Parti Sosialis Malaysia Cameron Highlands telah mula beroperasi sejak tahun 2005 dengan penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Cameron. Nama pusat khidmat ini diubah kepada Pusat Khidmat PSM dan telah dilancarkan semula pada 3 Mei 2008.
32 hari tidur di khemah, bimbang dihempap batu - Harakah
CAMERON HIGHLANDS:
Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di kawasan Green Cow di sini
diancam tanah runtuh ekoran sikap pemaju mementingkan keuntungan
sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.
Penduduk mendakwa, syarikat pemaju LTT Development Sdn Bhd dan Ng Yeet Ng giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah bukit untuk projek pembangunan di kawasan itu sehingga terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk di bawah cerun.
Kini seramai 38 penghuni di kediaman-kediaman itu diancam bahaya bukan sahaja tanah runtuh, malah beresiko dihempap batu-batu besar berdiameter lebih 5 meter.
(Gambar: Batu besar yang menggelongsor ke bawah cerun hampir-hampir menghempap kediaman penduduk)
Menurut salah seorang penduduk S.Marapan, beliau kini terpaksa meninggalkan rumah yang didiami lebih 40 tahun itu dan membina khemah di atas bukit tersebut sejak 25 Mei lalu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.
"Hari ini sudah masuk 32 hari kami tidur di khemah ini. Sehingga kini tiada pihak yang peduli nasib kami," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Selain ancaman tanah runtuh, penduduk juga mendakwa kerja-kerja meratakan tanah itu menyebabkan air lumpur mengalir turun ke kediaman mereka sehingga menyebabkan banjir lumpur.
(Gambar: Marapan menunjukkan keadaan kediamannya dan penduduk lain yang diancam tanah runtuh)
Menurut Marapan lagi, pelbagai pihak telah dimaklumkan berhubung permasalahan mereka itu.
Ianya termasuk mengadakan perbincangan dengan jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar.
Namun sehingga kini katanya tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah itu.
(Gambar: Banjir lumpur melanda penduduk ekoran kerja-kerja meratakan tanah)
Seorang surirumah, Vennetta mendakwa sejak kerja-kerja meratakan tanah itu dilakukan, beliau sering tidak dapat tidur malam kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada keluarganya.
"Bila hujan sahaja, saya mula bimbang takut berlaku tanah runtuh.
"Sejak beberapa bulan ini saya susah nak tidur, risau keselamatan kami," kata ibu kepada tiga orang anak itu.
Ekoran tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, penduduk kini bertindak menghalang jentolak syarikat pemaju dari meratakan tanah di kawasan cerun berhampiran kediaman mereka.
Bagaimanapun difahamkan mereka berdepan ancaman samseng upahan pemaju yang mengganggu dan mengugut mereka.
Menurut mereka lagi, sehingga kini sudah lebih 10 laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil.
Malah hasil tindakan menghalang pemaju melakukan kerja-kerja meratakan tanah itu, tiga dari mereka didakwa di Mahkahmah Majistret Cameron Highlands.
Keluhan dan kebimbangan mereka selama ini diperjuangkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berusaha menyelesaikan masalah meraka.
Semalam, Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat turut dibawa melawat ke tapak perkhemahan mereka bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi mereka.
Rombongan diketuai Pengerusi Lajnah Zulkefly Mohamad Omar, ahli jawatankuasa yang lain, Setiausaha PSM S. Arutchelvan serta wakil PKR dan DAP Cameron.
Wakil PSM Cameron, Suresh Kumar berkata, penduduk kini bertekad tidak akan berganjak dari tapak perkhemahan selagi tiada sebarang jaminan keselamatan dari pihak pemaju dan kerajaan negeri.
"Selagi tiada sebarang jaminan dari pemaju, kita akan terus berada di sini dan menghalang jentolak dari melakukan kerja-kerja meratakan tanah ini," katanya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11315-32-hari-tidur-di-khemah-bimbang-dihempap-batu

Nazri Abdullah, | 28 Jun 2012 |
Timbalan Perdana Menteri: Bila Hendak Selesai Masalah-Masalah Lain Rakyat Cameron?
PSM Cameron ingin mengucapkan terima kasih
kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah menjanjikan
beberapa peruntukan untuk membina/menaik taraf struktur awam di Cameron
Highlands. Peruntukkan berjumlah RM3.9 juta ini telah dijanjikan melalui
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaaob yang telah hadir ke Cameron pada
21 Jun 2012 (NST 22/6/2012).
Di antara janji-janji manis yang telah
diberikan ialah seperti RM2 juta untuk pembinaan sebuah Dewan Serbaguna
Masyarakat Indian di Cameron, RM1 juta untuk menaiktaraf padang bola sepak di
Cameron dan RM900,000 untuk membina 6 gelanggang futsal (NST 22/6/2012).
Walaupun 30% ke 40% peruntukkan untuk
projek-projek ini akan lesap melalui sebutharga tinggi dan pengurusan kerja
yang lemah, namun jika janji-janji ini ditunaikan, ia adalah bagus kerana
struktur-struktur untuk kegunaan rakyat akan dibina/ dinaik taraf.
Tetapi adakah ini sahaja merupakan masalah
rakyat di Cameron? Berikut ialah beberapa masalah rakyat yang tidak diendahkan
oleh kerajaan dan wakil rakyat BN dalam 54 tahun pemerintahan:
- Petani kecil tidak diberi lesen TOL dan terpaksa menanggung banyak masalah akibat tersebut. Walhal, kroni BN boleh membuka kebun-kebun sayur yang luas.
- Permohonan untuk kawasan rumah/gerai ditolak dan kawasan tersebut diberikan hakmilik untuk kroni BN. Permohonan ini adalah dari peneroka bandar yang berpendapatan sederhana dan telah memajukan kawasan itu pada mulanya.
- Ibu tunggal tidak diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka.
- Masalah kesesakan lalulintas akibat perancangan laluan trafik dan struktur bandar yang kucar-kacir.
- Masalah pencemaran air sungai akibat penggunaan racun perosak dan baja secara tidak terkawal.
- Masalah pembukaan hutan yang berleluasa dan kemusnahan flora&fauna tanpa terkawal untuk tujuan projek-projek mega/berkebun oleh kroni-kroni BN.
- Pengurusan sampah yang tidak mesra alam(ditimbus tanah) dan kni Insinerator pula dibina untuk membakar sampah. Insinerator boleh menyebabkan pencemaran yang serius terutamanya di kawasan tanaman seperti Cameron.
- Kebanyakkan pekerja seperti pemandu land-rover, pemandu lori sayur dan pekerja hotel dan restoran tidak mempunyai perlindungan bencana pekerjaan seperti PERKESO.
- Tiada projek perumahan kos-rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana. Kebanyakkan projek-projek perumahan yang diluluskan di Cameron adalah sangat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana.
- Sistem pengangkutan bas awam berhenti-henti yang sudah hampir lumpuh di Cameron.
- Jalanraya yang telah rosak dan tidak dibaiki seperti jalan Tapah-Ringlet.
Bagaimana
dan bila kerajaan BN ingin atau akan cuba menyelesaikan masalah-masalah
seperti di atas? Gula-gula pilihanraya
seperti peruntukkan RM3.9 juta adalah bertujuan untuk mengaburi mata rakyat
dari melihat masalah-masalah sebenar di Cameron Highlands.
MB Pahang juga telah mengumumkan lesen TOL
di Cameron boleh diperbaharui untuk 3 tahun. PSM Cameron juga ingin mengucapkan
terima kasih untuk kemudahan ini. Pekebun tidak perlu berulang-alik setiap
tahun ke Pejabat Daerah & Tanah untuk tujuan ini. Tetapi bagaimana dengan
pekebun yang tidak mempunyai lesen TOL? Apakah sudah jadi dengan janji MB Pahang
kepada rakyat Cameron pada 9 April 2012 untuk melawat mereka dan menyelesaikan
masalah-masalah mereka termasuk isu lesen TOL?
Peruntukkan RM3.9 juta oleh kerajaan BN
menunjukkan ia terdesak untuk memenangi kawasan Cameron dalam PRU13 walaupun
wakil rakyatnya tidak pernah mengambil langkah untuk menyelesaikan
masalah-masalah rakyat di Cameron. Selagi kerajaan dan wakil rakyat BN
berpura-pura tiada masalah rakyat wujud di Cameron, selagi itulah BN sedang
menuju kekalahan di PRU13 di Cameron.
Disediakan oleh:
Suresh Kumar
019-569 6964
Inisiatif Pertama PSM Cameron Kurangkan Kesesakan Lalulintas Di Cameron Ketika Musim Cuti. Adakan Pegawai Daerah akan terima Memorandum dari PSM?
25 JUN 2012
Parti Sosialis Malaysia (PSM),
Cawangan Cameron Highlands,
C1-G3, Blok C1, Royal Lily,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands.
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah & Tanah Cameron,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands. DENGAN TANGAN
Tuan,
Penyerahan Memorandum Berserta
Tandatangan Kepada Pegawai Daerah
Merujuk kepada perkara di atas, kami dari
PSM, parti-parti politik lain dan badan-badan NGO akan menyerahkan memorandum
kepada tuan mengikut butiran-butiran seperti di bawah:
Tarikh: 27 Jun 2012
Masa: 10
pagi
Tempat: Pejabat Daerah & Tanah Cameron
2. Penyerahan
memorandum ini adalah berkenaan permintaan rakyat kepada Jabatan-Jabatan
Kerajaan di Cameron supaya segera menyelesaikan masalah kesesakkan lalulintas
di Cameron ketika musim cuti sekolah. Kami juga mahukan rakyat turut dilibatkan
dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini.
3. Kami
berharap pihak tuan dapat menerima memorandum kami pada hari tersebut diikuti
dengan perbincangan mengenai isi kandungan memorandum. Kami juga telah
menjemput media untuk membuat liputan aktiviti ini. Kami akan menghargai segala
kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan untuk menyelesaikan masalah
kesesakan lalulintas di Cameron.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
SURESH KUMAR
Setiausaha
PSM Cawangan Cameron
019-569 6964
019-569 6964
PROGRAM MEDIA PSM-PAS-PGC & DIALOG BERSAMA RAKYAT CAMERON
PROGRAM MEDIA PSM-PAS-PGC & DIALOG BERSAMA RAKYAT BERKENAAN
PEMBANGUNAN TIDAK DIKAWAL, PEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
& MASALAH RAKYAT DI CAMERON HIGHLANDS
BERTEMPAT DI CAMERON HIGHLANDS
Rabu 27 JUN 2012
Rabu 27 JUN 2012
Objektif
(A)
Untuk menonjolkan pembangunan luas yang tidak
terkawal yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar secara besar-besaran
seperti pemotongan bukit, kemusnahan alam
semula jadi, pemusnahan flora & fauna asli, kemusnahan keindahan
alam semulajadi landskap, pencemaran air dan sumber air bagi pertanian
&
kegunaan manusia, penggunaan racun perosak yang tidak terkawal ,
tiada perancangan, pentadbiran yang tidak melibatkan rakyat, jalan
yang sesak & sistem lalulintas tidak teratur, sistem sanitasi yang
lemah dan pembinaan insinerator untuk melupus sampah. Sistem
pengangkutan bas awam yang hampir lumpuh, rasuah yang
berleluasa dan peranannya dalam kemerosotan alam sekitar.
(B)
Untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah penduduk Cameron
Highlands melalui sessi dialog.
(C)
Untuk melawat beberapa isu Hak Asasi Manusia yang telah
dilepas tangan oleh kerajaan BN Pahang seperti hak rumah, tanah bertani
dan gerai. Penduduk-penduduk ini telah berjuang sejak 4 tahun yang lalu.
(D)
Penyerahan Petisyen Tandatangan ke Pejabat Daerah Cameron Highlands
meminta melibatkan rakyat di semua peringkat perbincangan dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Peserta
Penganjur: PSM, PAS & PGC
Jemputan telah dihantar kepada Media, NGO, PSM, PAS, PGC, DAP CH & PKR CH
Rakyat CH untuk sesi dialog termasuk Orang Asal.
Program
10.00am
Penyerahan petisyen beserta 500 tandatangan kepada Pegawai Daerah Cameron di Pejabat Daerah Cameron.
11.00am – 1.00pm
Bertemu di Pejabat PSM Cawangan Cameron, 65B, Jln. Camelia 3, Juta Villa, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Beredar dari sana ke:
1. Lawatan ke rumah Ezumalai, Ringlet. Contoh ketidak adilan dalam pemberian tanah kepada rakyat Cameron oleh Kerajaan Pahang.
1. Lawatan ke rumah Ezumalai, Ringlet. Contoh ketidak adilan dalam pemberian tanah kepada rakyat Cameron oleh Kerajaan Pahang.
2. Gerai & rumah di Green Cow & Kea Farm. Contoh pembangunan diutamakan dari kepentingan rakyat oleh Kerajaan BN Pahang.
3. Kawasan tadahan air JBA Kuala Terla. Contoh pembukaan tanah pertanian tanpa kawalan oleh Pejabat Daerah Cameron Highlands.
4. Petani Blue Valley. Contoh ketidak adilan dalam pemberian tanah kepada rakyat Cameron oleh Kerajaan Pahang.
1.00pm
Makan tengah hari ringkas di Kg Raja & perjalanan kembali ke Tanah Rata.
2.30pm – 3.30pm:
Perjumpaan dengan Rakyat/Meet the Rakyat session
(Akan dipengerusikan bersama oleh PAS & PSM)
Semua rakyat Cameron Highlands akan dijemputhadir.
Kata-kata Aluan oleh Haji Zulkefly Mohamad bin Omar.
Pengurusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia PAS.
Taklimat & Pembentangan oleh Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron Highlands
Pembentangan oleh Encik Ramakrishnan (akan disahkan kemudian)
Presiden REACH
(Kualiti air, penggunaan racun perosak dan baja dalam pertanian sayur-sayuran)
Pembentangan oleh Dr Jayabalan, People's Green Coalition
(Cameron Highlands - Bencana Alam Sekitar Akibat Kemajuan)
3.30 pm
Sidang akhbar
Dipengerusikan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man & Haji
Zulkefly Mohamad bin Omar.
Kenyataan akhbar oleh PAS, PSM & PGC.
Untuk keterangan lanjut hubungi:
Suresh Kumar - PSM - 019-569 6964
Vijayan - PGC - 019-970 6074
Zulkefly Mohamad Omar - PAS - 019-281 8816
PSM-PAS-PGC MEDIA PROGRAM
PSM-PAS-PGC MEDIA PROGRAM & DIALOGUE WITH RAKYAT
UNCONTROLLED DEVELOPMENT, ENVIRONMENTAL DESTRUCTION
& THE PROBLEMS OF THE RAKYAT IN CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS WEDNESDAY 27 JUNE 2012
Objectives
(a) To highlight the widespread uncontrolled development resulting in massive environmental destruction – the cutting of hills, the blatant destruction of the natural environmental heritage, eradication of natural indigenous flora & fauna, the natural beauty of the landscape, the pollution of waterways and sources of water for agriculture & human consumption, the uncontrolled use of pesticides, the lack of proper planning, maladministration, the chaotic road & traffic system, poor sanitation and rubbish collection, poor public amenities, poor public transport system, the bad administration of the district, the lack of importance given to the natural heritage of CH etc. The apparent widespread corruption and its role in the deterioration of the environment.
(b) To obtain feedback from the people of Cameron Highlands through a ‘meet-the-people & dialogue session’ of the problems faced by them.
(c) To visit some of the Hak Asasi Kemanusian problems which the people of Cameron Highlands have been fighting for the past 4 years.
(d) Submission of the Signature petition to Cameron Highlands District Office to resolve the traffic jam problem with the inclusion of the rakyat of Cameron Highlands in all levels of discussion.
Participants
The organizers: PSM, PAS & PGC
To be invited for whole program: The Media, NGOs, PSM, PAS, PGC, DAP CH & PKR CH
The rakyat of CH for the dialogue session inclusive of Orang Asal.
Presentation by Dr Jayabalan, Peoples Green Coalition

10.00am: Signature submission to District Officer
11.00am – 1.00pm:
Meet at PSM Office in Tanah Rata
1. Visits
to Ezumalai’s House, Ringlet
2. Green
Cow Camp & Kea Farm stalls, after Brinchang
3. Kuala
Terla water catchment area
4. Blue
Valley farmers & stalls
1.00pm: Simple lunch at Kg Raja & journey back to Tanah Rata
2.30pm – 3.30pm:
Perjumpaan dengan Rakyat/Meet the Rakyat session
(To be jointly chaired by PAS & PSM)
All rakyat of Cameron Highlands to be invited
Kata-kata Aluan oleh Haji Zulkefly Mohamad bin Omar
AJK PAS Pusat &Pengurusi Lajnah Alam Sekitar
Malaysia PAS
Ucapan oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat & Pesuruhjaya PAS
Pahang
Briefing & Presentation by Suresh Kumar
Setiausaha PSM Cameron Highlands
Presentation by Mr Ramakrishnan (To be confirmed)
President, Regional Environmental Awareness Cameron
Highlands (REACH)
(Water quality, pesticides use, vegetable farming, and
research findings?)
Presentation by Dr Jayabalan, Peoples Green Coalition
(Camerons – An Environmental Disaster in Progress -
Issues)
3.30 pm Press
Conference
Chaired by Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man & Haji
Zulkefly Mohamad bin Omar
Statements by PAS, PSM & PGC
Contoh Aduan Polis Yang Dibuat Dalam Kempen Aduan Polis
CONTOH ADUAN POLIS
Kami bernama
seperti di bawah ingin membuat aduan polis berkenaan penduduk di kawasan Green
Cow, Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang yang sedang diancam masalah
keselamatan disebabkan oleh 2 orang Pemaju yang sedang memotong bukit
berdekatan dengan rumah-rumah mereka. Penduduk Green Cow khuatir pemotongan
tanah di kawasan bukit di belakang rumah mereka akan menyebabkan tanah runtuh
yang akan memusnahkan rumah-rumah mereka. Mengikut penduduk di situ, akibat
kerja-kerja pemaju, sebuah batu besar telah pun runtuh tetapi nasib baik batu itu berhenti
sebelum menimpa rumah yang tedekat.
Selain dari
ancaman tanah runtuh, penduduk Green Cow juga menghadapai masalah samseng yang
diupah oleh pemaju untuk mengugut dan merobohkan kadang kambing mereka.
Perobohan kandang kambing seorang penduduk telah berlaku pada 26hb Mac 2012 di
mana lebih kurang 15 lelaki Melayu telah datang ke kawasan itu dan memecahkan
kandang kambing. Apabila keluarga penduduk pergi dan minta mereka jangan roboh,
kumpulan samseng itu telah nasihat penduduk pergi beritahu polis. Kumpulan
samseng berkata mereka telah “kowtim” pihak polis dan polis tidak akan datang.
Apabila penduduk
terus merayu jangan roboh, seorang daripada kumpulan itu mengeluarkan satu
pistol dan tanya “you mahu saya tembak kambing ataupun pecah kandang sahaja?”.
Selepas perobohan
dilakukan oleh samseng, para penduduk telah datang ke Balai Polis Brinchang dan
melaporkan Aduan Polis # 344/12. Tetapi layanan pihak polis tidak profesyional.
Antara lain ialah:
1.
Anggota
polis yang mengambil laporan telah tanya “adakah sijil lahir untuk
kambing-kambing itu?” apabila seorang penduduk memberitahu bahawa 5 ekor
kambing telah terhilang dalam masa perobohan itu.
2.
Anggota
polis juga telah bertanya “apakah jenama pistol?” apabila penduduk mengadu
bahawa ugutan dengan pistol telah berlaku.
Selain daripada
itu, selepas satu bulan selepas kejadian perobohan itu, para penduduk berjumpa
ASP Saralathan KBSJD IPD Brinchang dan bertanya mengapa samseng yang melakukan
perobohan dan ugutan belum ditangkap walaupun gambar-gambar mereka telah diberi
polis, ASP Saralathan jawab beliau tidak ada gambar itu dan meminta penduduk memberinya
satu set baru.
Berikutan isu
ini, Ahli Parlimen Sg Siput, Dr.Jeyakumar telah datang ke Balai Brinchang pada
tengah hari 29hb Mei 2012 untuk berjumpa dengan Tuan KPD tetapi beliau dan
Timbalannya tidak ada di kawasan pada hari itu. Dr.Jeyakumar telah berjumpa
dengan ASP Azmi b Mahmood KCKD IPD Brinchang, dan memberitahunya bahawa
wujudnya prasangka di kalangan orang awam bahawa pihak polis berat sebelah pada
pemaju dan samseng kerana gagal ambil tindakan terhadap ugutan samseng walaupun
10 minggu telah berlalu sejak kejadian robohan itu. Tetapi sebelum ini, pada
Oktober 2011 polis telah menangkap 3 orang dari Green Cow kerana cuba menghentikan
pemaju daripada kerja-kerja memotong bukit dan ketiga orang ini telahpun
didakwa di Mahakamah. Tetapi terhadap samseng nampaknya tiada tindakan yang
tegas walaupun gambar mereka dan nombor pendaftaran kereta mereka telah diberi
kepada polis.
Tetapi ASP Azmi
mempertahankan pendekatan polis dengan berkata kes masih dalam siasatan. Polis
tidak dapat menangkap samseng kerana tidak dapat mengesan mereka. (Walaupun
telah dapat gambar, dan penduduk sendiri telah berjumpa beberapa orang daripada
kumpulan samseng itu di Bandar Brinchang dan di Tanah Rata.)
Pada pendapat
kami, kelembapan polis IPD Cameron Highlands (Brinchang) menangani kes ugutan
samseng ini akan menghantar mesej yang tidak diingini kepada pihak pemaju dan
juga para samseng. Mereka akan percaya mereka ada kekebalan (immunity) daripada
tindakan polis, dan ini mungkin akan menggalakkan mereka melakukan tindakan
yang lebih keras terhadap para penduduk. Masalah tanah ini di antara pemaju dan
penduduk harus diselesaikan melalui perbincangan ataupun melalui tindakan
mahkamah. Tetapi bukan dengan memakai kekerasan, samseng, ugutan dan
sebagainya.
Kami mahu pihak
polis atasan daripada Bukit Aman menyiasat samada adakah persuhabatan antara
mana-mana lapisan polis IPD Brinchang dengan pihak pemaju? Jika tidak
mengapakah respons para polis tehadap ugutan jenayah pihak samseng begitu tidak
profesyional sampai anggota polis memperli penduduk yang membuat laporan polis (Sijil
Lahir Kambing dan Jenama Pistol) dan tidak menunjukkan gambar pada pihak polis
atasan? Adakah sesiapa anggota polis dipengaruhi oleh pemaju?
Ini adalah satu
isu yang amat serius. Kita memerlukan tindakan profesyional polis untuk
memastikan masalah-masalah seperti di antara penduduk Green Cow dan Pemaju
diselesaikan melalui saluran perbincangan ataupun tindakan maahkamah. Bila
pihak polis bertindak secara lemah dan lambat, ianya akan buka jalan ke ugutan,
kekerasan dan pergaduhan di kalangan rakyat.
Kami mahu pihak
polis bertindak secara proffesional dan harap pihak atasan akan menyiasat
perkara ini untuk memastikan penyelewengan tidak berlaku dalam pengendalian isu
Green Cow ini.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)