Baru-baru ini, saya terkejut apabila mendengar
tuduhan bahawa Calon DAP utk Parlimen Cameron, Manogaran, kalah sebanyak 462
undi terhadap Palanivel kerana saya & PSM Cameron. Saya sedih apabila
dengar tuduhan begini dibuat oleh beberapa penyokong & ahli PSM sendiri
tanpa sebarang bukti.
Di antara tuduhan tersebut ialah:
1. Saya telah minta ahli & penyokong PSM
Cameron undi Palanivel (BN).
2. Saya telah minta ahli & penyokong
PSM Cameron buat undi rosak.
3. Saya tidak ikhlas tolong Manogaran DAP
dlm kempen PRU13.
4. PSM Cameron telah sokong Calon BEBAS di
DUN Tanah Rata (Dr Cheam May Choo) menyebabkan kekalahan Manogaran DAP di
Parlimen Cameron.
4. Saya dgn sengaja telah minta ahli PSM
Cameron utk menjadi PACA utk Dr.Jeyakumar (PSM) di Sg Siput. Ini menyebabkan
Manogaran DAP kekurangan sukarelawan.
5. Saya telah pergi ke Sg Siput pada hari
undi 5/5/2013 kerana tidak mahu tolong Manogaran DAP.
6. Saya hanya menolong Manogaran DAP dalam
1 minggu terakhir.
7. Semua keputusan berkenaan kempen Manogaran
DAP dibuat oleh saya sendiri di dlm PSM Cameron. Tiada demokrasi.
8. Saya sangat ‘greedy’ utk bertanding
& menjadi MP.
Bukan itu sahaja... Malah kredibiliti saya
juga telah difitnah. Saya dikatakan terlalu miskin sehingga tidak dpt membayar
bil-bil saya dan ada pihak membantu saya membayar bil. Maka itu, saya dikatakan
tidak layak bertanding dlm PRU13. Saya memang miskin; tetapi saya tidak pernah
minta sesiapa pun membayar bil-bil saya.
Berikut ialah beberapa kebenaran yang
ingin saya tegaskan.
1. Saya tidak PERNAH minta sesiapa pun utk
undi Palanivel (BN) atau jadikan undi rosak. Sebenarnya, undi rosak dlm PRU13
telah berkurang kpd 3.9% dari 7.2% pd PRU12.
2. PSM Cameron telah mula kempen utk
Manogaran DAP sejak 28/4/13 kerana permintaan rakyat Cameron & juga dr
luar. Sebelum 28/4/13, PSM Cameron dlm dilemma kerana tidak setuju dgn DAP yg
tidak mahu beri laluan kpd PSM Cameron 1 lawan 1 dgn Palanivel. Tetapi PSM
Cameron telah berubah pendiriannya kerana hormat kpd pendapat rakyat yg mahu
kami tolong Manogaran DAP utk tumbang BN.
3. PSM Cameron telah edar lebih 4000
risalah Manogaran DAP di DUN Tanah Rata & Jelai.
4. Sepanjang kempen PRU13, saya telah
berucap dlm 3 ceramah DAP di Cameron; Sg Koyan, Kg OA Lembah Bertam & Kg
Raja.
5. Saya telah bersama penyokong DAP pada
hari undi 5/5/13 di 3 tempat di Cameron; SMK Ringlet, SMK Sultan Ahmad Shah
& SJKC Kuala Terla. Saya hanya berlepas ke Sg Siput pukul 1pm bersama komrad
Siva.
6. Saya tidak faham bagaimana sokongan PSM
Cameron kpd calon BEBAS Dr.Cheam boleh menyebabkan kekalahan Manogaran DAP. PSM
Cameron sokong Dr.Cheam kerana beliau adalah calon tempatan & telah
tandatangan 22 Point Aku Janji oleh PSM Cameron. Untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai Dr.Cheam, kunjungi www.cheammaychoo.com.
7. Dr.Kumar adalah calon PSM yg telah
kalahkan Samy Vellu pd PRU12 di Sg Siput. Kali ini beliau berdepan dgn Devamany
(BN). Devamany ialah bekas MP Cameron. Pertolongan saya & PSM Cameron kpd
Dr.Kumar ialah di atas dasar solidariti sesama ahli PSM. Di samping itu, kami
telah mendedahkan Devamany yg gagal selesai banyak isu di Cameron.
8. PSM Cameron mengamalkan sistem
demokrasi dlm semua mesyuaratnya. Semua ahli dibenarkan bersuara &
keputusan diambil berdasarkan pendapat majoriti.
9. PSM Cameron cadang utk jadikan saya sbg
calon pd PRU13 di atas keputusan kumpulan. Saya bukan membuat keputusan
tersebut bersendirian dan PSM Cameron bertanding & menang utk menolong
& bersama rakyat.
Saya berpendapat semua tuduhan ini dibuat
utk memberikan gambaran yg buruk terhadap saya & PSM Cameron. PSM Cameron
telah bersama rakyat Cameron selama 10 tahun yg lepas. Kami banyak mengenali
rakyat melalui perjuangan & kes2 di Pusat Khidmat PSM Cameron.
Sesiapa yg mempunyai bukti bahawa saya
telah buat kerja sabotaj terhadap Manogaran DAP diminta tampil ke hadapan. Berikan
bukti tersebut kpd saya & rakyat Cameron.
Kepada kawan2 yg tidak boleh menerima
fakta kekalahan Manogaran DAP di Cameron:
1. analisa keputusan PRU13 kenapa
Manogaran DAP kalah di Cameron
2. kumpulkan bukti penipuan jika ada
3. fail petisyen pilihanraya di mahkahmah
jika ada cukup bukti
Sekian.
Suresh Kumar
PSM Cameron
No comments:
Post a Comment