Forum PSM Enggan Diberi Kelulusan Menggantung Banner

26 September 2008

Forum PSM yang akan diadakan pada 5 Oktober 2008 enggan diberikan permit untuk menggantung banner oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH). Alasannya ialah permohonan menggantung banner mesti mendapat kelulusan polis. Dan polis tidak mahu memberikan ulasan kepada MDCH.

Ini bukanlah kali pertama kami dihalang dari menggantung banner. Pada Januari 2008, kami juga turut dihalang dari menggantung banner mengenai Forum ISA. Selepas bantahan, permit menggantung banner hanya diberikan 2 jam sebelum forum tersebut diadakan.

Kali ini kami telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah, En.Yahaya untuk membincangkan kelulusan memasang banner. Di dalam perbincangan tersebut, kami mendapati En.Yahaya cuba memutarbelitkan isu ini. Di antara pernyataan beliau di dalam perbincangan tersebut ialah:
  1. Ini adalah negara demokrasi dan sosialisma tidak boleh dibincangkan di negara ini.
  2. Isu Hak Pekerja tidak boleh dibincangkan.
  3. Isu permit untuk menggantung banner bargantung sepenuhnya pada MDCH dan bukannya polis.
Mengikut Artikel 10 Perlembagaan Malaysia, rakyat Malaysia dijamin hak untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat. Tetapi di Cameron, memasang banner pun sudah menjadi isu keselamatan. Ini belum lagi berkumpul untuk menyuarakan pendapat.

Kami sudah pun menghantar satu surat meminta MDCH dan pihak polis Cameron mempercepatkan kelulusan memasang banner. Aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) . Tetapi sehingga ke saat ini, tiada jawapan.

Pergerakan rakyat sudah lama terkubur di Cameron Highlands. Tiada usaha dibuat untuk mengadakan forum atau perbincangan tulin sesama rakyat. Ini menyebabkan pihak-pihak berkuasa Cameron angkuh dengan kuasa mereka. Tetapi mereka perlu ingat bahawa kuasa sebenar hanya ada pada tangan RAKYAT CAMERON!

Kemungkinan besar kami tidak akan dapat menggantung banner kami untuk Forum PSM kali ini. Tetapi perjuangan untuk rakyat akan diteruskan.

Hidup Sosialisma Dan Kuasa Rakyat!!!!!!!!

Suresh Kumar
PSM Cameron

1 comment:

Ven said...

Saudara, these ppl r always like this. But we managed 2 survive them. We think realistic n do the impossible. GO PSM. :)