2 pengedaran risalah: "Serangan Terhadap Hospital Kerajaan" dan "Perbincangan Pendidikan di Ladang Boh"



27 Februari 2009

Kali ini, kami telah membuat 2 pengedaran risalah dalam masa 2 hari. Risalah-risalah ini adalah berkenaan Pengswastaan Sistem Kesihatan Malaysia (27 Feb) dan Perbincangan Pendidikan di Ladang Boh (26 Feb). Pengedaran risalah memang amat kurang dibuat di Cameron Highlands oleh kami. Ini adalah kerana kekurangan tenaga. Namun, kedua-dua pengedaran kali ini telah dibantu oleh beberapa tenaga muda Cameron.

Edaran risalah pada 27 Feb adalah berkenaan SERANGAN PENGSWASTAAN TERHADAP HOSPITAL KERAJAAN. Risalah ini diterbitkan oleh Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan. Pengedaran risalah ini dibuat serentak di seluruh Malaysia. Kandungan risalah tersebut akan diterbitkan di 'blogspot' ini tidak lama lagi. Pengedaran risalah telah dijalankan di
  1. Pejabat Tanah & Daerah
  2. Pejabat JKR
  3. Kawasan Mahkahmah Majistret
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Pejabat MARA
  6. Majlis Daerah
  7. Jabatan Kesihatan
  8. Pejabat Haiwan
  9. Jabatan Pendaftaran Negara
  10. Sekitar bandar Tanah Rata
Respons yang diberikan oleh penduduk adalah cukup meberangsangkan. Ramai yang bertanyakan kandungan risalah dan meminta kami mengedarkan di lebih banyak tempat.

Risalah yang diedarkan pada 26 Feb ialah berkenaan Perbincangan Pendidikan yang akan diadakan di Ladang Boh pada 1 Mac 2009. Tujuan perbincangan ini adalah untuk mencungkil idea-idea baru untuk menolong pelajar-pelajar di Ladang Boh. Perbincangan ini terbuka kepada semua kaum di Ladang Boh; iaitu Melayu, India dan Asli. Sambutan yang diterima ketika pengedaran ini juga amat baik.

Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: