Sessi Dialog Bersama Pesuruhjaya SUHAKAM



28 MAC 2010

Pada hari ini, satu sessi dialog telah diadakan di antara pesuruhjaya SUHAKAM, Dato N.Siva Subramaniam dengan rakyat-rakyat Cameron Highlands yang mempunyai masalah dengan Pejabat Daerah Cameron. Sebanyak 35 orang telah menghadiri sessi dialog pada hari ini.

8 kes lama beserta 6 kes baru telah dikemukakan kepada Dato Siva.Setiap pengadu telah memberikan penerangan secara ringkas mengenai kes mereka.Soalan-soalan juga telah dikemukakan oleh Dato Siva berkenaan kes-kes ini.Pengerusi Parti DAP Cameron, Sdr.Appalasamy@Simmathiri yang hadir juga telah memberitahu sessi bahawa masalah ini sudah wujud sejak 20 tahun dahulu dan rasuah sudah berakar-umbi di dalam Pejabat Daerah Cameron Highlands.

Manakala Sdr Kumarasalvam telah memberitahu bahawa banyak rumah kos rendah diberikan kepada orang yang berada di Cameron dan bukannya kepada rakyat yang miskin. Rumah-rumah ini kemudiannya dijual kepada mereka yang memerlukan dengan harga yang lebih tinggi.

Pada penghujung sessi ini, Dato Siva telah berjanji untuk melawat tempat-tempat yang terbabit pada 6 & 7 April 2010.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: