Hari ke-17 OCCUPY GREEN COW: Laporan polis serentak di seluruh negara menegur tindakan Polis Cameron Highlands

13 Jun 2012
Pada hari ini, hari ke-17 #OCCUPYGREENCOW, kempen laporan polis di seluruh negara telah dijalankan untuk menegur Polis Cameron supaya tidak berdiam diri terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat berkenaan ugutan samseng. Insiden telah berlaku 2 bulan lepas, namun sehingga ke hari ini tiada sesiapa didakwa di mahkahmah atau penduduk dipanggil untuk kawad cam.


Samseng ini dipercayai diupah oleh 2 pemaju di Green Cow untuk memecahkan kandang kambing salah seorang penduduk dan seterusnya menakutkan penduduk yang kini sedang memperjuangkan hak perumahan selamat.
Sebanyak lebih kurang 40 laporan polis telah dibuat di:
  1. Jelapang, Perak
  2. Ipoh, Perak
  3. Cameron Highlands, Pahang
  4. Buntong, Perak
  5. Kajang, Selangor
  6. Sg.Nibong, Penang
  7. Tg Malim, Perak
  8. Seremban, Negeri 9
  9. Sg Siput, Perak
  10. Nusa Jaya, Johor
Sebelum ini, Ahli Parlimen Sg Siput, Dr.Jeyakumar telah membuat aduan berkenaan isu ini di IPD Brinchang dan kemudian telah menulis kepada Ketua Polis Negara untuk tindakan diambil. SUARAM juag telah membuat satu URGENT APPEAL berkenaan isu ini.

Penduduk akan terus berkhemah di kawasan itu untuk menghalang pemaju dari membuat kerja penolakan tanah. Kuasa rakyat pasti akan menang!!!

Suresh Kumar
019-5696964

No comments: