5 hari lagi !!! PELANCARAN KEMPEN SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE!!!



J/KUASA TANAH, RUMAH & GERAI (JTRG)
C/O PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) Cameron Highlands
C1-G3, BLOK C1, ROYAL LILY, 39000 TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.
TEL/FAX: 05-491 4088 / 019-569 6964 (SURESH)
 




5 hari lagi !!!
PELANCARAN KEMPEN
SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE
MINTA
DATO PALANIVEL, AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS
&
DATO ADNAN YAAKOB, MENTERI BESAR PAHANG
SELESAI SEGERA 13 ISU TANAH, RUMAH & GERAI DI CAMERON HIGHLANDS !!!
Tempoh kempen: 10 ke 14 Feb 2014

JTRG akan melancarkan Kempen SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE untuk memaksa Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob selesai segera masalah penduduk Cameron yang melibatkan tanah, rumah & gerai. Tempoh kempen ialah dari 10/2/2014 ke 14/2/2014.

Kenapakah kami mahu melancarkan kempen ini? Sdr/i boleh lihat sendiri segala tindakan yang telah diambil oleh JRTG untuk menyelesaikan masalah ini tetapi tidak dihiraukan oleh Kerajaan Pahang dan pihak-pihak lain.

USAHA-USAHA J/KUASA TANAH, RUMAH & GERAI, PSM CAMERON UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TANAH, RUMAH & GERAI RAKYAT CAMERON

1.Dengan Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands (PTDCH)

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan PTDCH
1
Kempen tandatangan meminta perjumpaan dengan Pegawai Daerah Cameron. Surat beserta 100 tandatangan telah dihantar pada 23 Okt 2008.
Tiada jawapan.
2
Surat peringatan kedua untuk adakan perjumpaan dengan rakyat bermasalah telah dihantar pada 17 Nov 2008.
Surat bertarikh 19 Nov 2008 mengatakan Pegawai Daerah, Dato Hj Mohamad Noor sangat sibuk.
3
Surat peringatan ketiga bertarikh 21 Dis 2008 dihantar.
Surat bertarikh 31 Dis 2008 mengatakan Pegawai Daerah, Dato Hj Mohamad Noor sangat sibuk.
4
50 orang wakil MPR berkumpul di PTDCH pada 7 Jan 2009 untuk memaksa Dato Hj Mohamad Noor berjumpa rakyat. Banyak polis dipanggil.
Perjumpaan diadakan. Senarai kes beserta nombor fail telah diminta dihantar ke Pejabat Daerah Cameron. Pegawai Daerah berjanji untuk berjumpa semula dalam masa 2 bulan.
5
Senarai kes beserta nombor fail telah dihantar pada 20 Jan 2009.
Tiada jawapan.
6
Surat peringatan kedua dihantar pada 27 Mac 2009.
Dato Hj Mohamad Noor menolak ringkas semua kes tanpa sebab munasabah melalui surat bertarikh 3 Apr 2009. Perjumpaan seterusnya dengan Dato Hj Mohamad Noor juga telah dinafikan.
7
Surat meminta temujanji berjumpa dengan Pegawai Daerah dihantar pada 4 Apr 2009.
Pegawai Daerah tidak mahu berjumpa.
8
Ahli-ahli MPR berkumpul di Pejabat Daerah Cameron pada 4 Mei 2009 untuk memaksa Dato Hj Mohamad Noor berjumpa dengan rakyat membincangkan alasan penolakkan.
Dato Hj Mohamad Noor enggan berjumpa kami. Laporan polis dibuat terhadap beliau pada hari yang sama kerana gagal melakukan tugasnya.
9
Aduan kepada SUHAKAM pada 5 Nov 2009.
# SUHAKAM telah cuba berjumpa dengan SUK Pahang pada 30 Nov 2010.
# SUHAKAM telah cuba berjumpa Pegawai Daerah Cameron pada 25 Jan 2010.
# SUHAKAM nasihat Kerajaan Pahang untuk mempertimbangkan kes-kes yang dihantar.

Telah dibatalkan oleh SUK Pahang.

Telah dibatalkan oleh Peg Daerah.

Tiada jawapan.
10
Protes Berjalan ke Pejabat Daerah Cameron pada 23 Feb 2010 untuk menyerahkan memorandum. Memorandum itu memberikan Pegawai Daerah selama 1 minggu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.
Tiada jawapan
11
Surat kepada Dato Hj Mohamad Noor minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 30 Jul 2010.
Tiada jawapan.
12
Surat dari MPR bertarikh 11 Nov 2010 minta temujanji dengan Pegawai Daerah Cameron baru, Dato Abdull Muain.
Temujanji diberi pada 2 Dis 2010 tetapi dibatalkan kemudian. Temujanji diberi sekali lagi pada 15 Dis 2010 tetapi dibatalkan kemudian.
13
Surat meminta MDCH hentikan usaha mengusir peniaga kecil di Green Cow dihantar pada 24 Nov 2010.
Tiada jawapan.
14
Surat kedua dari MPR bertarikh 30 Dis 2010 minta temujanji dengan Pegawai Daerah Cameron baru.
Temujanji diberi pada 14 Jan 2011 tetapi dibatalkan kemudian. Pertemuan kemudian diadakan pada 14/2/2011. Dato Abdull Muain minta masa untuk siasat kes-kes ini. Tetapi selepas itu tiada jawapan.
15
Surat meminta perjumpaan dengan Pegawai Daerah Dato Abdull Muain oleh pegerai Kea Farm. Bertarikh 30/3/2011.
Perjumpaan diadakan pada 12/5/2011 hanya untuk membincangkan isu-isu pegerai Kea Farm. Mesyuarat ditangguhkan kerana tiada penyelesaian. Ini pertemuan terakhir dengan Dato Abdull Muain. Selepas itu beliau tidak lagi ingin berjumpa sehingga beliau berpindah.
16
Surat kepada Pegawai Daerah Dato Abdull Muain minta jelaskan status siasatan. Bertarikh 11/4/2011.
Tiada jawapan.
17
Surat kepada Pegawai Daerah Dato Abdull Muain meminta berbincang tuntutan 3 pegerai Kea Farm. Bertarikh 21/4/2011.
Tiada jawapan.
18
Surat kepada Pegawai Daerah Dato Abdull Muain minta jelaskan status siasatan. Bertarikh 25/4/2011.
Tiada jawapan.
19
Surat dari Ketua Penolong Pegawai Daerah menolak semua permohonan sebagai hasil siasatan kes-kes yang dikemukakan oleh PSM. Bertarikh 7/7/2011.
Surat balas tidak puas hati akan jawapan PTDCH telah dihantar pada 6/9/2011. Tiada jawapan selepas itu.
20

Notis pengusiran dikeluarkan kpd semua pegerai pada 30/1/12 oleh Pejabat Daerah.
Pegerai membuat laporan polis terhadap D.O. Dato Syed Mutalib pada 30/1/12. Ini juga berkaitan ugutan kepada pegerai berpindah dalam mesyuarat 9/1/12. Satu surat meminta perobohan diberhentikan juga dihantar kpd D.O. Tiada tindakan dari polis atau Pejabat daerah.
21
PSM Cameron menghadiri mesyuarat perjumpaan pada 17/2/12 di antara pemaju dan Pejabat Daerah untuk penempatan semula. PSM menghadirkan diri walaupun tidak dijemput utk mewakili 2 pegerai.
D.O. melarang PSM mengambil bahagian dalam mesyuarat seterusnya.
22
PSM Cameron hantar surat kepada D.O. pada 20/2/12 menyatakan bantahan terhadap mesyuarat pampasan pegerai Kea Farm.
Tiada jawapan.
23
Surat minta temujanji bincang masalah dgn Pegawai Daerah pada 28/8/12.
Tiada jawapan.
24
Memorandum dihantar pada 3/2/2013 selepas Protes Berjalan 60km kepada Pegawai Daerah, Dato Hj Ahmad Daud
Tiada jawapan.
25 
Surat bertarikh 23/1/14, 10/1/14 & 3/1/14 dihantar.
Tiada jawapan.

2. Dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan MDCH
1
Surat aduan kepada JKR Cameron pada 30 Jul 2010 mengenai pemaju Signature Landmark yang tidak meletakkan papantanda maklumat projek.
JKR Cameron telah memberitahu ini adalah tanggungjawab MDCH dan telah memanjangkan sesalinan surat aduan kami kepada MDCH.
Tiada tindakan dari MDCH.
2
Surat aduan mengenai Signature Landmark yang cuba merobohkan pondok bas awam di Green Cow.
Perbincangan telah diadakan dan Signature Landmark telah diminta jangan merobohkan pondok bas sehingga isu ini diselesaikan.
3
Surat meminta MDCH hentikan usaha mengusir peniaga kecil di Green Cow dihantar pada 24 Nov 2010.
S/U MDCH, En.Mazlan memberitahu tiada tindakan sebegitu diambil oleh MDCH.


