Kea Business Park: Adakah anda mahu berikan pendapat???


Adakah anda tahu bahawa satu kompleks perniagaan akan dibina untuk memindahkan semua Penjaja Sepanjang Jalan dari Tanah Rata ke Blue Valley?

Projek ini dijangka menelan belanja RM50 juta dan 70 ekar hutan. Ia dibina untuk menyelesaikan kesesakan lalulintas di Cameron ketika musim cuti sekolah. Semua penjaja sepanjang jalan & pegerai Pasar Malam Brinchang akan dipaksa berpindah ke kompleks ini.

Projek ini yang akan dibina oleh JKR bersama MDCH, tidak dibincang secara terbuka dengan penjaja tepi jalan; apatah lagi penduduk Cameron.

Oleh kerana PSM Cameron pernah dipanggil utk hadiri 2 perbincangan dgn MDCH berkenaan isu ini; maka PSM Cameron akan membawa isu ini kepada rakyat untuk memberi pendapat.

Adakah anda ingin memberi pendapat terhadap projek ini?

Hadiri sessi penjelasan bersama J/Kuasa Kea Business Park, Parti Sosialis Malaysia di 65B, Jalan Camellia 3, Jutta Villa, Tanah Rata pada 26/2/2014 pada pukul 7pm.

Hubungi Suresh Kumar 019-569 6964 atau Vanitha 016-557 2484 untuk keterangan lanjut.

No comments: