Palanivel Tunjuk Perangai:
Tidak Mahu Tunai Janji & Tolong 13 Keluarga Yang Mengalami Masalah Kerana Dituduh Tidak Undi Beliau Dalam PRU13

KEMPEN
SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE
MINTA
DATO PALANIVEL, AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS
&
DATO ADNAN YAAKOB, MENTERI BESAR PAHANG
SELESAI SEGERA 13 ISU TANAH, RUMAH & GERAI DI CAMERON HIGHLANDS !!!
 
Jawatankuasa Tanah, Rumah & Gerai (JRTG) di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron telah melancarkan Kempen SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE untuk memaksa Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob selesai segera masalah penduduk Cameron yang melibatkan tanah, rumah & gerai. Tempoh kempen ialah dari 10/2/2014 ke 14/2/2014.

Di antara masalah-masalah penduduk Cameron ialah:
  1. Penduduk Green Cow masih lagi belum diberi tanah untuk bina rumah walaupun telah dijanji pada 16/7/2012 oleh Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob (LIHAT LAMPIRAN).
  2. Petani kecil di Blue Valley yang tidak diberi hakmilik walaupun telah bertani selama 50 tahun.
  3. Ketidakadilan oleh Pejabat Daerah Cameron Highlands & Kerajaan Pahang dalam memberi hakmilik tanah, rumah & gerai di Cameron. Golongan berpendapatan rendah diketepikan.
  4. Kegagalan Kerajaan Negeri Pahang menyediakan “rumah mampu milik” untuk penduduk Cameron yang berpendapatan rendah. Harga permulaan rumah PR1MA di Cameron Highlands adalah RM 120,000!
  5. Kerajaan Pahang yang masuk campur dan menyebelahi pemaju swasta Signature Landmark untuk menghalau peneroka bandar pindah dari gerai mereka di Kea Farm.
Dalam salah satu SMS yang dihantar oleh Dato Palanivel semalam (10/2/2014) kepada seorang ahli JRTG, Komala Vellayathan, Palanovel menuduh bahawa isu-isu ini telah diselesaikan sebelum ini dan beliau tidak lagi dapat menolong kerana kesemua keluarga ini katanya adalah penyokong pembangkang. Beginikah sikap Ahli Parlimen Cameron yang telah menang? Sebagai Ahli Parlimen, beliau harus menolong semua rakyat dan bukan sahaja rakyat yang menyokong beliau ketika PRU13. Mungkin dengan sikap beginilah menyebabkan Palanivel kalah di Hulu Selangor pada PRU12.

Kami berharap rakyat Malaysia dapat bantu kami dalam kempen ini dengan turut serta beritahu Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob selesaikan segera masalah penduduk Cameron. Berikut ialah maklumat yang anda boleh gunakan dalam kempen ini:
  1. Dato Palanivel 
    1. Nombor telefon: 012-265 3009 atau 012-205 1557
    2. Facebook: www.facebook.com/DatukSeriGPalanivel
    3. Twitter: twitter.com/GPalanivel atau @GPalanivel
    4. Faks: 03-8889 5306
  2. Dato Adnan Yaakob
    1. Nombor telefon: 012-982 0036
    2. Facebook: www.facebook.com/AdnanYaakob
    3. Twitter: twitter.com/MBPahang
    4. Faks: 09-5157766
Kami juga berharap pihak media dapat memberi liputan kempen ini. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Suresh Kumar di talian 019-569 6964.
Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh: Jawatankuasa Tanah, Rumah & Gerai, PSM Cameron Highlands


The Star Online > Nation
Wednesday July 18, 2012
Housing woes for Cameron Highlands households resolved
KUANTAN: The housing and land issue faced by seven families in the Green Cow area in Cameron Highlands has been resolved after a meeting
between MIC president Datuk Seri G. Palanivel and Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Palanivel, who met Adnan on Monday, said the Mentri Besar had agreed to allocate a piece of land for each of the families to build their houses.
Representatives of the seven families had sought Palanivel's help to resolve their problem during his visit to Cameron Highlands two weeks ago.
They claimed that their houses located on a road reserve land were under threat by falling boulders because of private development work at a
hilltop.
The families four Indians, two Chinese and one Malay have been living on the road reserve for about 40 years.
“Adnan has also assured me that he will look into the other smaller issues that were brought to my attention during the visit,” Palanivel said in a
statement.
The MIC president was in Cameron Highlands recently to launch a Tamil school magazine and present allocations for three temples and a
community hall there.
“Cameron Highlands is an MIC constituency, and as the party president, it is my duty as well to see that the constituents' problems are attended to,”
he said.
Adnan said some of the problems could be solved in the short term while others needed more time.
He thanked Palanivel for taking an interest in the people of Cameron Highlands.
“His actions are in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's call to touch base with the grassroots,” said Adnan.

No comments: