mereka.

Pada asalnya terdapat 7 keluarga yang membentuk Gabungan Penduduk Green Cow. Tetapi dengan kuasa polis yang di salah guna, kes mahkahmah, ugutan gangster & masuk campur wakil BN; maka akhirnya hanya tinggal 3 keluarga yang ingin berjuang.

Pelbagai rintangan dihadapi oleh penduduk, wakil PSM dan kawan-kawan lain yang turut membantu. Di antaranya ialah:
  1. Penduduk Green Cow sentiasa hidup dalam bahaya batu/tanah runtuh akibat projek LTT Development di atas rumah mereka.
  2. Penangkapan & pertuduhan 2 penduduk & 1 ahli PSM di bawah seksyen 341KK (halangan salah) & 506KK (ugutan jenayah) di Mahkahmah Majistrest Cameron & Mahkahmah Tinggi Temerloh pada November 2011. Penduduk menang di kedua-dua mahkahmah.
  3. Penangkapan & pertuduhan 2 penduduk lain di bawah seksyen 341KK (halangan salah) pada Julai 2012. Penduduk menang di Mahkahmah Majistret Cameron. Kes masih jalan di Mahkahmah Tinggi Temerloh.
  4. Penangkapan oleh polis Kuantan di hadapan Pejabat MB Pahang pada 10/7/12 kerana berkumpul minta MB campurtangan. Seramai 31 penduduk Cameron dan wakil PSM ditahan dalam lokap sehari.
  5. Permohonan injuksi terhadap penduduk oleh pemaju. Tetapi sebaliknya penduduk diberi injuksi untuk hentikan kerja pemaju di Mahkahmah Tinggi Kuantan.
  6. Ugutan gangster yang diupah oleh pemaju dan percubaan untuk merobohkan kandang kambing penduduk.
Selepas penangkapan penduduk Green Cow di Kuantan pada 10/7/2012, Dato Palanivel & MB Pahang, Dato Adnan Yaakob telah memberi kenyataan akhbar pada 18/7/2012 bahawa penduduk Green Cow akan diberikan tanah untuk membina rumah di tempat lain. Tetapi janji hanya kekal sebagai janji sahaja. Sehingga hari ini, 3 keluarga masih menanti tanah yang dijanjikan kepada mereka. Malah MB Pahang sekali lagi telah berjanji kosong bahawa masalah tanah di Pahang akan diselesaikan selepas PRU13 pada 23/12/2012.

Apakah yang dipelajari oleh penduduk Green Cow daripada kemenangan ini?
“Hanya apabila kita berjuang, mata dan telinga penindas mula buka. Kita bukan rampas hak orang lain, kita tuntut hak kita yang dirampas. Perumahan yang selamat adalah hak semua manusia. Untuk keuntungan pemaju, nyawa kita bukan boleh digadai. Kami sekarang lebih berani dan tahu cara untuk kendalikan manusia di sekeliling yang mahu menindas kami. Yang paling penting, kita mesti sentiasa bersatu untuk berjuang.” Saudari Vanitha.S, Penduduk Green Cow

Disediakan oleh: Suresh Kumar, Setiausaha PSM Cameron. Tel: 019-569 6964