3. Dengan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato S.K.Devamany

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan Dato S.K.Devamany
1
Surat meminta Dato Devamany masuk campur menyelesaikan masalah peniaga Green Cow dihantar pada 4 Ogos 2010.
Dato Devamany ingin adakan perbincangan tetapi melarang wakil PSM hadir bersama.
2
Surat meminta sebab kenapakan Dato Devamany tidak mahu wakil PSM hadir bersama dihantar pada 6 Ogos 2010.
Setiausaha Dato Devamany tidak mahu ‘acknowledge’ surat tersebut dengan alasan orang yang menulis surat tidak hadir bersama.
3
Salinan surat dari PSM Cameron dihantar pada  20/2/12 berkenaan bantahan terhadap mesyuarat pampasan pegerai Kea Farm.
Tiada jawapan.





4. Dengan Bekas ADUN Tanah Rata, Y.B.Ho Yip Kap

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan Y.B.Ho Yip Kap
1
Surat meminta YB Ho masuk campur menyelesaikan masalah pegerai Green Cow dihantar pada 4 Ogos 2010.
YB Ho mencadangkan pegerai membeli tanah di sebelah projek Aranda Nova dan membina sendiri gerai mereka. Cadangan ini ditolak oleh Gabungan Peniaga Kecil Kea Farm kerana kos yang sangat tinggi.
2
Salinan surat dari PSM Cameron dihantar pada  20/2/12 berkenaan bantahan terhadap mesyuarat pampasan pegerai Kea Farm.
Tiada jawapan.

5. Dengan Kerajaan Pahang

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan Kerajaan Pahang
1
Surat bertarikh 15 Mac 2010 dihantar meminta temujanji berjumpa MB Pahang.
Tiada jawapan.
2
Surat bertarikh 13 Apr 2010 memberitahu rakyat bermasalah akan hadir ke Pejabat MB pada 20 Apr 2010.
Setiausaha Politik MB Pahang, Dato Shamsuddin Nawawi kata boleh jumpa MB dan telah meminta senarai nombor kad pengenalan.
3
Ahli-ahli MPR hadir di Wisma Sri Pahang untuk berjumpa MB pada 20 April 2010.
Dato Shamsuddin Nawawi kata MB sibuk dan telah menerima memorandum kami.
4

Dato Shamsuddin Nawawi hadir ke Cameron pada 29 Apr 2010 untuk menerima dokumen-dokumen sokongan rakyat bermasalah.
5
Surat peringatan kepada MB pada 7 Jun 2010.
Tiada jawapan.
6
Surat peringatan kedua kepada MB pada 21 Jul 2010.
Tiada jawapan.
7
Surat dari SUHAKAM kepada SUK Pahang meminta adakan perjumpaan 3 hala pada 30 Jun 2010.
Tiada jawapan.
8
Surat kepada PTG Pahang & MB Pahang minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 17 Ogos 2010.
Tiada jawapan.
9
Surat kepada SUK Pahang minta penjelasan tindakan mengusir pegerai di Green Cow dihantar pada 17 Ogos 2010.
SUK Pahang minta penjelasan dari MDCH pada 30 Sep 2010. MDCH berikan penjelasan yang tidak tepat. Gabungan peniaga kecil manyangkal dakwaan MDCH melalui surat bertarikh 24 Nov 2010.
10
Surat kepada SUK Pahang meminta adakan perjumpaan 3 hala pada 23 Ogos 2010.
Tiada jawapan.
11
Surat kepada MB memberitahu ahli-ahli MPR akan datang berjumpa MB pada 18 Okt 2010.
Surat dari Pejabat MB minta jangan datang pada 18 Okt 2010 kerana MB berada di luar daerah. Dato Shamsuddin Nawawi melalui SMS berjanji untuk memberikan temujanji.
12
Surat bertarikh 4 Dis 2010 meminta temujanji berjumpa MB.
Tiada jawapan.
13
Surat memberitahu ahli-ahli MPR akan hadir di Pejabat MB pada 12 Jan 2011.
Surat dari Pejabat MB berikan temujanji pada 20 Jan 2011.
14
Surat ‘confirmation’ bertarikh 13 Jan 2011 bahawa ahli-ahli MPR akan hadir perbincangan dengan MB seramai 30 orang walaupun itu adalah hari Thaipusam.
Panggilan telefon dari Pejabat MB dan Dato Shamsuddin Nawawi minta tanguhkan perjumpaan 20 Jan 2011 kerana Thaipusam. Temujanji baru tidak diberikan.
15
3 surat minta temujanji telah dihantar kepada S/U Sulit MB, Dato Shamsuddin bertarikh 26/4/11, 25/8/11 & 9/12/11
Tiada jawapan untuk ketiga-tiga surat tersebut.
16
Surat kepada MB bertarikh 23/1/14, 10/1/14 & 3/1/14.
Tiada jawapan


6. Dengan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan Perdana Menteri
1
Memorandum dihantar kepada Perdana Menteri menjelaskan semua masalah. Diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan PM, En.Mohd Ammir.
Tiada jawapan.
2
Surat meminta status penyerahan memorandum. Bertarikh 20/4/2011.
Tiada jawapan.
3
Surat meminta status penyerahan memorandum. Bertarikh 5/9/2011.
Tiada jawapan.
4
Rakyat berhimpun di Pej PM minta penyelesaian pd 14/3/12. S/U sulit PM kata akan lihat masalah ini. Tiada janji diberikan.
2 Surat dari Pej PM kpd S/U Sulit MB Pahang minta memberi maklum balas terhadap aduan kami. Tarikh surat ialah 14/3/12 dan 7/3/12(back-dated). Tiada jawapan dr mana-mana pihak.
5
Surat kepada PM pada 26/9/12 minta berikan temujanji.
Tiada jawapan.

 
7. Dengan Ahli Parlimen Cameron, Dato Palanivel

Tindakan JRTG/PSM
Tindakan Dato Palanivel
1
Dato Palanivel jumpa pendudk bermasalah pd 4/7/12 minta jangan berkhemah di hadapan Pejabat MB Phg. Penduduk tegas katakan MB Phg telah lama berikan janji kosong & teruskan berkhemah pd 10/7/12. 31 penduduk Cameron ditangkap polis Kuantan kerana berkhemah. Dato Palanivel keluarkan kenyataan pd 16/7/12 bersama MB Phg, Dato Adnan Yaakob bahawa semua masalah penduduk Cameron yg ditahan polis telah selesai.
Janji Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob tinggal janji sahaja.
2
Surat kepada Dato Palanivel pada 14/8/12 & 29/8/12 minta tunaikan janji selesai masalah 13 keluarga di Cameron.
Tiada jawapan
3
Dokumen 13 isu rakyat Cameron bermasalah dihantar ke pejabat Dato Palanivel di Putrajaya pada 12/9/2013.
Tiada jawapan.
4
Surat kepada Dato Palanivel dihantar bertarikh 23/1/14, 10/1/14 & 3/1/14.
Tiada jawapan.
 

Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh:
Suresh Kumar
Setiausaha, PSM Cameron Highlands. Tel 019-569 6964


The Star Online > Nation
Wednesday July 18, 2012
Housing woes for Cameron Highlands households resolved
KUANTAN: The housing and land issue faced by seven families in the Green Cow area in Cameron Highlands has been resolved after a meeting
between MIC president Datuk Seri G. Palanivel and Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Palanivel, who met Adnan on Monday, said the Mentri Besar had agreed to allocate a piece of land for each of the families to build their houses.
Representatives of the seven families had sought Palanivel's help to resolve their problem during his visit to Cameron Highlands two weeks ago.
They claimed that their houses located on a road reserve land were under threat by falling boulders because of private development work at a
hilltop.
The families four Indians, two Chinese and one Malay have been living on the road reserve for about 40 years.
“Adnan has also assured me that he will look into the other smaller issues that were brought to my attention during the visit,” Palanivel said in a
statement.
The MIC president was in Cameron Highlands recently to launch a Tamil school magazine and present allocations for three temples and a
community hall there.
“Cameron Highlands is an MIC constituency, and as the party president, it is my duty as well to see that the constituents' problems are attended to,”
he said.
Adnan said some of the problems could be solved in the short term while others needed more time.
He thanked Palanivel for taking an interest in the people of Cameron Highlands.
“His actions are in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's call to touch base with the grassroots,” said Adnan.

No comments: