Majlis Makan Malam PSM Cameron 2010



KUASA KEPADA RAKYAT!

16 NOVEMBER 2010

Tuan & Puan,
Permintaan Untuk Menyumbang Kepada Tabung Perjuangan PSM Melalui Majlis Makan Malam 2010 PSM Cameron Highlands
Merujuk kepada perkara di atas, PSM Cameron akan mengadakan satu Majlis Makan Malam mengikut butir-butir seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2010 (Ahad)
Tempat: Hotel Century Pines, Tanah Rata, Cameron Highlands
Masa: 7.30 petang
Harga tiket: RM 50.00

2. Tujuan Majlis Makan Malam ini diadakan adalah untuk mengisi Tabung Perjuangan PSM Cameron dan membayar sewa Pejabat PSM di Tanah Rata. Majlis Makan Malam ini diadakan setiap tahun.

3. Sepanjang 1 tahun yang lepas, PSM Cameron telah mengatur banyak program untuk memperkukuhkan kuasa rakyat. Di antara program-program tersebut ialah:
  • menyatukan rakyat Cameron untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah, rumah dan gerai. Kini kami sedang menunggu temujanji daripada MB Pahang selepas Pegawai Daerah Cameron enggan menyelesaikan masalah ini. Pihak SUHAKAM juga telah dijemput untuk menilai penafian hak untuk memiliki tanah dan mencari nafkah.
  • menyatukan pegerai-pegerai kecil di Kea Farm dan menentang pengusiran paksa yang cuba dilakukan oleh pemaju bersama Pejabat Daerah & Kerajaan Pahang.
  • mengadakan ceramah-ceramah kecil menerangkan hak-hak penduuduk dan keadaan sosial-politik-ekonomi di Malaysia.
  • menentang pembinaan Insinerator di Blue Valley yang akan memusnahkan alam sekitar dan kesihatan manusia.
  • mendesak kerajaan mengambil langkah membaiki sistem pengangkutan bas berhenti-henti di Cameron Highlands yang hampir lumpuh.
  • memohon melalui kuasa rakyat untuk pembinaan kemudahan awam.
  • penyerahan memorandum kepada jabatan kerajaan untuk memperbaiki sistem kerja mereka.
  • menyertai program nasional yang mengukuhkan kuasa rakyat dan menentang kezaliman seperti Sambutan Hari Pekerja 2010 dan Protes 50 Tahun ISA.
  • pengedaran risalah kepada rakyat Cameron mengenai isu-isu yang sedang berlaku di peringkat Cameron dan Nasional.
  • membuka Pusat Khidmat Rakyat di pejabat PSM untuk menangani masalah-masalah rakyat setiap Rabu, 7-8pm. 4.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti kami, anda boleh melawat laman web kami di www.psmcameron.blogspot.com.

5. Kami amat memerlukan dana untuk mengorganisasi rakyat dan berjuang untuk hak mereka. Sumbangan tuan/puan akan membolehkan kami memperkukuhkan lagi kuasa rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur di Cameron Highlands secara khusus dan di Malaysia secara amnya.

6. Sebarang sumbangan boleh dibuat terus kepada alamat di atas. Anda boleh menghubungi saya sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Suresh Kumar
Setiausaha,
PSM Cawangan Cameron Highlands.
019-569 6964

No comments: