MPR Ke-5 Membincangkan Isu Ekonomi



21 Februari 2009

Pada hari ini, perjumpaan MPR yang ke-5 telah diadakan. Banyak isu telah dibincangkan seperti:
  1. kempen tandatangan meminta kerajaan masuk campur memulihkan perkhidmatan bas awam Cameron.
  2. forum POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA yang akan diadakan tidak lama lagi.
  3. Majlis Makan Malam PSM yang akan diadakan pada 16 Mei 2009.
  4. pusat pembelajaran yang akan cuba diwujudkan di Ladang Boh tidak lama lagi.
  5. kempen pengedaran risalah Menentang Pengswastaan Sistem Kesihatan Awam
Tetapi yang lebih rancak dibincangkan pada akhir ialah isu ekonomi meleset yang sedang melanda seluruh dunia pada masa sekarang. Pendapat rakyat yang hadir telah ditanya mengenai apakah kesannya kepada penduduk di Cameron Highlands. Banyak idea telah diutarakan seperti:
  1. harga sayur yang rendah.
  2. kos membeli racun dan baja yang semakin bertambah. Ketika harga petrol naik, harga barangan ini telah naik 50%. Tetapi selepas harga petrol turun, hanya 5% harga barangan ini turun.
  3. pemandu 'land-rover' yang kehilangan kerja akibat kerja diberikan kepada pekerja asing. Pekerja asing sanggup memandu untuk gaji yang jauh lebih rendah.
  4. lesen tanah pertanian yang baru atau lama yang tidak ingin diberi oleh Pejabat Tanah Cameron walaupun sudah berkebun begitu lama.
Kami juga telah mendapat lawatan Sdr Arumugam, seorang aktivis dari Kuala Lumpur. Beliau juga telah dijemput memberikan sepatah-dua kata. Di dalam ucapannya, beliau telah menekankan beberapa perkara seperti:
  1. inilah masanya untuk pemuda/i turun dan bergiat dalam aktiviti sosial kerana keadaan ekonomi dan politik yang begitu dinamik.
  2. semua rakyat negara ini perlu menanggap bahawa ini adalah negara kita; dan oleh sebab itu, kita harus mempertahankan hak kita dan rakyat yang lain apabila ia terancam.
Suresh Kumar
PSM Cameron

No comments: