24 Julai 2009
Pada hari ini, seorang pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Tapah, En.Rohaizad, telah melawat ladang teh Blue Valley. Kami dari PSM Cameron telah dipanggil sebaik sahaja pekerja mendapat tahu kehadiran pegawai JTK. Ini adalah berkenaan isu gaji bulan Jun 2009 yang lewat dibayar. Ini adalah kali ketiga gaji pekerja Blue Valley lewat dibayar dalam setahun yang lepas. Gaji hanya dibayar pada hari ini setelah laporan polis dan aduan di JTK dibuat.
Majikan juga telah cuba membalas dendam terhadap pekerja yang telah membuat laporan polis dengan memberikan mereka kerja yang lebih susah. Perkara ini juga telah diadu kepada En.Rohaizad. Beliau telah berjanji untuk memfailkan kes terhadap Blue Valley Plantation Berhad di Mahkamah Majistret Tapah kerana lewat membayar gaji pekerja dan meminta majikan supaya tidak menghukum pekerja yang membuat laporan polis.
Suresh Kumar
PSM Cameron
No comments:
Post a Comment