Kempen Laporan Polis... Paksa Pegawai Daerah Cameron Turun Padang


11 JULAI 2009
Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, telah mengambil keputusan untuk membuat satu kempen laporan polis untuk memaksa Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato Hj Mohamad Noor, turun padang mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat yang berkaitan Pejabat Tanah Cameron. Ini adala kerana selepas mengadakan perjumpaan pertama pada 7 Januari 2009, Dato Hj Mohamad Noor enggan lagi berjumpa wakil-wakil MPR.

Kempen telah dimulakan di Blue Valley pada hari ini dengan peyertaan lebih dari 30 wakil MPR
Kempen ini akan diperluaskan ke seluruh Cameron Highlands pada hari-hari yang akan datang. Wakil-wakil MPR akan terus membuat laporan polis sehingga Dato Hj Mohamad Noor akur akan kehendak rakyat Cameron untuk berbincang dan menyelesaikan masalah mereka. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kempen ini, sila hubungi saya, Suresh Kumar di talian 019-5696964. Bersatulah rakyat Cameron untuk mewujudkan pemerintahan dari rakyat untuk rakyat...

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: