S: Adakah incinerator cara yang paling bagus untuk selesaikan masalah sampah sarap?
J: Incinerator bukanlah cara terbaik untuk memproses sampah sarap. Cara terbaik adalah dengan kitar semula yang dinamakan proses “Zero Waste”. Cara ini lebih baik dari membakar sampah di dalam incinerator. Lebih-lebih lagi di Cameron Highlands, di mana 60% sampahnya terdiri daripada bahan organik. Cara ini sudah dijalankan secara berjaya di Kovalam, India yang merupakan sebuah destinasi pelancungan dan mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama dengan Cameron Highlands. Kovalam juga dikunjungi lebih dari 100,000 pelancung setiap tahun.
S: Apakah bukti incinerator boleh menyebabkan pencemaran?
J: Banyak bukti telah diperolehi bahawa incinerator boleh menyebabkan pencemaran. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagaian iaitu pencemaran:
1. kepada udara, tanah, tumbuh-tumbuhan dan sungai
2. kepada pekerja yang bekerja di incinerator
3. kepada manusia yang tinggal berhampiran incinerator
4. kepada manusia dan alam sekitar yang tinggal berjauhan tetapi melalui "chain effect" dari 3 cara di atas.
Untuk membaca lebih lanjut, layari laman web http://www.no-burn.org
S: Tempat-tempat pelancungan yang lain (Pulau Langkawi dan Tioman) juga telah dibina incinerator tetapi tiada masalah. Bagaimana masalah boleh wujud hanya untuk incinerator di Cameron Highlands sahaja?
J: Bagaimana kita tahu bahawa tiada masalah di tempat-tempat pelancungan yang lain yang mempunyai incinerator? Jika jawapan “tiada masalah” itu diterima dari kontraktor yang membina/menjalankan incinerator, maka jawapan ini tidak boleh diterima kerana pihak ini memunyai kepentingan dalam menjayakan pembinaan incinerator. Jika jawapan “tiada masalah” diperolehi dari Kerajaan BN, jawapan ini juga tidak boleh diterima kerana kerajaan BN adalah pihak yang menggalakan pembinaan incinerator sebagai penyelesaian pengurusan sampah sarap. Satu kajian teliti harus dibuat oleh kerajaan BN bersama-sama pihak yang menentang pembinaan incinerator dan rakyat. Kajian ini sepatutnya dibuat sebelum incinerator dibina.
S: Jika incinerator bukan cara terbaik mengurus sampah, adakah jika sampah sarap ditanam dalam tanah (landfill) merupakan cara yang lebih baik? Bukankah cara “landfill” akan mempengaruhi air di bawah tanah?
J: Landfill merupakan cara pengurusan sampah yang lebih buruk berbanding incinerator. Cara terbaik pengurusan sampah di Cameron Highlands adalah “Zero Waste”.
S: Adakah kumpulan yang menentang incinerator hanya berbuat demikian semasa musim pilihanraya?
J: PSM Cameron bersama beberapa kumpulan lain telah memulakan kempen menentang incinerator sejak Jun 2010. Ini bukanlah aktiviti yang hanya dibuat untuk pilihanraya.
S: Adakah pembinaan incinerator hanya ditentang oleh sekumpulan kecil penduduk tetapi menguntungkan berjuta-juta penduduk lain?
J: Pembinaan incinerator hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang diberi kontrak membina incinerator; tetapi bukan penduduk. Pembinaan incinerator di Cameron memakan belanja RM41 juta. Satu pembaziran yang amat ketara.