Mengambil Bahagian Dalam Penamaan Calon Di PRK N28 Kerdau, Pahang



26 Februari 2011

Pada hari ini, saya mengambil bahagian di dalam proses penamaan calon untuk PRK N28 Kerdau di Temerloh. Penamaan calon telah diadakan di Dewan Tun Razak di Temerloh. Perjalanan dari Cameron Highlands mengambil masa 4 jam.

Calon PAS, Hassanuddin Salim merupakan calon yang sama dari PRU tahun 2008. Pada tahun 2008, beliau tewas kepada calon UMNO dengan majoriti 1615 undi. DUN Kerdau terdiri dari 8999 pengundi dengan 90% pengundi Melayu, 5.5% pengundi Cina dan 3% pengundi India.

Turut hadir pada hari penamaan calon ialah Tuan Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (Pengerusi PAS Pahang). Ramai juga wakil-wakil rakyat PR turut hadir untuk memberi sokongan.

Pengundian akan dijalankan pada 6 Mac 2011. Harap calon PAS sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti kemenangan BN.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: