5 November 2009
Pada hari ini, satu memorandum beserta 1000 tandatangan penduduk Cameron telah dihantar kepada Pengarah LPKP, Datin Naimah. Memorandum ini adalah berkenaan perkhidmatan bas berhenti-henti di Cameron yang hampir lumpuh.
Saya bersama-sama beberapa wakil Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) telah pergi terus ke Pejabat LPKP tanpa mendapatkan sebarang temujanji. Ini adalah kerana sebelum ini, permintaan untuk temujanji tidak dilayan. Sila baca tulisan saya mengenai isu ini dalam Tindakan Pro-Aktif... LPKP Di Pihak Siapa?
Perkhidmatan bas berhenti-henti di Cameron dijalankan oleh The Regal Transport Company Sdn Bhd. Beberapa masalah yang telah dikemukakan adalah seperti:
- Bas yang lama dan kerap kali rosak (tidak selesa)
- Bas tidak mengikut jadual
- Kekerapan bas terlalu lama
- Masalah-masalah pekerja bas yang membawa kesan kepada perkhidmatan bas
- Perjalanan bas yang tamat di Kg Raja dan bukannya Blue Valley
Datin Naimah juga telah berjanji untuk bertemu semula dengan kami dalam masa 2 bulan.
Suresh Kumar
PSM Cameron