Lawatan Ke Sg Siput Dan Klebang



19 Julai 2009

Pada hari ini, kami dari PSM Cameron dan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) Cameron telah mengadakan satu lawatan ke Klebang dan Sg Siput. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui perjuangan yang telah dijalankan di kawasan-kawasan dan apakah pengajaran yang boleh didapati dari perjuangan ini.

Perjalanan kami terlambat akibat peserta yang lambat tiba dan tayar bas yang bocor.

Kami telah melawat Klebang dan di situ kami telah disambut secara meriah oleh bekas penduduk-penduduk ladang dan kampung baru yang pernah berjuang mendapatkan hakmilik tanah. Mereka dikategori sebagai "penduduk haram" atas sebab mereka tidak mempunyai LPS atau geran. Tetapi mereka ini adalah peneroka yang telah mula mendiami kawasan itu dan disebabkan oleh pendudukan mereka, kawasan itu telah maju dan berkembang. Maka mereka harus dikenali sebagai "Peneroka Bandar", bersesuaian dengan fungsi mereka.

Seterusnya kami telah melawat Ldg Kamiri di Sg Siput. Di situ kami juga telah disambut dengan bendera merah PSM dan lagu perjuangan. Seterusnya makanan tengahari telah dihidangkan. Murugama, wakil dari pekerja Ldg Blue Valley telah memberi sedikit penerangan mengenai perjuangan mereka. Beberapa ucapan oleh wakil-wakil Ldg Kamiri dan kawasan sekelilingnya telah diadakan.

Seterusnya kami telah dibawa melawat ke Kg KTM, Sg Buluh di Sg Siput. Kawasan ini adalah kawasan di mana penduduknya telah berjaya mendapatkan lot baru akibat pembinaan landasan berkembar di kawasan rumah mereka.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: