KENYATAAN AKHBAR
J/kuasa Tanah, Rumah & Gerai (JRTG)
J/kuasa Tanah, Rumah & Gerai (JRTG)
23 OKTOBER 2012
Kami wakil Jawatankuasa Tanah, Rumah & Gerai (JTRG) mahukan
Polis Kuantan hentikan segera intimidasi terhadap penduduk Cameron Highlands yang
ditahan di hadapan Pejabat MB Pahang ( 25 dewasa dan 6 kanak-kanak) pada
10/7/2012 dan dimasukkan ke dalam lokap sehari sebelum dibebaskan pada hari
keesokannya.
Pada hari Ini adalah kali ketiga Polis Kuantan ingin
merekod kenyataan daripada penduduk. Di dalam 2 kali pertama, penduduk telah meminta
notis 111 dan Polis Kuantan tidak kembali semula.
Tetapi pada kali ini, 4 ibubapa dan 3 kanak-kanak telah
diberikan notis 111 untuk hadir memberi keterangan berkenaan tangkapan yang
dibuat pada 10/7/2012. Kanak-kanak yang termuda berusia 4 tahun turut diberi
notis 111.
Walaupun sudah 3 ½ bulan berlalu, namun nampaknya Polis
Kuantan masih lagi ingin intimidasi penduduk dengan alasan mengambil kenyataan.
Apakah kenyataan yang Polis Kuantan perlukan dari budak berumur 4 tahun? Kesemua
yang ditahan telah direkod kenyataan sebanyak 2 kali semasa dalam tahanan.
Apakah lagi yang sedang dicari oleh Polis Kuantan? Soalan yang ditanya adalah
serupa setiap kali.
Perlu juga dimaklumkan di sini, wakil JRTG telah membuat
laporan polis terhadap kekasaran Polis Kuantan semasa penangkapan pada
10/7/2012. Di antara sebab-sebab laporan
polis dibuat oleh JRTG ialah:
Disediakan oleh:- DSP Azmi (Timbalan KPD Kuantan) mencengkuk & mengheret leher tahanan dengan ganas semasa dalam tahanan
- ACP Mohd Jasmani Yusoff (KPD Kuantan) mencekik tahanan semasa dalam tahanan
- ACP Mohd Jasmani Yusoff berbohong kepada media dengan menyatakan salah seorang penduduk adalah orang yang dikehendaki oleh Polis
- KPD Kuantan berniat jahat mencari ruang untuk mendakwa penduduk Cameron dengan ingin menguji air kencing
- Penahanan semalaman dalam lokap tanpa sebab pada 10/7/2012
- Tahanan lokap Mahkahmah Kuantan tidak diberikan rawatan segera pada 11/7/2012
- Polis Kuantan ambil ‘statement’ bersama bail polis walaupun tempoh tahanan sudah lebih 24jam
Suresh Kumar
Setiausaha
PSM Cameron Highlands
019-569 6964
No comments:
Post a Comment