21 Ogos 2010
Satu ceramah ANTI-INSINERATOR yang diadakan di Blue Valley pada hari ini tidak mendapat sambutan. Hanya lebih kurang 20 orang sahaja hadir. Kebanyakkan yang hadir adalah ahli-ahli MPR.
Tujuan ceramah ini diadakan adalah kerana pembinaan insinerator di Blue Valley. Insinerator adalah tempat pembakaran sampah yang memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sila baca Kempen Anti-Insinerator Di Cameron Sudah Bermula.
Ceramah ini tidak begitu mendapat sambutan kerana:
- kurang kesedaran di kalangan penduduk Blue Valley mengenai bahaya insinerator
- pertukaran lokasi ceramah di saat terakhir akibat penarikan balik dewan kuil Blue Valley
- tingkahlaku polis Kg Raja yang membuat rondaan berkali-kali di kawasan ceramah
Suresh Kumar
PSM Cameron
No comments:
Post a Comment