Pengundi Cameron akan menolak BN di PRU13 - Bukti lebih 500 penduduk Cameron hadir di "Malam Salam Perjuangan" Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron


5 April 2013
Sambutan yang diperoleh untuk "Malam Salam Perjuangan" PSM Cameron pada malam 5 April 2013 adalah sangat menggalakkan. Dewan Hotel Equatorial sesak dengan lebih 500 penduduk Cameron yang telah menghadiri majlis tersebut untuk memberi sokongan kepada PSM Cameron dan mendengar ucapan tetamu khas seperti Dato Ambiga (Pengerusi BERSIH), Wong Tack (Pengerusi Himpunan Hijau), Dr.Jeyakumar (Ahli Parlimen PSM Sg Siput), Bawani (Aktivis Pelajar Menuntut Pendidikan Percuma) dan Zulkefly Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat).

Turut dalam majlis tersebut, klip video perjuangan PSM di Cameron Highlands telah ditayangkan. Turut hadir dan berucap ialah wakil JARICH (Jaringan Tanah & Wilayah Adat Orang Asal Cameron Highlands), Seman Bah Tow dan Narbi Mat. Mereka telah menerangkan masalah yang dihadapi oleh Orang Asal di Cameron dan kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh JARICH. Satu klip video JARICH juga telah ditayangkan.

Dalam majlis ini juga, kutipan wang telah dibuat untuk membolehkan JARICH membeli peralatan GPS yang akan digunakan untuk di dalam "Community Mapping" wilayah adat mereka. "Community Mapping" ini kemudian akan digunakan untuk  menuntut semula hak tanah adat OA di mahkahmah. Kutipan sebanyak RM3500 telah disumbangkan oleh hadirin. 

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Setiausaha PSM Cameron, Suresh Kumar dan pemberian peralatan menulis kepada kanak-kanak oleh Dato Ambiga. Walaupun para hadirin terpaksa membeli tiket dengan harga RM70 untuk majlis ini, namun semangat penduduk Cameron untuk membawa perubahan di dalam PRU 13 amat jelas. Malah sumbangan RM3500 oleh tetamu kepada JARICH juga merupakan bukti bahawa penduduk Cameron simpati dengan masalah OA di bawah pentadbiran BN.

Hadiran ke majlis ini membuktikan bahawa walaupun mereka tidak diberi pengangkutan percuma, makanan percuma dan duit, mereka akan tetap menyokong PSM Cameron dan bersemangat untuk  perubahan di dalam PRU13 yang akan datang. Nampaknya taktik Dato G.Palanivel (calon BN Parlimen Cameron Highlands) tidak begitu berjaya menarik perhatian penduduk Cameron kepada BN.  

Disediakan oleh:
Suresh Kumar
Setiausaha
PSM Cameron Highlands

No comments: